Sunday 28 July 2019

Lumut ~ Rezeki yang Diawalkan


Hujung tahun ni kami bercadang nak bercuti di Lumut. Tahun lepas dah ke Kuala Terengganu, tahun ni pilih destinasi di sebelah Pantai Barat pula. Dah tempah hotel pun sebenarnya. 

Tapi, Allah bagi kami rezeki ke Lumut bulan puasa hari tu. Walid ada working trip di sana jadi kami pun ikut. Trip 3D2N sahaja tapi sempat discover Lumut & Seri Manjung. 

Kali terakhir Ummi ke Lumut ialah pada tahun 2009. Syarikat buat Family Day di Pulau Pangkor. Dari Jeti Lumut, kami naik feri terus ke resort. Tak ingat nama resort, Pangkor Laut or Pangkor Beach Resort. Masa tu Ummi belum start blogging. Kalau tak Ummi dah share dah ceritanya. 


Jeti Lumut. 
Hujan time ni. Snap gambar dari dalam kereta je. 

Kalau tengok Lumut Waterfront ni tak banyak yang berubah pun. Ummi masih boleh recall tempat kami parked kereta, kedai kami singgah makan dsbnya. Di sebelah malam pun ada yang keluar mengambil angin bersama keluarga di Taman Awam berhampiran. Ada limpahan lampu menerangi kawasan tersebut. 



Paling ketara berubah ialah Pantai Teluk Batik. Dulu pantainya cantik, landai jadi tumpuan pelancong bermandi-manda. Sekarang ni pantainya sudah ditambak. Tiada lagi aktiviti bermain pasir mahupun mandi laut macam dulu. Hanya sekadar boleh bersantai di wakaf-wakaf yang disediakan atau sekadar bertenggek di atas tembok tinggi yang memisahkan darat dan pantai. Terasa satu kekurangan jika ke pantai tapi tak dapat bermain dengan ombak. Walaupun  sekadar membasahkan kaki di gigi air, itu sudah satu kepuasan jika ke pantai. Ah, dunia semakin sakit. Satu persatu nikmat alam terkubur :(


Resorts/apartments berhampiran pantai pun nampaknya sunyi tanpa penghuni. Mungkin hujung minggu suasana lebih 'happening'. 

While Pantai Teluk Batik is losing her charm, ada satu tempat baru yang dibangunkan di sini, Marina Island Resort. Besar kawasannya. Ada tempat penginapan, residensi, Dewan, go-kart, jeti untuk ke salah sebuah resort terkemuka di Pangkor, gerai jualan hasil laut dll. 

Marina Island Resort 


Kapal/bot persendirian. 

Lumut kaya dengan hasil laut... 






Kedua-dua kedai milik bumiputera ni terletak bersebelahan. Ummi masuk dua-dua kedai hehe... Barang lebih kurang sama sahaja, begitu juga harganya. 



Inilah hotel yang kami dah booking untuk hujung tahun ni. Takde rezekilah nampaknya. Tak seronok pula nak datang ke tempat yang sama dalam tempoh yang singkat. 


Ini pula kawasan Lumut Port.


Pertama kali Ummi sampai di sini. Sengaja Walid bawa puding-pusing sekitar Lumut ni sampaikan ke pelabuhan pun dibawanya. Syarikat D, tempat Walid kerja sebelum ni ada plant di sini. Cuma Walid tak pernah ke sini untuk sebarang assignments. Mana lah tahu, anak-anak dapat inspirasi nak bekerja di sini suatu hari nanti. Kami nampak kontena, kapal-kapal yang sedang diselenggara, kilang dsbnya. Kawasan perindustrian...

Dah puas pusing sana, pusing sini barulah checked in di hotel. 


Petang tu ke bazar Ramadhan di food court Sri Manjung. Lumut dengan Sri Manjung di sebelah-sebelah je. Main businesses activities/premises di Sri Manjung. 




Malam tu kami solat terawih di masjid berhampiran hotel. Adik Kakak ada pencil, color pencils dan buku depa dah Ok. Alhamdulillah Ummi dapat solat terawih dengan aman. Masjid ni sangat mesra kanak-kanak. Sebab tu ramai budak-budak. Anak-anak kecil ni bebas bergerak ke sana ke mari, berlari-lari kecil dan bergurau senda sesama mereka tanpa ada jelingan, tegahan mahupun jerkahan jemaah dewasa. Hanya kedengaran bisikan ibu masing-masing menegur jika anaknya terlepas laku. Masing-masing berlapang dada dan saling memahami asalkan anak-anak kecil ini tidak melampaui batasan. 

Walaupun bukan percutian sebenar, tapi dapat jalan-jalan macam ni pun dah memadai untuk kami katakan bahawa kami dah visit Lumut. Jadi, tugas Ummi sekarang kena cari tempat lain untuk bercuti. Ummi teringin nak ke Cameron Highlands tapi Walid tak berapa minat huhu... 
Any other suggestions? Please...


No comments:

Post a Comment