Ada satu malam tu, sedang Ummi membantu Abang mengulangkaji pelajarannya, tiba-tiba terdengar siulan angin yang sangat kuat di luar rumah. Bila menjenguk di tingkap, hujan sedang mencurah-curah disusuli angin kencang. Dah kira kategori ribut ni.
Ummi terus ke muka pintu, perhatikan suasana 'havoc' di luar. Gusar juga memikirkan keselamatan keluarga dan jiran tetangga. Dalam hati memang tak putus-putus berdoa agar semuanya baik dan selamat. Alhamdulillah selepas setengah jam agaknya, angin kencang mula reda. Lega hati Ummi.
Esok paginya, Ummi lihat kesan ribut semalam. Ada pokok tumbang dan dahan patah menyembah bumi. Pokok tebu dan bendi Tok di belakang rumah pun rebah juga.
Tak lama kemudian, jiran Ummi Kak Leha telefon. Pokok betiknya tumbang juga. Ada betik muda kalau nak katanya. Wah, rezeki ni. Betik muda boleh di rebus buat ulam atau pun dimasak kari bersama ikan atau ayam.
Di kampung Ummi dulu kalau ada kenduri-kendara selalu juga juadah ni disediakan. Dimasak beramai-ramai secara bergotong royong. Selain betik, boleh juga diganti dengan buah kundur. Kebiasaannya betik dan kundur ni memang ditanam oleh orang kampung jadi sentiasa ada bekalannya. Kadang tu bukan kepunyaan tuan rumah pun, tapi ada jiran yang sedekahkan untuk turut sama berkenduri.
Cara memasaknya sama seperti kari ayam biasa cuma lebihkan kuahnya agar lebih cair. Tak perlu letak kerisik pun. Tapi jangan pandang rendah dengan betik muda ni ye. Dia punya keras tu bila rebus, susah nak bincang haha... Patutlah Ummi selalu perasan lama benar Tok rebus betik muda ni kalau nak dibuat ulam.
Ummi masak guna Noxxa. Mula-mula tumis rempah, bawang, daun kari dan serbuk kari semua hingga wangi. Kemudian masukkan ayam dan secawan air. Kemudian Ummi HP 7 minit. Bila dah bunyi beep tu dengan confidentnya Ummi masukkan santan dan betik. Tukar mode stir fry. Selalu kalau campur kenyang Ummi buat begini juga sebab taknak kentang tu terlalu empuk jika di 'HP' bersama ayam. Selalunya dalam 10 minit tu dah empuk dah kentangnya. Berbeza dengan betik ni, 10 minit dah berlalu masih maintain kerasnya. Ayam Ummi pula dah makin lembut. Sebelum ayam hancur, Ummi keluarkan ayam tu. Kemudian Ummi guna mode HP semula untuk betik sahaja selama 5 minit. Barulah lembut betik Ummi tu :) Takpa, next time dah tahu :)
[Mental Note: Masukkan terus betik bersama ayam sedari mula dan masak secara HP selama 7 minit.]
Orang berbudi kita berbahasa Sebekas untuk tuan tanah :) |
Ini pun dari kebun Kak Leha juga, ubi kayu. Ummi rebus je. Lepas tu buat lempeng dan sambal bilis. Regukan dengan Kopi O. Nikmat!
Tak pernah lagi makan betik muda...hehehe...boleh cuba nanti ni...
ReplyDeleteBaru pertama kali tahu betik muda boleh masuk dalam kari :)
ReplyDeletepekena ubi kayu rebus dengan sambal sambil ngopi memang terangkat
ReplyDeleteExcellent Blog! I would like to thank for the efforts you have made in writing this post. I am hoping the same best work from you in the future as well. Watch The Sims 4 channels streaming live on Twitch. Sign up or login to join the community and follow your favorite The Sims 4 streamers! sims 4 news
ReplyDelete