Friday, 6 September 2024

Sweet Gift from Medina

Terharunya Ummi bila Kakak bawak balik gift ni. Hadiah ni pemberian Medina. Satu untuk Ummi, satu untuk Kakak. 

Wangi betul perfume tu, lurvv sangat ❤️ Lip gloss tu warnanya lebih sesuai utk teenagers. Takpelah gegirls ada, tunggu masa je nak rembat tu kalau Ummi offer ☺️

Tqsm Medina, Acik suka sangatttt...
Bukan setakat suka, tapi terharu sebenarnya, dia ingat dekat Ummi. Makciknya suruh bagi kawan², tapi dia pilih untuk bagi dekat Ummi. So sweet of you 😘 


Thursday, 5 September 2024

Makan Kenduri di Hari Merdeka

Tengahari Hari Merdeka tu kami ke Tapaq Sanding, Batu Caves. Ada jemputan kenduri kahwin, juga dari jemaah surau, meraikan majlis perkahwinan 2 anak perempuannya. 

Cantik kad undangan ni. 

Satu pasangan pakai songket warna maroon

Satu lagi couple pakai baju dusty pink. Cantik kedua² mempelai. 

Kami pergi lepas Zohor, slot untuk tetamu selain kaum keluarga. Walid dengan Adik ambil nasi, Ummi dengan Kakak pula ambil bihun sup dan laksa. Kuih koci tu pun sedap, berlemak kemain.


Walaupun dah lewat, tapi tetamu masih ramai. Ialah, kenduri 2 pasang pengantin pasti tetamunya pun berganda, terutamanya rakan² pengantin. 

Alhamdulillah sekali lagi tahniah kpd Tn Hj Zikri sekeluarga terima 2 menantu serentak. 
Semoga kedua² pasangan mempelai kekal bahagia hingga ke jannah. 

Terima kasih sekali lagi atas jemputannya. 



Wednesday, 4 September 2024

Menu Jawa 😋

Mula tu Ummi masak Ayam Ungkep, resepi ringkas student's edition by Syiqin Azrin. Suka tengok dia masak, simple² untuk makan sorang je. Tapi Ummi masak untuk satu family lah :) Resepinya tu simple, itu yang suka tengok VTT dia. 

Mula² gaul ayam dgn garam dan kunyit.
Kemudian kisar bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, serbuk jintan manis, cili padi, halia dan serai. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masa tumis ni masukkan sikit serbuk kunyit. Masukkan ayam, tambah air jika perlu. Masukkan santan pekat. Tutup periuk dan biarkan 10-15 minit. Masukkan asam jawa, garam dan gula secukupnya. Renih sekejap, bila ayam dah masak tutup api. 

Dah ada Ayam Ungkep, teringin Sambal Goreng Jawa pulak! 

Ini pun cari resepi yang tak yah tumis cili kisar sebab malas nak blend cili kering 😅 Tumis je cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian masukkan kacang buncis, tempe dan kentang yang telah digoreng, gaul sebati. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masukkan suhun yang telah direndam & ditoskan. Renjis kicap sikit. Gaul sebati, siap! Ummi suka kacang tu hijau² dan rangup jadi masak kejap je. Boleh je letak bahan² lain spt udang, fucuk, hati dsbnya. 

Telur masin nak join, silakan 🤗

Alhamdulillah kenyang, licin lauknya pun :) 


Buah²an Tempatan

Cik Leha bagi buah rambutan gading ni. Manis buahnya cuma rambutan jenis ni tak berapa lekang isinya berbanding rambutan merah tu. Apapun syukur atas rezeki. Tahun ni tak nampak rancak sangat orang jual rambutan. Manggis banyak. Cempedak dan durian pun boleh kata banyak juga Ummi nampak orang jual. 

Durian di Pahang tengah musim ye? Ada peniaga ni Ummi tanya, katanya durian dari Pahang. Yang durian Batu Kurau dah habis musim rasanya. Tanya juga Walid yang outstation di Johor 2 minggu lepas, Johor ada durian tak? Dah habis musim kot katanya sebab dekat tempat kerjanya tu dah buat sesi makan² durian. Ummi saja pancing, kot la Walid nak belanja 😁

Ini pula pemberian Fawwaz, classmate Kakak. Bagus dia, bawa ke sekolah untuk kawan². 

Pisang Lemak Manis, ada jemaah bawa ke surau sempena malam Merdeka tempohari.

Tadi nampak orang jual langsat, ada rezeki esok boleh singgah beli. Teringat zaman kecik dulu; rambutan, durian, manggis, langsat, cempedak biasanya berbuah pada masa yang sama. Bila tiba musim buah² ni, wajib balik kampung, macam hari raya juga. Selagi tak balik, selagi tu arwah Tok, Tok Wan dok tanya :D 


Tuesday, 3 September 2024

Terima Kasih Cikgu!

Ada beberapa pergerakan guru di SRAI. Ada yang berpindah, ada yang naik pangkat. 

