Wednesday, 8 July 2026

Adik | Johan Sajak @ Kelas


Pelbagai aktiviti sempena Minggu Bahasa di sekolah Adik. Untuk murid Tahun 4, acara deklamasi sajak selain beberapa acara terbuka yang lain. Setiap acara ni sekolah sediakan hadiah. Pertandingan dibuat dalam kelas masing². 

Alhamdulillah Adik berjaya jadi johan dalam kelasnya. Pemenang lain;

#2 Fahim
#3 Anas
#4 Lokman
#5 Iffah 

Semua dapat hadiah yeay

Adik dapat set alatulis, bekas plastik, buku Silang Kata & Cari Kata serta fail plastik. 

Mai la Ummi rasmikan dulu 😁
Ummi minat buat teka silang kata dan word search ni. Lama tak uji minda. Dulu kalau beli surat khabar atau majalah kanak² bahagian silang kata ni yang Ummi cari dulu. Zaman sekolah dulu ada majalah kanak² namanya Bambino, siapa ingat? Ummi dengan Cik Yah kumpul duit untuk beli majalah ni setiap bulan. Dah cukup duit, kami jumpa PK HEM minta tolong belikan sebab Cg duduk di SP (Sungai Petani). Di pekan Baling takde dijual. Pekan SP that time kira dah maju la nak banding dengan pekan Baling. 

Congrats Adik! 
Mudah-mudahan Cg nampaklah bakatnya sebab dia target nak masuk acara sajak untuk KAMIL. Tahun ni dia tak join choral speaking dah. Malas dan penat nak berlatih. Banyak skipped kelas. Tapi dia terpilih untuk wakil rumah biru dalam acara sajak untuk KAMIL peringkat sekolah. Tapi tak sempat buat KAMIL sekolah ni sebab tup² terus KAMIL Zon. Tak cukup masa ke camne Ummi pun tak pastilah. Takpelah, Adik ada 2 tahun lagi di SRAI untuk serlahkan bakat tu In Sha Allah. 

2 comments:

  1. Tahniah.....citer pasal word search ni katanya boleh merangsang otak kita supaya jadi cergas.

    ReplyDelete
  2. Tahniah adik! 👏🏻👏🏻

    ReplyDelete