Wednesday 17 July 2019

Ke Kellie's Castle... akhirnya


Bulan puasa hari tu Walid kena outstation ke Lumut. Assignment start sebelum puasa lajak sampai ke bulan puasa. Sebulan juga rasanya Walid travel ke Lumut.

Ikutkan hati Ummi nak je ikut tapi anak-anak sekolah. Hinggalah ditakdirkan ada juga peluang kami ke Lumut. Itu pun anak-anak ponteng sekolah 2 hari, dua hari terakhir sebelum start cuti sekolah. Exam pun baru habis jadi bolehlah ponteng 😅 lagipun kat sekolah that week tak belajar, ada program Ihya' Ramadhan, ceramah Nuzul Quran dsbnya. Tidaklah ralat sangat cutikan depa. 


Dalam perjalanan tu singgah di Kellie's Castle yang jadi sebutan tu. Eh, tepi jalan je rupanya. Boleh nampak dari jalan Batu Gajah ke Sri Manjung tu. Singgah ambil gambar je, itu pun dari bawah je. Target kami nak sampai awal ke destinasi seterusnya. Dah lama sebenarnya Ummi menyimpan hasrat untuk ke sini. Akhirnya sampai juga. 


Cantik tempat ni. Kalaulah Walid kaya raya macam William ni, Ummi pun nak minta buatkan istana atas bukit juga haha... Ada anak sungai depan istana memang cantiklah landskapnya. Ummi bayangkan mesti William dan family dia crossed the river naik kereta kuda, ala-ala Cinderella gitu. Maklumlah jambatannya kecil je Ummi nampak. Kalau kereta tak muat kot :) 


The owner of the mansion. 

... and his story

Serius cantik cafe ni, English style 😍

Ada juga tempat berjualan (makanan/minuman ringan, cenderahati) , selain kaunter ticket. Bayaran RM5 untuk dewasa kalau tak silap. Tempat ni nampak terjaga. Untuk parking pun tak silap Ummi depa collect RM2.

OK, kita tinggalkan Kellie's Castle menuju ke Lumut. Sampai di Tronoh singgah sekejap di Masjid UTP. Kata Walid masjid ni cantik dan selesa. Dia pernah singgah solat jumaat dan berbuka di masjid ni. 


Dalam masjid... 
Terus teringat Masjidil Haram. Sejuk, selesa dan nyaman dewan solatnya. Patutlah selalu  jadi pilihan orang yang bermusafir. 


Seronok juga kalau ada antara anak-anak kami yang dapat belajar di sini suatu hari nanti 😊

7 comments:

  1. Wahhhh dah ada cafe rupanya kat kellie's castle ni 🤩

    ReplyDelete
  2. wah, tak pernah sampai lagi situ, nampak menarik !

    ReplyDelete
  3. teringin juga nak ke kellie's castle ni...macam2 yang orang cerita...belum berkesempatan nakk ke sini

    ReplyDelete
  4. Belum pernah sampai ke kellies castle ni...

    ReplyDelete
  5. aida pun dah sekali singgah di sini.
    nice lah. anak2 happy meneroka kellie's castle ni.
    utk kakak2, ok la. sebab aida explain faktor sejarah.
    izzat?
    tempat lari lari jer lah :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete