Tuesday 16 July 2019

Report Card Day 2019


Bulan puasa hari tu Abang dan Kakak ada mid-year exam. Tough lah sebab dua-dua puasa. Angah je rileks takde exam untuk Tahap 1. Bila Tok Umi tanya kenapa Angah takde exam, selamba je dia jawab "tanyalah (Tun) Mahathir" 😇😇😇 kenal juga dia dengan Tun M hihi...

Kakak
Report Card Day Kakak pada 20/6 (Khamis). Alhamdulillah result Kakak cemerlang, 100% semua subject. Tahniah Kakak.


Complete dengan nama moyang 😆


Seni dapat B sebab tak sempat siap. Kata cikgu, ramai tak siap sebab kena gunting, gam & tampal. Ambil masa sikit nak buat semua tu. Its OK Kakak.

Angah
Ummi ingat tak perlu jumpa cikgu sebab Angah takde exam, digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah. Rupanya ibu ayah kena mengadap cikgu juga untuk ambil report PBD ni. 

Ummi tanya cikgu macamana evaluation di buat. Kata cikgu antaranya overall observation, random questions juga latihan. Kalau boleh jawab tu kira murid tu mampu menguasai sesuatu topik yang diajar. Subjektif penilaiannya. 


Skor Angah di paras average kebanyakannya. Tidak terlalu outstanding dan tak terlalu lemah. Ummi faham Angah ni jenis slow & steady, tak suka kita push. Takpe Angah, banyak masa lagi insha Allah. Janji Angah rajin dan suka ke sekolah hari-hari. 


Subjek agama pun sama juga. Maqbul (lulus/C) je kebanyakannya. Tapi dia dah boleh baca jawi dengan lancar alhamdulillah. Baca Quran pun dah boleh terima kita tegur bila salah tajwid. Kalau tidak, panjang pendek, dengung tak dengung semua dia main bantai je. 


Bab suka dan rajin bertanya tu kata Cg H " dulu Abang dia pun sy ajar, memang (dua-dua) banyak cakap" 😆😆😆

Abang 
Bila di tanya OK tak Abang exam? Memanjang je jawabnya OK 🙄 overall result dia OK, alhamdulillah cuma Ummi kecewa Abang tak dapat kekalkan diri dalam kelompok top 3 dalam kelas. Bila belek exam papers banyak yang dia careless dan jawab lebih kurang je. Ada satu karangan BM, dia buat 1 perenggan je. Takde intro, isi & penutup. Sayang sebab markah banyak di situ. Banyak main sekarang. Dah besar makin banyak akalnya. Bila suruh baca buku dia ambil buku, dalam tu dia letak komik! Maunya Ummi tak jadi singa hari-hari. 


Penyelaras tuition dia pun komplen. Bukan Abang soranglah tapi dia dengan classmates dia banyak main. Harapnya Abang dapat pulun untuk final exam nanti sebab Darjah 6 nanti kelas ikut ranking,  first 30 yang  % tertinggi dapat kelas pertama. Kelas pertama untung sebab cikgu akan fokus lebih utk dapat highest score dlm UPSR. Boleh ye Abang...

Secara keseluruhannya Ummi syukur dengan pencapaian anak-anak but definitely there are still rooms for improvement esp Abang. Kita usaha untuk 'naik pentas' hujung tahun ni Abang  & Kakak. Angah, tunggu darjah 4 nanti ye. Lek-lek lu 🤭

4 comments:

  1. Bagus kakak dpt 100%
    Thn dpn kakak darjah 1 ye?
    Hihi.. Pandai angah jwb ye tnya tun.
    Tahap 1 xde exam, lega sikit kan.. Tapi adk ipar ckp kene latih juga diaorg jwb exam sbb takut naik darjah 4 diaorg terkejut. Aimy pun mostly tgh2 tahap penguasaannya. Bila tnya cikgu, dia dlm kelas mcm mana.. Cikgu kata dia agak pasif. 😅😅 Mmg da agak da..
    Itu la bdk2 ni kan, selalu kene marah tu sbb careless. Diaorg bkn x blh jwb, tp sbb careless da rugi markah. Takpe la abg boleh usaha lagi. Semoga berjaya semua anak2 puan hazel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih Ira.
      Itulah, sebenarnya anak-anak relaks je result macamana pun, mak ayah ni yg stress haha :D

      Delete
  2. tahniah buat anakanda berdua juga untuk mak ayah nya. semoga terus cemerlang hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin aamiin terima kasih :)

      Terima kasih juga singgah sini.

      Delete