Sunday, 3 February 2019

Buah bidara


Nasi lemak buah bidara
Daun selaseh ku lurutkan
Sayang emak sayang saudara
Kerana kasih ku turutkan

Hah... Inilah buah bidara yang disebut dalam pantun di atas tu.


 Terjumpa dekat kedai runcit depan tu. Sekilo 5 ringgit. Ummi memang suka buah bidara ni. Ada orang panggil epal Malaysia. Tapi jarang jumpa buah ni. Ini pun first time beli buah ni seumur hidup Ummi.

Sebelum ni pernah makan 2-3 kali. Dulu-dulu paklong rajin ke Siam (Thailand). Kadang tu bila balik kampung nampak buah ni di dapur terus  Ummi basuh dan ngap! Rangup macam buah epal tapi gigi tak ngilu macam gigit epal. Rasanya masam manis dan sedikit berlemak. Saiznya pun kecil je, antara size tomato cherry dan buah kedondong. Ini bidara kampung. Kalau buah bidara Siam saiznya lebih besar dan lebih gebu. 

Sekarang musim kot. Sebab pergi ipoh pun ada juga nampak Dak Ariel dok krup krap krup krap gigit. Makcik offer suruh ambik. Ingatkan banyak rupanya tinggal 5 biji je dalam peti ais 😆 tapi di ipoh harga sekilo buah ni rm7. Mahal sikit dari gombak ni.

Kome pernah makan buah bidara ni? 

5 comments:

  1. Akk dah penah makan, tapi kena beli yg fresh betul, kalo yg lebam2 tu rasanya pelik tak sedap, kalo yg fresh tu mmg rasanya rangup, sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Yang lebam rasanya pelik kan. Sedap yang fresh 👍

      Delete
  2. masa nampak kat pasar malam ingatkan mini apples..
    tanya pakcik tu digelaknya kita. rupanya buah bidara.
    ingatkan buah bidara buat mandi nak alau 'uhuk uhuk'..
    hahaha rupanya daun dia adoi malu je..

    ReplyDelete
  3. Itulah aritu ada jumpa orang jual walaupun hajat hati nak try tapi tak jadilah sebab nengok buahnya tak fresh dah lebam dan nak kecut.

    ReplyDelete
  4. x pernah makan, hazel.
    sebab maybe aida tak tahu.
    kalau dpt, mesti nak cuba. wajib!

    ReplyDelete