Tuesday, 10 November 2020

Diari Tok ~ Dari Klinik ke Hospital (M2)

Alhamdulillah masuk hari ke-10 Tok dah sihat. Sihat cara dialah; boleh bangun ke sana sini, kembali berselera bila makan dan melakukan rutinnya. Antara rutin harian Tok ialah bersantai di beranda, bermain dengan cucu-cucu dan beli roti atau aiskrim dari 'babu'. Tidur malam pun dan lena macam biasa. 

Tapi, 2-3 hari lepas tu Tok ada bagitau ada bengkak di salah satu body part dia. Sebelum ni bengkak di kaki (bengkak air) dah mula surut. Ini sebelum tak sihat tempohari lagi. Dah ke klinik dah pun. Bengkak di tempat baru ni makin hari makin besar.

Bila ke klinik (9/11/2020) , Doc terus buat surat rujuk ke hospital. Kata Dr Jothi "I tak pernah jumpa kes bengkak (sebab masalah kidney) dekat tempat ni (sambil tunjuk tempat bengkak). Tok seboleh mungkin dari dulu lagi taknak ke hospital. Kalau setakat follow up ok tapi Tok risau dan taknak kena warded. Di pihak Ummi pun ada kekangan jugalah kalau Tok masuk wad; urusan penjagaan anak-anak, logistik dsbnya. Tapi, dalam masa yang masa yang sama Ummi fikir its time untuk bawa Tok ke hospital. Asyik ke klinik je, tak lega-lega juga. Sepatutnya Tok ada follow up appointment di Hospital Batu Gajah bulan 4 dengan Pakcik :( Ditambah pula dengan PKP bulan 3 hari tu, dah tertangguh. Sementelah Tok pun sihat so we took things for granted.


Jadi, kami ke Hospital Selayang. Bila diperiksa oleh Doc, punca bengkak kerana pengambilan air melebihi had. Bagi pesakit buah pinggang kronik macam Tok, had pengambilan air ialah 500ml sehari. Dan air tu meliputi segala cecair yang masuk ke badan melalui makanan atau minuman; air, kuah sayur, sup dsbnya. Selama ni Ummi ingat jumlah air yang diminum saja. Susah juga sebenarnya nak kawal sebab Tok suka minum. Pagi kopi,, petang nanti susu ke teh ke cicah dengan biskut/roti kering. Ummi nak larang sangat pun kesian... Orang tua kan. Bilik Tok pun dekat dengan dapur, anytime boleh buat air haha... Tapi nak kena strict sikitlah sebab jika tidak dikawal akan menyebabkan bengkak berterusan, berlarutan di bahagian lain dan paling bahaya jika air masuk ke paru-paru. Boleh menyebabkan sesak nafas. 

Doc suggested to flush out air dengan masukkan ubat (drip). Tapi, prosedurnya lama... Kena ambil darah, X-ray dsbnya... All in +-5 hrs and likely to be warded for monitoring. Option kedua ialah ambil ubat setiap hari untuk lawas kencing. Walaupun cara pertama lebih cepat kesannya tapi kami pilih cara kedua. Tok nak makan ubat dulu...  Doc pun tak paksa sebab secara keseluruhan (dari pengamatannya) Tok sihat, boleh berjalan, gelak, makan... 

Kita ikhtiar dulu... Moga Tok terus sihat dan kami sekeluarga diberi kemudahan oleh-Nya selalu terutama dalam urusan Tok ni. Aamiin. 



Monday, 9 November 2020

Cuti terus... 😭

Bermula hari ni 9/11/2020 seluruh semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan dikenakan PKPB sehingga 6/12/2020. Pengumuman dibuat Ahad lepas. Kami di Selangor ni sambunglah PKPB yang dah bermula sejak 14/10/2020 yang lalu.

Semalam pula dikejutkan dengan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan bahawa semua sekolah ditutup hingga akhir sesi persekolahan tahun ni iaitu 18/12/2020. Sesi persekolahan tahun 2021 akan dibuka pada 20/1/2021 seperti dijadualkan. 