GPK Koko yang aktif dan sangat mudah beri kerjasama, Cg Nas berpindah balik ke daerah asalnya. Senang cakap, balik kampung. 20 tahun CN menabur bakti di Gombak, tiba masa berbakti di tanah kelahiran sendiri. CN ajar Abang, Angah dan adik²-nya tak belajar secara langsung dengan CN. Tapi sbb CN GPK Koko, banyak juga kami berurusan dgn CN, khususnya yang melibatkan aktiviti Koko dan markah PAJSK. 

Seorang lagi cikgu kesayangan ramai, Cg Sal pun berpindah semula ke sekolah lamanya. Baru 2 tahun CS di SRAI tapi kehadirannya sangat disenangi ramai. CS ni guru kelas Kakak tahun lepas, itu yang Kakak rapat dengan cikgu. Tahun ni CS jadi cikgu kaunseling sekolah. 

CS suka bergambar dan raikan orang² sekeliling, termasuk murid² sebab tu ramai terkesan dgn perpindahan CS. Dalam pada itu, gembira juga utk CS  sbb cikgu dapat sekolah asalnya yang dekat dengan rumah. Cikgu tinggal di sempadan negeri Selangor-Perak, setiap hari berulang-alik lebih kurang 2 jam nak ke sekolah. Dengan anak² cikgu sendiri pun masih kecil dan bersekolah, besar cabaran cikgu.  Mungkin ini yang terbaik utk Cikgu 🤗

Geng ADIDAS hadiahkan CS handbag. Sayang sungguh depa dekat CS. Tq Mama Nurin tolong belikan handbag tu...

CS ni juga cikgu favorite Angah sebab CS jaga PRS. Cikgu juga yang bawa Angah ke Mukhayyam PRS tahun lepas. 

Seorang lagi guru yang dah lama kami kenal, sejak Abang darjah 1; Ust Isz. Khabarnya UI dapat tawaran KKM. Sebenarnya cikgu² SRAI ramai je dapat tawaran kerja gomen. Selagi tak lebih umur , boleh je isi borang SPA tu kan... Alhamdulillah sekarang rezeki UI pula bertukar angin. UI ni biasanya ajar darjah 1. Rasanya semua anak⁴ Ummi pernah belajar dgn Ustaz masa darjah 1 dulu. Kakak dulu UI lah guru kelasnya. Ustaz panggil Kakak, Sufya bukan Balqis 😁

2.9 ni masing² mula bertugas di tempat baru. Selamat maju jaya buat cikgu semua. Ada rezeki jumpa lagi 🤲

Terima kasih cikgu² ❤️ 
Jazakumullahu khairal jazak. 
Ada rezeki kita jumpa lagi... 

Monday, 2 September 2024

Rose Buds

Kuntuman yang menceriakan hari... 

Belek² lagi, eh ada beberapa kuntum lagi nak berkembang... 


Yang ni kecik lagi...

Alhamdulillah terasa satu kepuasan bila mana pokok yang kita tanam berbunga/berbuah. Sebab tu orang kata berkebun ni pun terapi jugakan. Untuk minda dan jiwa. 

Sunday, 1 September 2024

Program From Alumni with Love (FAWL 2024)

Alhamdulillah program yang diamanahkan kpd Biro Kebajikan berjaya dilaksanakan dgn cemerlangnya pada 26.8.2024 (Isnin) tempohari. Program ni antara ALMA dan pihak Alumni Division. 



Selaku SU Biro, beberapa kali juga Ummi terlibat dengan perbincangan program ni. Tapi semuanya online, senang kerja :D 

Siapkan paperwork... 

Meeting final touch 25.8... 
Masa ni peserta baru ada 80 orang, padahal target asal 300. Alhamdulillah semasa hari event, berjaya kumpul 180 orang, semuanya  penuntut² dari keluarga B40. Objektif program ni pun untuk menyantuni mereka dengan majlis berbuka puasa (puasa sunat Isnin). Alhamdulillah di pihak kami berjaya merndapatkan dana yang diperlukan. Lebihan dana dikembalikan kepada adik² ni dengan cenderahati berupa pen dan tunai (pemenang pop quiz). Nak beli hadiah tak sempat, sebab last minute ada sumbangan agak besar dari geng Engineering 🤲 

Alhamdulillah program berjalan lancar dan meriah. Walaupun Ummi tak dapat hadir (Walid outstation that week plus hari sekolah) tapi terasa juga kemeriahannya melalui perkongsian gambar & info dari teman² yang hadir. Depa kenalah share dgn Ummi sebab Ummi kan nak kena buat report nanti haha... 

Semoga ada impak program ni buat peserta² yang terlibat. Melalui sharing session yang dibuat, diharapkan dapatlah adik² ni ambil inspirasi dan jadikan motivasi utk masing² berusaha keras utk berjaya. Ummi dulu pun masa di sekolah menengah ada abang kakak senior yg dah berjaya ke uni datang sekolah bagi talk & buat sharing session tentang kehidupan di uni buatkan kita pun bersemangat nak masuk universiti :D 

Semoga ada rezeki FAWL ni jadi acara tahunan, إن شاء الله.
Seronok dapat menyumbang semula kpd tempat yang pernah berjasa kpd kita.