Saturday, 4 July 2026

Catatan 18 Muharram 1448H

Rezeki dari surau. 
Angah bawa balik untuk Ummi. Penceramah tak jadi datang kuliah Subuh. Kalau ada kuliah, makanan diedar selepas kuliah. 

Baca MStar, nampak berita ni.
Ini memang benar, terjadi dekat Abang masa belajar kereta itu hari :( 

Merasa juga Bubur Asyura. Tapi bukan versi Utara yang diidamkan. Nampak gaya kena buat sendirilah kalau teringin sangat. Yang surau buat ni versi Kelantan rasanya. Ada rasa rempah tapi rasa manis pun ada. Atasnya ditabur hirisan telur dadar. Kalau versi Utara ada kekacang, keledek dan rasanya manis. Yang Adik bawa balik minggu lepas, bubur jenis cair macam bubur lambuk. Seronoknya kita di Malaysia ada pelbagai cara dan citarasa dalam masakan. 

Selain kuah durian, satu lagi menu berasaskan durian yang Ummi teringin ialah cucur durian. Cucur durian ni macam cekodok pisanglah bahan dan cara memasaknya. Cuma gantikan pisang dengan isi durian yang dilenyek. Isi durian tu dilenyek bersama gula dan secubit garam. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder sikit. Kemudian tambah air suam, gaul sebati. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Jemput/sudukan adunan ke dalam minyak panas. Goreng kekemasan, angkat dan toskan. 

Cucur durian Tok selalu buat untuk sarapan. Kuah durian Tok tak pernah buat tapi Tok selalu buat lempok. Ummi tak makan lempok, tapi arwah Pakcik suka. Walaupun tak makan, tapi Ummi suka tolong Tok kacau lempok. 

Lewat petang, keluar beli baju Melayu untuk Angah. Baju Melayu sedia ada dah kelabu asap 😅








1 comment:

  1. Teringat waktu belajar memandu dulu. Memang selalu kena marah oleh cikgu nyonya.

    ReplyDelete