Reaksi Ummi? Sedih! Sedih untuk Abang sebab sesi persekolahan tahun ni berakhir just like that! Tak sempat jumpa kawan-kawan, cikgu-cikgu... Takde farewell, takde majlis graduation... Well, sekarang kan tadika pun ada convo :) 

Abang pun macam tak percaya... "Habis macam tu je Ummi? Dari darjah 1 Abang pergi sekolah, tiba-tiba camtu je?" Hah, itulah realitinya zaman Covid-19 ni. Banyak sangat uncertainties... Sebab tu bila ada peluang, kena grab cepat-cepat. Contohnya, bila kerajaan kata boleh rentas negeri, cepat-cepat le balik jenguk mak ayah di kampung. Contoh je... Bukan apa, Ummi terkilan sebab masa sekolah buat sambutan Awal Muharam kot hari tu, dah nampak few kawan-kawan Abang segak berbaju Melayu. Ingat nak snap gambar depa ramai-ramai tapi malas nak turun kereta. Dok ingat ada peluang lagi untuk depa bersama. Sedih tak banyak gambar depa di tahun 6. Saja nak simpan buat kenangan sebab masa tahun 1 dulu semua kenit-kenit, comot-comot je... Sekarang ni dah awal remaja, banyak perubahan. Segak dan cantik belaka. 

Bila kenang balik, tahun ni cuma awal tahun je depa ada aktiviti. Lepas tu dah start PKP... Bila sekolah buka semula pun, dah semuanya dalam norma baharu. Jumpa di kelas pun sekadar hi-hi bye-bye je. Tak boleh bertepuk tampar lagi dah. 

Lebih terkilan, dengan cikgu-cikgu pun tak dapat nak berjumpa. Sebab tu Ummi cadangkan dalam group WA semalam, agar diadakan perjumpaan bila dah reda nanti. Tapi itulah, nak kumpul semua sekali mesti dah payah. Masing-masing dah bawa haluan masing-masing. Kalau dapat sekolah sama dapatlah juga berjumpa nanti. Tapi, dengan cikgu-cikgu susahlah sikit. Bolehlah bawa berjumpa, tapi takkan sama dengan berkumpul beramai-ramai; bersalam dan mohon restu cikgu di hari akhir persekolahan. Special betul batch depa ni. 

Ini belum lagi termasuk Ibu Kantin dan Pak Dol. Semua mereka ni ada peranan dalam pembentukan dan pembangunan sahsiah Abang. At least, dapat jumpa dan ucap selamat tinggal would be something nice to do. Ummi pun tak dapatlah nak jumpa geng mak-mak yang anak mereka sorang tu je di SRAI macam Cik Ayu, Cik Zizah, Cik Ira dll... 

Susulan penutupan sekolah dan PKPB ni juga, semua exam untuk ke SBP, MRSM dsbnya ditunda. 


Ikutkan Abang layak ke ujian saringan SMISTA pada 18/11/2020 tapi nampak gayanya ditunda juga. Ummi belum sahkan dengan pihak MAIWP tapi ikut info katanya begitulah. 


Banyak betul dugaan tahun ni kan... Dulu, sibuklah menunggu tahun 2020 ni, tapi rupanya pelbagai ujian Allah datangkan untuk kita. Tapi, Ummi yakin di setiap ujian ada hikmahnya. Sentiasa yakin ada cahaya di hujung terowong ❤️

So true. 


Sunday, 8 November 2020

Abang jadi Chef 👨‍🍳


Ini tugasan terbaru untuk subjek RBT Abang. Tahun lepas Abang dah pernah buat tugasan minum pagi secara berkumpulan. 
[ Klik sini: Abam Chef cilik




Kali ni disebabkan PKPB, tugasan dilakukan secara individu. Tugasan ulangkaji kata Guru... 

Arahan dari Guru... 

Kali ni Ummi ajar Abang buat roti sosej. Buat air teh O dia dah pandai... Selalu kalau nak minum teh Abang-lah tukang bancuh. 

Kad Menu... 
Tunjuk sikit Abang camne nak buat... 

1) Bahan-bahan ~ Roti, Sosej, Telur (dipukul), breadcrumbs 
2) Ambil sekeping roti, gelek hingga nipis di Kedua-dua bahagian 
3) Ambil sosej, letakkan di atas roti tadi. Gulung kemas dan sapu telur di hujung roti (gam). Buat hingga habis. 
4)  Salut roti bersama breadcrumbs
5) Goreng dengan sedikit minyak hingga golden brown. Guna api perlahan.
6) Hasilnya...
Ummi hantar gambar je pada Guru. Tak pandai nak buat video, nak edit semua tu... Tried juga record video, tapi lupa pula nak tekan butang 'record'. Kesian Abang bercakap sorang-sorang 😂😂😂 

Cuma gambar tu Ummi edit guna Canva apps untuk lebih presentable.


Ini pula ulasan  para juri... 
Alhamdulillah dah selesai tugasan Abang. Dapat feedback dari Guru... 

Terharu Ummi 😊

Friday, 6 November 2020

Big Bad Wolf 2020

Kaki buku, jom shopping buku di jualan Big Bad Wolf 2020 yang sedang berlangsung sekarang (4-11 November 2020), secara online. Klik SINI.

Credit source. 

