Monday 8 July 2019

Kenduri ~ Two Couples, One Wedding 💖💖💖



Terima kasih daun keladi kepada Cg Anita yang sudi menjemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan anak-anaknya (2 pasang mempelai). Memang terharu bila dilayangkan jemputan secara peribadi melalui WhatsApp. Mula tu frust juga Ummi sebab tarikh bertembung dengan pra-UPKK test Abang. Tapi PC kata test tu kejap je, 2 jam boleh siap. Lega Ummi sebab tak pernah ke Tg Karang. Pernah lalu, banyak kali dah pun. Malah pernah singgah makan di kedai Kari Sembilang Kg Pinang yang terkenal di Tg Karang tapi tak pernah semata-mata pergi ke Tg Karang. Apatah lagi untuk makan kenduri. 

Perjalanan menjadi sangat singkat bila kami ikut LATAR, tapi tol agak mahal. Dari Templer ke Ijok 3 kali tol, RM 2.50 setiap plaza tol menjadikan jumlah pergi balik RM 15.00. Tapi sangat berbaloi sebab jimat masa. Walaubagaimanapun perjalanan agak mencabar bila keluar dari exit Ijok. Pembinaan dan pelebaran jalan dari Kuala Selangor ke Rawang sedang giat dijalankan. Bila siap nanti pasti ianya sangat memudahkan pengguna seperti Cg Anita yang saban hari berulang dari Tg Karang ke Gombak. Kagum Ummi dengan kegigihan beliau 💪💪💪 


Kami sampai sedang elok waktu menjamu selera. Terus cari port dan mula bersantap. Ummi kalau kenduri kendara sebelah sini (Ijok, K. Selangor, Sg Besar dan kawasan sewaktu dengannya) mesti akan cari sambal jawa. Sedap! 


Apam Balik beratoq! Memang sedap, tak manis sangat. 

Laksa pun sedap. Semua ni makan share-share je, rasa itu sikit ini sikit. Sedap semuanya Cikgu 👍


Belemoih baju makan esklem 😅


Jauh kicap dan sos ni mai, dari Aloq Staq ke Tg Karang 😁

Doorgift dari pihak keluarga pengantin; kicap dan sos. Sekarang stok kicap memang banyak kat rumah Ummi, tak payah beli hihi... Tapi size botol macam ni sebenarnya sesuai untuk bawa travel. Botol plastic, tak pecah. Kalau di Mekah size botol kicapnya kecil macam ni lah. Saban minggu kami beli di Pasaraya Bin Dawood sebelah Zam Zam Tower tu. Beli kicap dengan cili. Pastu potong cili gaul dengan kicap sebagai ganti sambal belacan 😆😆😆 

Sepanjang jalan menuju ke tempat kenduri di Institut Pengurusan Peladang Tg Karang, kami melihat pelbagai kedai makan dengan papan tanda yang menarik perhatian; mee udang banjir, Udang celup tepung, soto, itik salai, coconut shake, bahulu panas dsbnya di seberang jalan. Jadi waktu balik memang plan nak singgah. Tapi apa daya, perut kenyang. Jika tadi semuanya nampak sedap dan teringin, bila dah kenyang lain jadinya. Kami hanya singgah beli coconut shake dan kuih bahulu sahaja. Lain kali kita JJCM sini. 

Karipap King Kong. Sebijik RM 4.50. Beli ayam satu daging satu. Inti penuh, Sedap! 

Musim raya dah habis, tapi kenduri kendara tetap ada. Bila sebut raya ni, percaya tak Ahad lepas kami masih terima jemputan open house. Open house terlajak raya haha... Kata tuan rumah, Jat, sepatutnya dibuat pada 30/6 tapi ditunda ke ahad lepas. Terkilan juga tak dapat hadir sebab clashed dengan seminar UPKK Abang. Moga ada rezeki next time ke rumah Jat. Hari terakhir Syawal tempohari (Rabu) pun ada juga jemputan dari member di Puncak Alam tapi tak pi sebab weekday. Begitu juga Jumaat lepas. Bff Ummi jemput ke rumahnya tapi tak pergi pun sebab belah malam. Lagipun Sabtu tu Abang ada test. 

Tahun depan jangan lupa jemput ye Jat 🤗

Didoakan agar rumah tangga kedua-dua pasangan mempelai dilimpahi rahmah, mawaddah dan sakinah. Barakallahu lakum.

6 comments:

  1. Tahniah buat kedua-dua pasangan mempelai kiranya pengantin empatlah kan.

    Mrs. A pun last sunday ada jemputan kahwin office mate tak snap pun gambar food adehhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Mrs A, 2 pasang pengantin. Meriah 😁

      Delete
  2. oh akak pegi kmpong tempat lahir saya ni kah kahhh.. smk Seri Desa tu sek sy.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah ye ke? Sampai juga akak ke kampung zie hihi

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Wah meriahnya.. goodies tu mmg mama suka Kalau dpt.. Boleh guna

    ReplyDelete