Tuesday, 20 February 2018

Tradisi cuti raya cina πŸ˜†


Sejak beberapa tahun kebelakangan ni sekolah mungkin kami elakkan untuk keluar dari lembah klang ni bila CNY break. Malas nak hadap traffic yang super duper jam. 

Bila ramai yang travel, jadi lenganglah kl ni. Bukan lengang dengan manusia tapi kenderaan. Manusia tetap ramai, meriah dengan warga asing πŸ˜‰ 

Tradisi cuti CNY kami ni bermula 2 tahun lepas. Alang2 tak travel, kami ambiklah kesempatan jalan2 pusat bandaraya. Sekali 'tersinggah' di Jakel Mall. Apalagi terus lah shopping. Tahun pertama tu memang tersinggah, masuk tahun ke2-3 memang sengajalah haha... 


Kami sampai pukul 10. Ingatkan dah lewat, rupanya kedai pun belum buka πŸ˜‚

Apa yang dibeli? 
Ni hah...Kain baju melayu untuk Walid dan baju melayu siap jahit untuk Abang. Untuk raya ni! Kemain awal belinya. Beli je dulu, tempahnya kendian. Eh, tahun ni raya bulan 6 kan? Baik cepat2 pergi Jakel 😝


Ini je pun yang dibeli. Untuk Umi takde pun. Umi kureng sikit dengan kain pasang kat sini. Takde yang berkenan.  Selain tu, sebab utamanya, Umi kurang selesa dengan SA yang sentiasa mengekor je kita. Kita baru pegang je kain tu, depa terus promote (or rather push) to buy. Nak beli kain baju melayu untuk Walid oklah sebab memang banyak choice lah dekat sini kan. Color, material kain, harga semua OK. Kami pun memang buat lawatan tradisi ke jakel ni hanya untuk ini je; kain baju melayu Walid & baju melayu siap jahit untuk Abang for raya. Memang jelas niatnya. Terpesong niat kang lari pulak bajet 😁

Taste umi lebih kepada Nagoya or Tewah. Lebih banyak pilihan dan harga pun lebih mampu milik. Yang seronoknya boleh belek2, pilih2 kain tanpa SA mengekor. SA depa biasanya follow dari jauh je, on standby. Bila kita panggil baru datang. Kalau tak jadi beli pun, depa ok. I would just say thanks & walk out. No pressure at all. Lain ceritanya di Jakel, kalau tak beli tu rasa bersalah juga sebab SA depa beria sungguh promote :( 

My catch of the day; terjumpa sepasang baju kurung siap jahit dengan harga super murah. Boleh lah buat pakai kenduri Ah next month, insha Allah. 


4 comments:

  1. Replies
    1. shopping memang syok memanjang haha...

      Delete
  2. Sungguh nak raya kalau mcm tu ni hihi...
    Hakak lagilah jarang ke Jakel PH. Selalu beli yg dah siap kat merata rata tempat mana dan je hihi...
    Wah sure tak sabo nak pakai baju baru tu kan hihi

    ReplyDelete
  3. yes. aida pun kurang suka kain di jakel dan org yg ngekor kita. rimas nyer la... tak boleh la kita ber 'me=time' membelek kain. sibuk aje dia. nak diskus dgn asben pun kekadang tak privasi...
    nagoya or kamdar pilihan aida. tapi kamdar melaka ni tak secantik KL. kamdar melaka kain da lama2.

    ReplyDelete