Monday, 11 February 2019

From Taiping with Love ~ Congrats Arshad!


Here is the reason why we were in Taiping last week;


The couple are actually cousins so their families decided to have their wedding do in their hometown, Taiping.

Nikah jumaat petang. Hanya Tok Umi, Tok Ayah & Uda yang mewakili family jitra. Yang lain terikat dengan komitmen persekolahan anak-anak.

Majlis kenduri diadakan di Galeri Majlis Perbandaran Taiping pada Sabtu malam. Takde sanding-sanding cuma makan beradat je. Alhamdulillah majlis berjalan sangat lancar walaupun awalnya hujan mencurah-curah. Hujan rahmat... Mujurlah juga ada khemah besar dan ruang galeri yang luas, dapatlah makan dengan selesa. Bab makanan pula usah cerita. Main menu nasi beriani lauk ayam masak kurma, kari daging dan setnyalah complete. Yang lain macam char kuey tiau, apam balik, jemput-jemput... Stall concept jadi memang pelbagai. Ummi jangan kata nak jamah, nak rasa semuanya pun tak larat! Murah sungguh rezeki malam tu.

Best cousin foreva 😍


Kek kahwin paling besar (dan paling panjang) Ummi pernah tengok. Sepanjang meja banquet ni lah... Ambiklah juga sepotong nak rasa. 



Suasana yang santai. 

Khabarnya wedding depa ni yang first dibuat di Galeri ni. Lepas ni orang Tepen boleh try tempat ni. Lokasi strategic, selesa dan spacious. 



Selamat pengantin baru Arshad & Dina. 
May Allah bless you with a wonderful marriage. Barakallahu lakuma πŸ’πŸ’πŸ’


9 comments:

  1. bestnya weeding santai macm ni. tak pernah attend weeding time malam lagi. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, santai habis... Space luas, tak perlu kalut nak bangun lepas makan. Memana je boleh duduk

      Delete
  2. Tahniah! diucapkan buat pasangan mempelai.
    Jarang dah berlaku kahwin sesama cousin ni, last yang Mrs. A tahu neighbour kat kampung Mrs. A beberapa belas tahun yang lalu hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mrs A.

      Dah jarangkan kahwin sesame cousin ni but it still exists hehe

      Delete
  3. alorhhh sweet gila kek tu ada tulisan restu ibu bapa pengantin

    ReplyDelete
  4. Agaknya parents yang hadiah kan kot. Lupa nak tanya hihi

    ReplyDelete
  5. majlis kahwin rupanya.
    tahniah selamat pengantin baru !
    first time tengok kek panjang gitu :)

    ReplyDelete
  6. menarik nyer venue reception tu.
    lampu2. nice!!!

    ReplyDelete
  7. permisi min numpang share ya :)
    bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^


    ReplyDelete