Thursday, 8 February 2018

Repair & Reno (R&R) 2nd bathroom & 3rd bedroom...


Sepuluh hari terakhir 2017 yang lepas, kami buat repair & reno project untuk second bathroom dan third bedroom. 

Actually bilik air tu dah lama leaking (paip dalam dinding) tapi sebab kan takde bajet (kononnya) kita kiv dulu. Makin lama makin teruk keadaannya sampai tile pun dah tertanggal kat tempat bocor tu. Maybe pressure dari air kat dalam dinding tu. W/bagaimanapun bil air taklah melambung even air kat tempat bocor tu asyik mengalir je (slowly) itu yang kami lagi rilek macam takde apa2 haha...

Leaking ni dah merebak pun ke bilik no 3 tu... Tapi since bilik tu tak digunakan sangat, takdelah urgency nak repair pun. Parquet pun ada yang dah reput kena makan dengan anai2 sebelum ni. Dinding pun dah berkulat sampai Umi pun takde hati sangat nak jaga/kemas bilik tu. Macam stor terbiar pun ye juga 😓 

Tapi, bila leaking tu mula menampakkan kesan di syiling dapur, Umi mula cucuk jarum haha... Risau Umi kalau air start menitik ke dekat dapur tu. Umi geli sebenarnya haha... Ingat cerita Dark Water? 

Yang lebih scary, rupanya dapur jiran sebelah air dah menitik 😑 mujurlah time Umi dapat tahu tu kerja R&R ni dah start, even baru sehari but at least we already took the necessary action. Tak seronok lah kalau sebab kita jiran pula menanggung akibat. 

Asalnya memang kami takde budget...yelah dengan budak2 ni bersunat lagi, balik kampung, kenduri, nak buka sekolah lagi tapi alhamdulillah rezeki tu ada. Bila dah setel semua tu, baru nampak jalan nya mana nak cekau duit 😉

Kami engaged contractor (tukang) yang sama yang buat porch dulu. Alhamdulillah kami puashati sangat dengan hasilnya. Kalau nak tengok kenalah stay tune ahaks! 

For the start, Umi nak share gambaq working progress from day 1. Saja nak abadikan dalam blog. 


Hari pertama Wak ketuk parquet kasi buang. Angah tu mulanya berborak je dengan Wak tu, sekali tengok dengan dia sekali buat keja tolong Wak 😁 


Hari ke-2.
Setel ketuk parquet dalam bilik. Wak start ketuk tiles dalam bilik air pula. 



Hari ke-3.
Dah setel ketuk mengetuk semua dalam bilik air tu. Segala barang lama termasuk toilet bowl dah ketuk. Memang nak make over terus bilik air ni, bukan setakat repair. 


Hari ke-4.
Dah start pasang tile dalam bilik tidur tu. Kami pilih plain white tiles nak bagi bilik nampak luas. 


Hari ke 5, 6 & 7
Untuk 3 hari ni tukang cuma buat water proofing kat bilik air je. Satu hari satu layer. Buat 3 layers nak bagi tahan lama. By this time bilik air dah kosong, tiles and barang2 semuanya dah clear. 



Asalnya siling bilik air ni tinggi tapi bila renovate ni tukang suggest buat siling baru, which is tutup separuh dari siling asal. Separuh lagi jadi attic-cum-store. A brilliant idea which we immediately agreed with him. 


Hari ke-8.
Dah start pasang tiles bilik air. Excited Umi nampak bendul ni. Sebab bilik air lama takde bendul so every time especially when the kids use the bathroom,  there was always water spill outside the bathroom which eventually damaged the parquet outside the bathroom. Bila ada bendul tinggi macam ni boleh lah prevent air dari terpercik keluar. 


Hari ke-9.
Setel dah pasang tiles lantai & dinding bilik air. Again, kami pilih tile putih bercorak and light grey untuk lantai. Kat belakang toilet bowl kami letak grey tiles untuk nampak contrast. 


Hari ke-10
Nampak tak tiles grey belakang toilet bowl tu? Macam feature wall sikit kat situ. Theme color white & grey untuk bilik air ni. That's why bila beli water heater pun kami beli warna metallic grey. Tak nak banyak color, nanti serabut.  


Untuk siling bilik air ni tukang letak cornish bagi nampak lawa hehe. Ini yang kami suka dgn tukang ni, banyak idea 👍👍👍 yang sudut ala segitiga sebelah toilet bowl tu pun idea dia juga. Umi letak pokok hiasan kat situ. Fefeeling hotel gitew.


Tile depan bilik air pun pasang siap hari last ni. Berkilat-kilat tile Umi hehe... Tapi menurut SA kedai tiles ni plain white tiles ni kembali jadi pilihan especially new houses sebab bila letak plaster siling & lampu akan reflect lantai so nampak lagi elegant ruang. 


Dah siap pasang semua kelengkapan dalam bilik air ni. Seriously Umi Walid suka sangat dan puashati sungguh dengan hasilnya. 


Nanti Umi share gambaq full. Ini baru share working progress. Nak tengok hasilnya kenalah setia menjenguk ke sini :) 

Pintu ni order dari JB katanya.
Seminggu baru siap.
Memang ngam coraknya dengan tile dalam bilik air tu.
Pandai Umi pilih 😜


5 comments:

  1. part angah tolong wak tu mmg kelakar.. budak2 kan kalu ringan tulang mmg senang tolong orang.. cantik dah bilik air akak.. pasni mandi berjam2 la dalm tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angah ni mmg pandai ambik hati orang tua2...itu yg cepat serasi je tu.

      Haha...takleh mandi lama2 satgi bil melambung :p

      Delete
  2. cantik.
    puas hati.
    rumah kakak aida di cheras masih pakeh, tau.
    rumah lama kan. pakeh ni cantik. tapi tu la, utk jangkamasa lama, ia tak tahan.
    aida ni baru suruh tukang quote kan harga utk umah, nak tambah dapur. seram jugak tunggu quotation :) hi hi hi

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam Puan Hazel,
    Saya tengah mencari pasal nk replace parquet dgn buat tiling toilet..terjumpa blog puan. Boleh share contact number wak tu tak? Puan boleh ws saya 0103656524

    ReplyDelete