Thursday 1 February 2018

Selamat Pengantin Baru Izuddin & Aina 💝


Kenduri 04/18


Izuddin ni anak ex-boss Umi. Masa Umi mula kerja dengan abah dia dulu, umurnya baru sekitar 10-11 tahun. Bila sekolah menengah dia masuk asrama, sekali sekala jumpa dah tinggi segak hensem dah dia. Then dia further study di mesir, buat medic.  Lagi jarang nampak. Belum habis study, terpaksa tangguh sebab Arab spring. Finally sambung dekat local U and dah graduate pun alhamdulillah. Sekarang ni tunggu posting. 


Sempena hari bahagianya kami semua dijemput meraikan pengantin. Macam biasalah bila ex-boss buat kenduri, jadi macam reunion lah majlisnya. Seronok jumpa kawan2 ofis dulu. Tempat pun luas selesa... Seronok nak berborak. Yang tak sempat berborak pun dengan tuan rumah je, depa sibuk melayan tetamu 😃


Selamat menempuh alam rumahtangga buat pasangan mempelai. Moga beroleh berkat. Aamiin. 

4 comments:

  1. Sabtu ni pun ada jemputan kenduri kawen anak sulung ex boss.... tp tulah dapat pergi ke tidak huhuhu...

    Sekejap je rasa masa berlalu ye PH. Dulu mereka kecik, sekarang dh kawen pulak. Kita pulak dah tua huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur je bertambah Kak, tapi hati tetap muda remaja hahaha :D

      Delete
  2. tu la kadg2 gi kenduri bukan nak nengok sgt pengantin.. nak jumpa kawn2, sembang2, update diri masing2.. itu yg paling best

    ReplyDelete
  3. Yup betol..
    Sesekali berjumpa byk nak borak

    ReplyDelete