Wednesday, 9 December 2020

Resepi ~ Nasi Goreng Mamak Style

Sedap juga nasi goreng biasa di kedai mamak berhampiran rumah ni. Kalau malas nak masak bolehlah beli di sini. Pantas betul service-nya. Ummi belum habis beli barang di Speedmart, Walid dah datang semula dengan 2 bungkus nasi goreng di tangan. Ke Ummi yang lama sangat shopping :D 

Pagi tadi ada baki 1/2 bungkus. Memang berebutlah nanti. Jadi, nasi sejuk Ummi goreng dulu, mamak style then campurkan baki nasi goreng dari kedai tu. Dapat seorang sepinggan untuk sarapan. 


Resepi ~ Nasi Goreng Mamak Style 
Sumber: Puan Hazel 

Bahan-bahan 
Nasi sejuk
Bawang besar - didadu 
Bawang putih - diketuk 
Cili padi - dihiris 
Carrot - dipotong 
1 biji telur 
1 peket perencah mee segera perisa kari
Minyak untuk menumis 

# Kuantiti bahan agak-agaklah ye, ikut kuantiti nasi. Sayur kalau lagi banyak jenis; sawi, kobis lagi sedap. 

Cara-cara 
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. 
2. Masukkan carrot dan cili yang sudah dipotong. Biarkan hingga carrot agak lembut. 
3. Masukkan perencah mee segera perisa kari. Gaul sebati. Jika perlu masukkan sedikit air. 
4. Masukkan telur dan kacau sebati. 

5.Bila telur sedikit keras, masukkan nasi. Gaul sebati. 
6. Perisakan dengan garam jika perlu (sebab perencah mee segera dah masin). Siap! 

Jangan lupa ketuk sudip dekat kuali. Kting.... Kting... Kting... Berderulah kanak-kanak riang tu terpa dapur haha.... 

Warnanya kemerahan sikit tapi tak cukup cahaya, ginilah. Pukul 6.45, matahari pun tak keluaq lagi :D 

Lawan dengan teh O panas. Fuhh 😋

Bekal untuk cik abang hari ni... Minggu lepas beliau merayap ke The Chicken Rice Shop for lunch. Jadi, Ummi pun resume duty sediakan bekal. Lebih selamat dalam situasi semasa (pandemik Covid-19) ni. 




Tuesday, 8 December 2020

Life's Little Hiccups

Kata orang, ujian hidup ni umpama garam dalam masakan. Perlu ada untuk menambah rasa. Jika terkurang, hambar. Jika berlebihan, sakit.

Kadang tu semua nampak smooth, tiba-tiba ada sahaja ujian-ujian kecil umpama hiccups (sedu) yang membataskan/membantutkan kelancaran hidup kita atau slow down our life for a while. Itulah yang menjadikan hidup kita ada pattern dan berwarna-warni. 

Dan ujian-ujian kecil ini sebenarnya yang mengingatkan dan menarik kembali kita kepada Allah. Sebab itu bagi orang beriman, ujian itu tanda Allah sayang. 

As life seems so smooth for us lately, tiba-tiba Allah datangkan ujian kecil... 

Ujian Laptop
Abang tengah tuition online, tiba-tiba signal wireless hilang. Godek sana, godek sini tak juga berjaya. Susah juga kalau takde laptop; nak join online class, nak print homework, nak access GC, iLA, nak jawab Quizziz & Kahoot etc semua terhad. Boleh pakai phone tapi kesian pula kat anak-anak. Jenuh nak jegil mata tengok skrin phone. 

Bab printing pula, try juga install apps. Berjaya print direct from phone tapi test page only. Kalau nak print data kita, kena bayaq dulu. Tak ikhlas betul orang yang buat apps tu haha... Udah, takkan mamat tu buat pakai air liur dak? 

