Sunday, 19 July 2026

Catatan 4 Safar 1448H

Sempena England menang dengan Perancis, Ummi masak ala² Western la untuk sarapan pagi ni :D 

Game pukul 5 pagi. 
Ummi bangun, tapi mamun lagi. Tup² gol, minit ketiga. Tapi malas nak on TV. Tengok dekat phone je. Lepas gol kedua tu, Angah call. 

Ummi tengok tak bola? 
England dah 2 (gol)

Dia tengok dekat asrama, warden set big screen untuk depa tengok. Sekali sekala, hujung minggu pulak. Final tak dapatlah tengok kot sebab Isnin sekolah. 

Tengahari Ummi goreng telur ikan.
Telur ikan jenis ni kurang meletup bila digoreng, berbanding telur ikan bulat² macam telur ikan mayong tu. Yang tu meletup sampai berkecah lantai, walaupun tutup kuali. Arwah Tok dulu suka buat pais telur ikan. Ummi tak pandai. Goreng aje lah. 

Melawat budak asrama 
Beli ayam goreng dekat kantin, berebut-rebut makan walaupun katanya dah makan nasi DM :) 

Dekat status WA sendiri kalau orang like keluar 💚 macam biasa...

Kalau like status orang, keluar icon bola.
Sempena World Cup yang dah hujung-hujung ni agaknya. Pernah juga keluar icon 🍉. 
Faham kan maksudnya? 

Anak siapa ntah sesat 🤭

Manja dan pandai mengendeng.
Dapatlah habuan ayam goreng Adik bagi.

Petang hujan lebat, macam semalam juga. Ummi harap hari sekolah tak hujan lebat la, nanti traffic jam teruk. DOA yang baik-baik je kan, nanti yang baik-baiklah datang In Sha Allah. 

10 comments:

  1. Belalah si pendatang sesat tu
    Mudah2an pembawa rejeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh Wak, ini kucing tuan kantin hehe...

      Delete
  2. Wah jarang asrama bagi tenguk game bola. Piala dunia kut tu yang dapat tenguk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak. Sekali sekala warden kasi can hehe

      Delete
  3. Sporting pula warden bagi tengok bola.

    ReplyDelete
  4. wah telur ikan goreng...kt umh ni kalo ada telur ikan..kita je mkn

    ReplyDelete
  5. Sy suka pais telur ikan. Susah nak cari telur ikan yg sesuai utk masak pais..=(

    ReplyDelete
  6. Sedapnya telur ikan tu...pais ikan pun sedap...

    ReplyDelete