Wednesday, 21 February 2018

Kenduri 06/18 ~ kenduri sabtu bukan ahad awok 😊



Bila k.ani datang menjemput tu, dia ada sebut "datang ye awok, kenduri 17/2 ni...hari ahad". Umi angguk je sebab excited jumpa k.ani ni sebenarnya. Dah lama tak nampak kelibatnya. Rupanya dia kurang sihat lately. Moga diberi kesihatan yang baik ye k.ani...

 Lepas k.ani balik tu Umi terus sambung kerja di dapur hinggalah telefon berdering. Rupanya k.ani, nak betul kan info pasal kenduri tadi. "Kenduri hari sabtu ye awok. Satgi awok gi hari ahad ssian ke awok, kenduri dah habis" Hahaha... Punyalah concern k.ani. Actually kad jemputan dah ditampal di surau. Suami k.ani pun dah jemput Walid tapi k.ani sendiri nak juga 'jemput mulut' untuk kenalannya. Itu yang dia datang juga ke rumah. 

Lately suka pulak Umi snap gambar pelamin πŸ˜‰


Tengah menjamu selera, pengantin tiba diiringi pasukan silat. Punyalah excited budak2 ni tengok orang bersilat sampai kan lepas makan semua nak bersilat πŸ˜…


Tahniah buat mempelai dan k.ani sekeluarga. Moga bertambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga baru.


Perkara paling Umi suka bila pergi kenduri kahwin is bila dapat bunga telur. Berbunga-bunga hati Umi tau. Sekarang orang dah jarang bagi bunga telur sebagai door gift kan. So bila dapat tu rasa special sangat πŸ˜†. 

7 comments:

  1. nasib tak salah hari.. kalu tak ke Taqwa je la hehehe

    ReplyDelete
  2. Marilah kita ber'Thaqwa' hahaha...

    ReplyDelete
  3. seronok kan dapat bunga telur. zaman sekarang macam2 door gift. kreatif sungguh

    ReplyDelete
  4. Jarang dah org buat telur sbg door gift. Leceh. Lebih mudah packing Jajan2 atau bagi pop corn jr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah Kak...edible pulak tu. Kalau dpt barang tu bole simpan lama buat kenangan kan

      Delete
  5. Hari pak mertua meninggal tu PH....huhu
    Gitulah kan ....ada org tgh gembira , ada org tgh berduka...

    Dah menjemput mulut mcm tu kalau tak pergi mesti tak sedap kan PH.... Hari tu anak gi kenduri kawen, dpt telur jugak. Ada lagi telurnya tu tak termakan pun

    ReplyDelete