3 hari juga laptop Ummi masuk wad. Mula tu depa re-format the lappy, then buat cleansing and finally katanya Wifi card rosak. Setahu Ummi kalau tukar Wifi card mahal dan mungkin kena tunggu stok. That's why solution-nya pakai adapter. Cucuk dekat USB port macam zaman pakai modem dulu. Takpelah janji boleh guna semula WiFi. 

Yang hijau tu lah adapter-nya. 

Kami hantar repair lappy ni UstazPC. Kedai sebelah Celcom Blue Cube Prima Sri Gombak, di tingkat satu. Kos repair termasuk format semula, cleaning dan adapter RM140. Boleh tahan service depa. Anak-anak muda Melayu, bolehlah support. 



Dapat buat ujian untuk rekod PAT, alhamdulillah. 
 
Ujian Astro 
Dok tak dok (baca:tiba-tiba) Astro pulak buat hal. Semua HD channels tak boleh tengok. Suara ada, gambar takde. Baik dengar radio je dak :p Rimas juga sebab most watched channels tak boleh tonton antaranya HGTV & Hits Movies. Mujoq boleh juga tengok drama 'Biarkan Mereka Cemburu'. Best juga Nabila Razali berlakon, comel je. Aiman Hakim memang Ummi suka kalau dia berlakon jadi anak orang kaya, ada style. Maklumlah anak Dato' kan... 

Hari ni technician Astro datang. Pasang ultra box, alhamdulillah OK terus.  Tapi, 'terbang' RM150 huhu... 

Siapa sangka dalam sehari dekat 300 'melayang'. Betullah, yang ada dalam poket kita ni belum tentu rezeki kita. Semuanya hanya pinjaman. Sekelip mata Allah boleh transfer ke poket orang lain. Begitulah aturan rezeki. 

Actually ada lagi satu ujian yang belum berkesudahan, tapi Ummi berserah saja. Moga cepatlah ada solusinya. Sayang pada resources yang terpaksa dibazirkan dan duit yang akan 'melayang' nanti. Apa boleh buat, benda di luar kemampuan Ummi :(




Monday, 7 December 2020

Abang ~ Temuduga SMALQ, Tangkak, JDT

Ahad, 6 Disember 2020 Abang telah ditemuduga secara maya oleh guru dari Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran (SMALQ) sebagai prosedur pemilihan ke tingkatan satu sekolah tersebut. SMALQ ni berstatus Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).


Sebelum ni tak terfikir pun nak apply SABK di luar Selangor tapi tergerak hati untuk mohon SMALQ ni. Mungkin sebab proses permohonan sangat mudah, hanya isi borang melalui Google Form. Esok tarikh tutup, malam baru isi. Alhamdulillah Abang terpilih untuk iv. 

Beberapa hari sebelum tu Ummi dan Abang sama-sama joined online briefing dari pihak sekolah. Banyak input yang Ummi dapat antaranya;
1. Kokurikulum Bersepadu Dini (KBD) yang digunapakai oleh mana-mana sekolah memberi tumpuan kepada subjek Bahasa Arab. Hafazan tidak dititikberatkan tetapi ada surah-surah tertentu yang perlu dihafal. Namun, jika pelajar punya daya ingatan yang kuat, guru-guru sudi membantu untuk menghafal, 
2. Jika berhajat untuk menyambung study di Timur Tengah, SABK adalah laluannya kata Mudir (Pengetua) sekolah. Pelajar yang layak akan ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) selepas SPM. Jika lulus STAM bolehlah memohon untuk ke Timur Tengah. 

Barulah jelas sikit perbezaan antara KBD dan KBT (Korikulum Bersepadu Tahfiz). 

Soalan, surah, doa dan format iv semua diberitahu awal untuk persediaan calon. 

Ini interview (iv) pertama Abang jadi Ummi sangat nervous 😅 Abang relax & confident je. 