Ummi dah shopping semalam :D Yang seronoknya anak-anak excited ikut shopping sama. Pilih buku sendiri. 

Rambang mata tau sebab harga buku serendah RM0.99 untuk novel dan buku kanak (kategori Malay books). English books below RM10 pun ada juga. Kalau nak cari yang murahlah... Nak buku mahal-mahal pun ada hikhik...


Buku rujukan pun banyak... Wajiblah Ummi beli untuk anak-anak... 

Total buku Ummi beli 33 buah. Harga sekitar RM85 (including postage). Dalam minggu depan sampailah kot. Tapi, Adik asyiklah bertanya, bila buku nak sampai :D Pandai pula dia cakap, "Nanti buku ni dah tak kena pulangkan Ummi?" Selalu pinjam buku library, cukup time kena pulangkan. Kali ni excited dia sebab buku-buku ni nanti bakal jadi milik dia.

Selamat ber-shopping! 

Thursday, 5 November 2020

Bento untuk Walid

Sejak awal tahun lagi Ummi dah siapkan bento (bekal) untuk Walid. Untuk anak-anak pun sama. Tapi, lama kelamaan jadi malas pula 😅 Kadang ada, kadang takde hihi.. Tapi, lately boleh kata setiap hari Walid bawa bekal so that he doesn't have to go out during lunch to minimise the risk of being in crowded places. Selain tu, dapat juga jimat masa dan duit :p

Lagipun anak-anak tak bersekolah jadi bolehlah Ummi fokus untuk sediakan bekal Walid. Taklah terkejar-kejar. 

Jom tengok koleksi bento (bekal) untuk Walid... 

Kebab ayam



Tak susah pun sebenarnya nak sediakan healrhy & clean food like these. Ummi ikut saranan KKM; DIET SUKU-SUKU SEPARUH (DSSS)
Tapi kadang tu 'terbabas' juga; terlebih itu, terkurang ini. 

Sesekali nak tukar selera, Walid beli je di MyNews outlet dekat stesen LRT. 

Ataupun, order dengan office mate. 





Tuesday, 3 November 2020

Coloring contest 😉

" Ummi, tolong lukis bunga..." pinta Adik. 

Request macam-macam pulak tu... Bunga raya, bunga ros, bunga ta** ayam 😂😂😂Bila dah lukis tu, eh cantik pula lukisan Ummi ni haha... Suruh Kakak photocopy sorang satu.


Hasilnya... 

Dan pemenangnya... 

🤣🤣🤣

Life is never boring when you surround yourself with kiddos, right? 


Saturday, 31 October 2020

Diari Tok ~ Minggu 1

31/10/2020 genap seminggu Tok jatuh sakit. Keadaannya tak banyak berubah. Adakalanya boleh duduk bersembang, adakalanya hanya terbaring kelesuan.

Asal kejadian pada 25/10/2020 tempohari pun elok lepas sarapan tiba-tiba pening katanya. Terpaksa diurut dada dan belakangnya kerana sukar bernafas. Kemudian Tok muntah-muntah dan pening. Sebelah malam pula Tok kejutkan kami sekitar jam 1 pagi. Sekali lagi Tok sesak nafas. Tok minta kami bacakan Yasin untuknya 😭 Malam kedua pun sama, sukar bernafas tapi sekejap saja. Malam-malam seterusnya Tok tidur lena alhamdulillah. 

Tadi pula Tok duduk berehat di sofa. Bangun hendak ke bilik, hampir terjatuh mujur sempat dipegang Angah. Pantas Ummi sambut tangannya takut terjatuh. Tapi itulah Tok. Bila rasa sihat sikit, suka bergerak sana sini. Yang paling risau bila Tok ke bilik air. Tapi, hari ni Tok mula pakai lampin dewasa. Makan minum pun dalam biliknya sahaja. 

Ummi dan anak-anak pun dah seminggu jugalah 'berkampung' di tingkat bawah, siang malam... Tak berani tinggalkan Tok berseorangan. Setiap malam bila terjaga dari tidur, Ummi akan intai Tok di biliknya. Bila nampak ada gerakan badan Tok atau helaan nafasnya baru Ummi sambung tidur semula. Ummi risau  :(

Kepada keluarga dan sanak saudara di kampung pun dah dimaklumkan akan keadaan Tok. Selalunya Tok tak sihat sehari dua je tapi kali ni berlarutan hingga seminggu.

Alhamdulillah pagi ni Tok boleh bangun, ke bilik air bersihkan diri dan ambil wudhuk. Moga Tok terus sihat. Jika sebaliknya, Ummi mohon dipermudahkan segalanya untuk Tok dan kami semua. 

Credit source. 

Terima kasih banyak atas doa semua 💐