Monday 22 July 2019

Open House rupanya πŸ˜‹



Kenapa?  Tak percaya? Ummi pun mulanya was-was juga almaklumlah sekarang dah masuk pertengahan Zulkaedah. Musim orang pergi haji... Bila kata ada open house, rasa pelik juga hihi... Ingatkan kenduri kesyukuran dapat pergi haji :D 

Ceritanya begini ...

Sabtu kelmarin Walid singgah di kedai Bihun Sup Kedah, nak beli nasi lemak kuning (menu sarapan yang femes di Kedah). Tapi, pengurusnya kata "Abang mai pukoi 11 satgi, bulih makan free". Walid pun balik dengan hampa sebab tak dapat makan nasi lemak favourite dia haha... 

Setelah setel urusan itu ini, dalam pukul 11.30 kami sampai di kedai. Alamak! Ada kanopi, nampak anak-anak tahfiz agaknya sedang makan, segak pakai kurta dan songkok. Tetamu pun dah ramai, pakai cantik-cantik. Ummi ni pakai blaus dengan skirt je. Angah pun pakai track bottom dgn t-shirt je. Kakak pun tak bertudung. Sungguh Ummi ingat majlis kecik je sebab tu zuhud je 🀭 Kat rumah pun dah standby bahan mentah nak masak untuk lunch. Ummi ingatkan depa nak jamu nasi lemak kuning seorang sebungkuih ja. Rupanya grand sangat majlisnya. 

Hijau kuning. 
Kedah... Kedah pantang kalah
Walau sakit, jatuh rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah... 
#tibatiba 



Dah jumpa tuan rumah baru tahu rupanya ini memang majlis hari raya. Menurut owner, Pn Ina katanya saban tahun Bihun Sup Kedah buat open house untuk para pelanggan; regular customers juga corporate clients depa. Patutlah nampak VIP tables dalam kedai. Bihun Sup Kedah juga sebenarnya menyediakan khidmat catering sebab tu ramai pelanggan korporat. 

Untuk tempahan/info boleh call depa. 

Alhamdulillah kenyang sangat kami tengahari tu. Dari segi menu, kuantiti, kualiti, layanan memang kita boleh nampak pihak tuan rumah sangat ikhlas dan begitu menghargai para pelanggannya. Nasi lemak, nasi Arab, rendang, nasi impit, kuah kacang semua ada. Laksa dengan bihun sup of course lah ada. Semuanya sedap belaka. 

Nasi lemak ayam goreng pilihan Angah. 

Ummi makan nasi Arab πŸ˜‹


Star of the day ~ kuah durian & pulut.
Marvelous 



Ummi perhatikan, selain ramah dan mesra dengan tetamu, hubungan pihak atasan dengan pekerja bawahan pun mesra. Pekerja-pekerja pun senyum sentiasa walaupun kita tahu depa penat. Seronok Ummi tengok suasana harmoni macam ni, majikan dan pekerja saling menyokong. In return, customers pun rasa selesa. Bila customers happy, depa akan datang semula. Business pun 'masyuk' Insha Allah. 


Bila tengok gambar ni semula, baru perasan depa bagi ambil sorang satu ja. Ummi baca takat TQ ja. Mujur tak ambik berlebihan. Kalau ada yang terlebih tu Ummi minta dihalalkan ye K. Ina. 




Ummi doakan Bihun Sup Kedah bertambah maju dan murah rezeki sentiasa aamiin. 

4 comments:

  1. bagusnya kedai makan nih. semoga rezeki melimpah ruah hendaknya buat tuan kedai, para pekerja dan para pelanggan nya

    ReplyDelete
  2. Bawa nama Kedah..., opkos semua Kena jaga bagi elok...satgi orang Kedah marahπŸ˜…

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari hehheee...
    Semoga yang memberi akan dikurniakan rezeki lebih banyak lagi

    ReplyDelete