Sebak tengok gambar ni...Abang dah nampak keremajaannya. Dah besar anak Ummi 🤗 


Ramai yang puji Abang segak, kemas. Sebenarnya ada beberapa sebab Ummi suruh Abang pakai uniform sekolah; 
1. Nak create feel untuk dia lebih serius dan bersungguh-sungguh, 
2. Properly dressed sebab iv is a formal matter. Kalau iv MRSM atau SBP memang kena pakai uniform jadi untuk SMALQ ni pun sama juga pada pendapat Ummi, 
3. Effort & first impression to get extra points, hopefully

Alhamdulillah semuanya lancar kelmarin. Ini baru permulaan. Banyak lagi iv & tests Abang perlu tempuh. This is the downside of the cancellation of UPSR this year. The coming months would be tough for us. PKSK is rescheduled in January while UKKM still no news. SABK Selangor dan SMISTA pun belum tahu lagi statusnya. Moga dipermudahkan segala urusan aamiin.

Sunday, 6 December 2020

PKPB ~ Dilanjutkan tapi ada kelonggaran


Happy dengar pengumuman YB Menteri Kanan Keselamatan semalam yang mana dibenarkan untuk rentas daerah/negeri. Alhamdulillah syukur sampaikan tak peduli dah PKPB di Selangor dan KL ni dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020 🤭

Bukan apa, rasa free of mind sebab tak lagi tersekat nak kemana-mana. Tambahan pula bilangan penumpang dalam kenderaan juga dibenarkan ikut kapasiti sesuatu kenderaan. Tidak lagi terhad kepada 3 orang penumpang sahaja.

Walaubagaimanapun tidaklah bermakna kita dah bebas kemana-mana atau buat apa saja. Pastikan setiap masa kita jaga SOP, elakkan 3Cs dan amalkan 3Ws. Rata-rata di kalangan kita dah terbiasa/selesa dengan norma-norma baharu jadi teruskan menjaga diri & keluarga kita. Dengan usaha yang berterusan dan DOA berpanjangan kita dilindungi-Nya dari wabak ini, Insha Allah.

Ada 2-3 perkara yang kami teringin nak buat sebenarnya sejak hampir 2 bulan PKPB dilaksanakan di Lembah Klang. Top in the list of course nak balik kampung. Itulah yang ramai orang nak buatkan? Lagi satu, nak pergi bercuti. Tak jauh, dekat-dekat pun jadilah. A hotel staycation would be a good idea. Ada cadangan?

Lepas tu teringin nak makan di luar dengan anak-anak. Last time makan di luar sebelum PKPB bulan 10 hari tu. Dapat makan di kedai mamak pun jadilah. At least we feel a bit relieve and slowly feel that the situation is improving. 

Apapun jangan leka dan jangan seronok sangat kata orang Kedah. Teruskan perjuangan kita menentang musuh yang tak dapat dilihat ni. Teruskan #kitajagakita 💪💪💪


Saturday, 5 December 2020

Ayu ni kan...

Meet Ayu, our new pet cat 🐈

Lebih kurang seminggu rasanya selepas Neo ditimpa tragedi, dah ada yang menjadi pengganti. Mula-mula tak berapa nak jinak, datang sekadar tumpang makan. Tapi, lama-kelamaan dari luar rumah terus ke dalam rumah. Sekarang dah jadi 'mem besar' kat rumah ni. 

Rapat dengan budak-budak ni especially Adik-lah. Asal tak nampak Ayu je, "Ayu, where are you?" Terjerit-jerit  sampai jiran-jiran pun dah kenal Si Ayu ni 😅 Kalau sebut Jojie (nama asal) depa tak tau, sebut Ayu semua tau. Gitulah, asal ada je kucing datang, kami bagi nama ikut taste sendiri haha ... 

She is very cheeky and playful. 

Tau apa dia tangkap tu? Siap bawa balik ke rumah lagi... 

Kesian anak biawak ni... Mujur sempat Ummi selamatkan dan lepas semula di tepi semak. 

