Wednesday, 29 July 2026

Catatan 14 Safar 1448H

Adik tak sekolah hari ni. Demam dan selsema masih belum baik. Sekarang dengarnya kes influenza pun tengah naik juga. Kawan Abang di Poli balik rumah last week, nak putuskan rantaian jangkitan influenza di kalangan para pelajar. Sama juga dengan kawan Angah di MRSM TGS, PDPR hampir seminggu juga sebab kes influenza. Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan untuk semua yang terlibat 🤲🏻

Hari ni Ummi kongsi doa pulak ye; doa sebelum masuk kerja. Yang tak bekerja pun boleh amalkan. Doa kan ibadah, In Sha Allah dapat pahala dan manfaatnya. 

Terapi mata dan jiwa ❤️

My beautiful 🌹 
Terima kasih rajin sangat berbunga.

Sepit Udang dalam pasu ni baru berbunga kali pertama. Padat pokoknya membiak dalam pasu ni. Awal hari tu cuma 2-3 pokok saja. Yang pasu lagi satu kerap dah berbunga.  

Bekal Walid?  
Mestilah ada. Nasi putih, sup daging dan sayur buncis + telur. 

Layan bubur kacang free 😁
Kali ni Walid beli lauk ayam masak kurma dari Akk LRT tu. Bubur kacang tu diberi percuma untuk Walid. Tukang makannya Ummi la, sebab Walid bukan makan pun bubur² ni. 

Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki hari ini.




20 comments:

  1. Alhamdulillah..seronok Walid, ada bekal hari² pergi kerja...

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sihat yang diuji dengan kesakitan.

    ReplyDelete
  3. moga segera beroleh kesembuhan yang tiada kesakitan selepasnya

    ReplyDelete
  4. Dimana-mana ada musim influenza. Anak buah kat PSAS pun balik rumah cuti sampai 2 Ogos. Semoga terputuslah rangkaian influenza tu dan yang terkena segera sembuh. Aamiin..
    Waah bestnya tengok bekal sedap hari-hari. Apatah yang yang dapat jamu selera kan.
    Cantik bunga heliconia tu. Saya suka tengok warnanya. Menyerlah sangat.
    Sedapnya bubur kacang. Favourite. Nak buat tu ambil masa nak masak kacangnya kan.

    ReplyDelete
  5. Anak bongsu dah deman 3 hari.. tapi demam hanya start masa magrib sampai ke tengah malam.. bila siang oky.. semalam dah kena nab di klinik.. dr kata 3 hari lgi kalau tak elok amik darah or kena pergi hospital..

    ReplyDelete
  6. musim demam dan sakit juga di tempat kerja saya. seorang demi seorang tumbang. semoga dikurnia kesembuhan buat kita.

    terima kasih atas perkongsian doanya puan ^_^

    ReplyDelete
  7. Risau skrg ni kan sis. Kids dkt rumah tu selang sehari sy suruh minum air vitamin c...aduhai.Trliur plk tgk kacang buncis tu =D

    ReplyDelete
  8. memang ada dgr jugak org share psl influeza break lately...moga2 kita dijauhkan dari segala penyakit...wal iya zubillah

    ReplyDelete
  9. influenza tu jangan la datang kuantan..dah serik sekali kena haritu habis 1 maktab

    ReplyDelete
  10. semoga adik cepat sembuh dari demam..
    amboi untung walid ya hari2 bawa bekal sedap ni...

    ReplyDelete
  11. selalu terserempak ngan EH..kadang kat lift..selalu dia tanya PZ sihat x..alhamdulillah sebab selalu tanya PZ..bestnya bekal EH hari ni..sihat tu...

    ReplyDelete
  12. husband ammi pun suka bawa balik buburlah, tau fu fa lah dari surau. Masalahnya husband & Alip bukan reti pun makan...terpaksalah ammi ni makan. Aishhh

    ReplyDelete
  13. Semoga adik cepat sembuh dari demam! Memang risau musim influenza sekarang. Sambil tu, tenang betul cuang mata tengok bunga-bunga cantik dan rezeki bubur kacang free tu.

    ReplyDelete
  14. sedapnya bubur kacang lama tk mkn..dlu mak buat jual aiskrim bubur kacang

    ReplyDelete
  15. Bunga sepit udang tu pun tanam sepokok je eh eh anak anak juga dia.

    ReplyDelete
  16. Aiiih bubur kacang begitu yg saya sukaaa 😍😍😍. Kalau dulu zaman kecil pakai tambahan condensed milk. Skr tak nak... Cut sugar 😄.

    Cantik2 bunganya kak. 😍. Memang memanjakan mata sangat kalau lihat bunga begini

    ReplyDelete
  17. Pokok bunga sepit udang tu cantik kalau letak dalam pasu transparent letak atas meja.

    ReplyDelete
  18. Terliur pulak tengok bubur kacang hijau. Nak kena pie cari ka lagu mana ni?

    ReplyDelete
  19. Bubur kacang campur durian cecah dengan biskut cap ping pong layan dgn air kopi kg. Yum yum seronok layan time hujan ni.

    ReplyDelete
  20. kena puji selalu tu supaya dia selalu berbunga sepanjang tahun hehe

    ReplyDelete