Memandangkan peti ais penuh dengan daging korban, terpaksalah Ummi jadi kreatif untuk mengurangkan kesesakan di dalamnya. Tapi nak masak/makan daging hari-hari pun tak berani juga, maklumlah dah tak berapa nak muda π€
Sup daging dah, kari daging pun dah. Bila sampai giliran daging kambing pula, Ummi dah tak tahu nak masak apa. Tapi Ummi dapat ilham bila ke kenduri anak Tn Hj Yusuf Ahad lepas, ada lauk kambing bakar. Kambingnya bukan dibakar seekor-seekor tapi dagingnya dihiris nipis-nipis (bite sized) dan siap diperap. Ummi perhatikan pekerja tersebut hanya mengambil daging yang siap diperap tersebut dan grill bila ada permintaan dari tetamu. Masa membakar juga sekejap sahaja.
Esoknya Ummi terus imitate the process. Daging kambing tersebut Ummi perap bersama sos cili, sos cili Thai, sos tiram, kicap manis, kicap pekat serta kiub daging lembu. Gaul sebati semuanya dan perap sekurangnya 2 jam.
Kemudian Ummi masukkan daging yang di perap tadi bersama kentang dan carrot dalam Noxxa, titiskan minyak zaiton dan set HP mode selama 7 minit. Bila dah bunyi beep, Ummi release wap dan stir fry beberapa minit lagi untuk pekatkan kuah serta masukkan bawang potong. Kalau ada cili benggala boleh masukkan sekali.
Hasilnya...
Close up tak nampak pulak dagingnya π
Resepi...
Ini pula dalca kambing. Tulangnya Ummi rebus dulu di dalam Noxxa (HP selama 30 minit). Kemudian dalca dimasak di atas dapur gas seperti biasa. Regukan bersama nasi Arab. Pergh sedap baq hang!
Perasan tak paper plate tu? Paip pecah lagi semalam, bekalan air terpaksa ditutup. Malas nak biar pinggan kotor di sinki, kita pakai pinggan kertas je hihi.. Sekarang ni redha ja kalau kata takde air. Dah kerap sangat kat kawasan kami ni, kejap-kejap paip pecah. Semuanya gara-gara kerja penggantian/peralihan kabel TM katanya. Selagi air keluar dalam paip tu, selagi tu Ummi relaks je. Sebab kadang tu kata paip tutup tapi air still running sampai malam. Risau juga bila tadah air dalam baldi banyak-banyak sebab kita ada anak kecil. Tapi dalam tong memang standby air. Tak berani juga nak ambil risiko.
Alhamdulillah stok daging kambing dah clear. Lega ada ruang untuk simpan ayam/ikan, which is stok wajib dalam rumah kami. Tok suka makan ikan. Angah pula suka ayam. Abang Kakak alhamdulillah macam Ummi Walid juga, semua makan kecuali batu dan kayu... Kata Si Ipin πStok daging/tulang lembu kita simpan dulu. Ikut pengalaman Ummi, daging korban jika disimpan lama pun masih sedap rasanya. Bila teringin nak makan lauk daging baru kita fikir menunya.
sedapnyaaa kambing bakar !! ritu korban dapat daging lembu jee kambing xdak. pakai Noxxa lagilaa mudah kan hehe..
ReplyDeleteYe betul siti. Akak pun sebab ada Noxxa je yg rajin ni hah π
Deletepernh juga masak kambing guna noxxa tp guna air fryer lg juicy
ReplyDeleteOh ye ke? Kita baru buka tabung air fryer haha... Wish list tu
Deletesaya mintak izin ambik resepi ni ye.
ReplyDelete