Ini pula burung... 
Tak sempat nak selamatkan. Si Ayu ni dah lambung-lambung buat macam bola :(

Macam-macam si Ayu ni... Tapi, yang paling menyentuh hati gelagatnya yang satu ni... 


"Rindulah tu..." kata tuannya bila Ummi share status  ni. 

Sayang Ayu ❤️

Thursday, 3 December 2020

Support Kawan-Kawan III

Nampaknya makin ramai di kalangan kawan-kawan yang mula berniaga. Alhamdulillah diberi jalan oleh-Nya untuk menambah pendapatan serta mengisi masa dengan aktiviti berfaedah. 
Jom recap apa yang kami beli dengan kawan-kawan/kenalan ... 

Ikan Keli Cg Sue 
Ikan keli ni bukan setakat dah siang, siap cuci bersih. Confirm akan repeat order lepas ni... Masa dapat tu Ummi terus simpan dalam peti ais sebab nak keluar. Besok tu konon nak bersihkan, sekali tengok dah bersih dah. Ummi cuma gunting ekor, sirip dan bilas sambil selawat. Takde lendir dan tak hanyir langsung. 

Cg Sue guna testimoni Ummi 😊 

Penduduk Sri Gombak kalau berminat boleh hubungi Cg Sue 013 9009649. 

Nasi Ambeng Muo Ori 
Ini pun geng cikgu juga yang jual, Cg Lin. Sedap air tangan Cg Lin. Paling Ummi suka sambal kelapa. Marvellous! Komen Abang lagi best... 'Kenyanglah Ummi, berkat air tangan cikgu agaknya" haha... 

Tak pasal-pasal Abang jadi poster boy Nasi Ambeng Ori Muo ni 😂 Komisyen jangan lupa ye cikgu 🤭

Susu Farm Fresh & Kek Mamasab Kak Ita Fun Run 
Susu Farm Fresh ni tengah hot sekarangkan... Mula tu Ummi order 1 karton, nak bagi anak7 buah di Jitra. Tapi Tok Umi top up suruh beli lagi 2 karton. Tersenyum lebar Kak Ita bila hulurkan susu haha...  

Ummi minta Kak Ita mix semua perisa, dapatlah rasa semua. My favourite are susu kurma & yogurt (mixed berries). Satu karton tu ada 24 pcs/RM55.  Standard price I guess. 

Kak Ita ni juga agent/seller Mamasab. Untuk  our anniversary last week, order dengan Kak Ita juga. Dah lama perati je kek ni lalu di WA Status Kak Ita, tunggu ada special occasion baru order. Sedap keknya, tak manis sangat. Sedang elok kata orang. 

Memang dah malam benar Ummi order tu, dekat pukul 11 dah. Mujur Kak Ita layan 😁

Sambal Kentang Rangup Halia Empire 
Sambal kentang ni diusahakan oleh kawan Walid, based di Bangi kalau tak silap. Sebekas harganya RM13. 50. Walid beli 2 bekas. Order Khamis, Jumaat dah sampai. Senangkan sekarang... 

Sedap, rangup cuma manis sikit bagi lidah Ummi. Apapun sedap. 

Lunch Set dari Cafe Kita, Bukit Tunku 
Bila Walid bagitau kawannya, tauke Cafe Kita ada buat food delivery, terus Ummi terbayang keenakan daging salai masak lemak yang kami nikmati sewaktu jamuan jamuan raya Technoprestige  dulu. Memang order menu itulah, nak tunggu apa lagikan... 

Lunch set dari CafeKita ni Ummi bagi 5 bintang. Cafe di tempat eksklusif seperti Pusat Tenis Nasional ni pastinya menyajikan makanan yang sedap dan menepati piawaian tertentukan? 

Selain tu Ummi order juga laksa johor. Seriously, sedap sangat. 

Setiap hari menu lunch berbeza. Bolehlah contact kalau berminat. Highly recommended. 

