Monday, 12 February 2018

Kenduri 05/18 ~ giliran cikgu pencen pula sambut menantu...



Alhamdulillah makan kenduri lagi kami sabtu lepas. Kali ni majlis diadakan di Dewan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi. 



Tetamu belum ramai, pengantin pun lepas zohor baru nak sanding sempat lah Umi snap gambar pelamin yang cantik ni. 

Awal juga kami sampai. Sekarang kan zohor dah lambat. Selalu pergi kenduri dekat2 ni  lepas zohor tapi sekarang pukul 1.30 baru masuk waktu. Mak lapaq nak πŸ˜…

Adik dapat aiskrim sebatang diamlah dia :) 

Dah namanya jiran kenduri, jumpa tetamu pun jiran2 juga. Pi mai pi mai tang tu haha... Kami duduk semeja dengan jiran yang juga jemaah surau. Rupanya haji ni pun nak buat kenduri kahwin anaknya bulan 3 nanti. Terus dapat jemputan. Alhamdulillah rezeki :D 

Sebelum keluar rumah tadi, K.Mek dah datang menjemput kenduri anaknya sabtu ni. Pagi tadi pula, pakdin driver hulur kad jemputan untuk walimah anaknya. Memang tak sunyi kami sekeluarga dengan jemputan kenduri. Kalah pokjib nampak gayanya 😁

Inilah agaknya yang dipesan oleh Baginda Rasulullah SAW, kalau nak murah rezeki selalulah bersilaturrahim. Dapat jemputan kenduri ni pun bagi Umi rezeki juga. Bukanlah jamuan@hidangan tu je rezeki, tapi peluang bertegur sapa, berkenalan dgn rakan2 setempat pun rezeki juga. 

Cenderamata dari tuan rumah.
Terima kasih Cikgu sekeluarga. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

7 comments:

  1. Alhamdulillah banyak jemputan time cuti2 terutama cuti sekolah bulan 3 :)

    ReplyDelete
  2. Kat JDT ni jemputan kawen biasanya hari sabtu.
    Tiap2 minggu ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ada jemputan di Muo cuti sekolah Nanti. Boleh lah turun ke bumi JDT :)

      Delete
  3. Replies
    1. Kan? Seronok je dapat gantung kuali hikhik...

      Thanks singgah ye sis :)

      Delete
    2. kan... memang seronok sungguh.. πŸ˜‚

      Delete