Wednesday, 6 February 2019

Done Nasi Ganja Ipoh ✔️


Pagi tu kami breakfast lite-lite je; roti ikan bilis, cereal and another round of Maggi Hot Cup. Ada baki 2 cups lagi kita perabih je. Malas nak usung ke Taiping. Lagipun ada misi hari ni, nak food hunting. 


Bawa kids pergi mandi pool dulu after breakfast tu. Takde guests lain, kami berenam je. Seronoklah depa conquered kolam tu. Dah puas main air, terus balik bilik. Berkemas and checked out.

Tempat tujuan of course lah mencari Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh atau lebih glamour dengan nama Nasi Ganja Ipoh. Digelar nasi ganja sebab katanya kalau dah makan sekali mesti nak lagi, ketagih sebab sedap sangat katanya. Business nasi ganja ni beroperasi di dalam premis Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan. 




Bila dah sampai tu, nampak orang beratur tapi tak ramai sangat. Ummi cari tempat duduk, walid que ambik nasi. Service cepat je cuma nak dapat tempat duduk tu yang kadang lama sikit.

Setiap pinggan tu dah ada nasi putih, telur masin 1/2, sambal, kuah dan timun. Itu basic. Lauk ada ayam, daging, ikan, sotong...


Kami order 2 pinggan nasi lauk ayam goreng dan 2 pinggan nasi lauk daging. Plus sotong sepinggan. Air kena order dengan tauke cina ni lah. Nanti adalah amoi yang datang ambik order. Air dibuat sebelah kaunter bayaran, to avoid suspicion from Muslim customers I guess.

Total nasi rm29. Air 7.10 je. 

Sedap tak?
Sedap tapi tidaklah sampai Ummi rasa nak repeat haha... Tapi memang kenyanglah nak habiskan satu pinggan tu pun. Portion agak besar disamping rasa pedas kuah kari/sambal membuatkan kita makan bersulam air. Mengah jadinya. Bagi Ummi cukuplah dapat rasa sekali pun jadilah. Ummi lagi rindu nasi kandaq penang :D

Selang beberapa pintu dari kedai ni ada satu kedai yang jual cenderamata, roti dll. Yang bestnya boleh bawa nasi ganja tu mai makan di Kedai ni. Tak pastilah same owner ke... 


Ada family tengah makan nasi ganja tu...
Roti ni signature product kedai ni.
Dah kenyang perut, baru seronok nak sambung perjalanan. Jom!

4 comments:

  1. Ooo mcm ty Rupanya basi ganja.. mama.x penah Cuba lg

    ReplyDelete
  2. tak penah cuba di kedai ni.. penahla rasa sekali
    kat kedai lain. x ingat da.. hehe..

    ReplyDelete
  3. yes. portion nyer besar, alhamdulillah.
    aida x makan kat kedai.
    time dtg, ramai yg Allah!
    tapau. makan kat rnr je.

    ReplyDelete