Aiskrim Malaysia Cik Ayu 
Sedap gilerr aiskrim Malaysia air tangan Cik Ayu ni. Mandrem ke apa hahaha... 

ini perisa mint kot. Tak ingat sebab masa Cik Ayu hantar tu Abang yang ambil. Ummi sibuk uruskan Tok pagi tu. Masuk peti ais sekejap je, pukul 11 pakat selongkar dah. Ummi dapat perisa keladi. Sedap cenggini 👍👍👍 haha... Hari tu 11.11 Cik Ayu buat sale. 12 batang RM10. Biasa, sebatang singgit. 

Selain aiskrim, macam-macam lagi Cik Ayu jual ternasuk homemade kimchi. Buku-buku untuk anak-anak pun ada. Boleh contact Cik Ayu SINI

Sebenarnya bukan makanan je kami beli....buku, baju pun ada juga... 

Buku ni Walid beli dari kawannya. Member Syarikat Posto dulu. Ummi tak sempat baca lagi tapi kata anak-anak buku ni menarik. 

Buku ni pula biography Azmeer Yusof, ex-player team Kedah. Sejak tinggalkan team Kedah, makin rancak kerja-kerja berkaitan dakwah & kebajikan yang beliau buat seperti pusat belajar Al Quran secara percuma. 

T-shirt pun Walid beli juga. 

Didoakan semoga terus maju jaya buat semua. Doakan juga rezeki kami sentiasa lumayan. Dalam hati sentiasa berniat untuk tolong menolong, sokong menyokong sesama kita. Moga sampai tahap tak perlu berkira-kira dan mengira-ngira duit dalam dompet untuk berbelanja dan bersedekah pada jalan kebaikan. Doakan tau! 

Tuesday, 1 December 2020

Kakak ~ Cucuk Darjah 1

Waktu PKP ni, kebanyakan urusan dengan agensi kerajaan perlu dibuat melalui temujanji. Nak buat I/C, buat surat mati, imunisasi anak semua melalui temujanji. Tapi, bagus sebenarnya sebab menjimatkan masa dan lebih efisien. Jika di waktu pandemik sebegini kita boleh laksanakan, alangkah baiknya jika keadaan kembali normal nanti ianya tetap diteruskan. 

Contohnya pagi tadi Ummi bersama Walid bawa Kakak ke Klinik Kesihatan Gombak Setia untuk imunisasi darjah 1. Seminggu sebelum datang, cikgu kelas minta ibu bapa isi borang temujanji (melalui Google form) ; pilih tarikh dan slot yang disediakan dan submit borang tersebut secara maya. Tiba hari yang ditetapkan i.e today kami hadir. 



Dari mula mendaftar hingga ke 'cucuk' tak sampai setengah jam pun! Ada kaunter regi khas dan bilik khas untuk murid-murid darjah 1, Tingkatan 1 & 3 yang disediakan. 
Kakitangan yang bertugas pun semuanya baik dan ceria belaka. Sampai terlupa Ummi depa sedang berperang dengan Covid-19. Tabik! 

Bangunan baru KK Gombak Setia ni pun luas dan selesa. Ada lif semua lengkap. Cuma parking space agak limited. Disinilah Ummi planned nak bawa Tok untuk regular check up sebab doktor di Hospital Selayang ada bagi referral letter untuk Tok buat pemeriksaan berkala. Takpelah, may she is in a better place now aamiin. 

Tak lupa ambil gambaq buat kenangan. Agaknya orang-orang kat situ pun pelik tengok kami haha... Orang mai KK muka sakit, sedih kami pulak happy-happy je siap posing depan klinik 😂


Rupanya untuk Darjah 6 dah takde cucuk BCG macam kita dulu-dulu. Naik form 3 nanti baru ada (for boys). Untuk girls form 1 ada imunisasi. Ikut kata nurse tadilah... Lega Abang 😁

Lega satu bab. Sekarang ni tunggu giliran untuk berurusan dengan JPN pula. Moga dipermudahkan juga.