#DaniaIzinLove, sweet hashtag-nya...
Terima jemputan dari bekas rakan sepejabat Walid, En Razak ke majlis perkahwinan anak lelakinya di Shah Alam. Semestinya kami berbesar hati untuk meraikan jemputan istimewa ini.
Kami tiba di dewan majlis pada waktu puncak, menjelang waktu Zohor. Suasana dalam dewan agak padat dengan tetamu jauh dekat yang datang meraikan pengantin baru. Dengarnya ada tetamu sejauh Bangkok turut hadir.
Setelah beberapa kali pusing, alhamdulillah dapat tempat duduk. Cantik bunga di meja ni, lembut je warnanya membangkitkan mood romantis, sesuai dengan majlis.
Sedap lauk pauknya; kari daging, ayam goreng berempah, dalca, papadom, ulam salad dan nasi minyak yang sangat enak. Air pun istimewa, air blue lagoon katanya. Pertama kali rasanya Ummi minum 'air biru' di majlis kenduri. Selalunya air merah (panggilan orang kampung kami untuk air sirap).
Walid ambil mee kari. Ayam ketul besar², puashati makan. Nampak tetamu di depan Ummi ambil laksa. Ummi malas nak bangun ambil, kongsi je makan mee kari ni. Perut pun dah kenyang, sekadar nak rasa juadah yang dihidangkan.
Makan juga kuih lapis warna warni dan popia sura sorang seketul. Alhamdulillah kenyang. Marilah kita bangun bagi ruang untuk tetamu yang baru sampai pula.
Selepas keluar dewan, kami ambil gambar dulu di photo booth yang disediakan. Dapat 2 keping printed photo. Sekarang ni kalau pergi kenduri/event jika ada photo booth begini memang kerap kami ambil peluang bergambar. Seronok sebab dapat gambar bercetak on the spot.
Walid dapat balang kaca cantik. Dalam tu ada biskut bunga. Selain tu dapat tasbih dan tisu.
Alhamdulillah tahniah sekali lagi untuk kedua mempelai. Terima kasih ER atas jemputan.
Selamat Pengantin Baru Izzhar & Dania ❤️
Baarakallahu lakuma wa jama'a baina kuma fil khair ๐คฒ๐ป
.
Cantik baju ummi, red & pinky gitu..
ReplyDeleteRasa tenang je minum air blue lagoon๐
Tq Kak.
DeleteRasa romantis pun iye Kak :)
Cantik warna baju PH, sama sweet macam bunga-bunga atas meja tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah tq PU. Baju raya puasa hari tu hehe
DeleteDewan pengantin sekarang memang hebat2... Semua cantik
ReplyDeleteBetul Uncle. Sediakan ongkosnya aja :)
DeleteEh sama pula tisu itu dengan kenduri kahwin saya pergi semalam.
ReplyDeleteMemang tisu ni favorite utk door gift kot, Sy pun banyak kali dah dapat tisu brand ni..
DeleteDeus caritas est!
ReplyDeleteSekarang ni terlalu banyak muncul air pelbagai warna dan pelbagai rasa. Selamat pengantin baharu buat kedua-dua mempelai.
ReplyDeleteBetul Kak Amie. Nak ikut warna tema majlis pun boleh diaturkan/disediakan. Terima kasih utk ucapan kpd pengantin.
Deletedewannya cantik. goodies nya cute!! MZ ada wedding nak kena attend tp lmbt lagi, end of aug..dan 3 weddings in a day laaa (all my colleagues anak diaorg kawin hari yg sama)
ReplyDeleteAlamak, jenuh nak berkejar 3 kenduri in a day ๐
DeleteWe have few more invites this month alhamdulillah
lawa warna outfit PH...
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat memenuhi undangan..
Baju raya puasa hari tu Linda. Dah habis raya kita buat baju kenduri la pulak ๐
DeleteSelamat pengantin baru buat pasangan mempelai. Bagus tuan rumah banyak betul goodies dia sediakan utk tetamu.
ReplyDeleteTerima kasih utk ucapan kpd pengantin baru.
DeleteIye, pelbagai goodies yg disediakan
Nama pengantin macam nama anak sendiri la. Cantik la pelaminnya. Center piece meja saya suka. Cantik manis je.
ReplyDeleteIye memang teringat Dania Ezna & Dania SA bila tengok nama bride ni :)
DeleteBetul, sweet dan lembut je warnanya
Candy corner tu menarik la...Byk dpt goodie tu =D
ReplyDeleteKesukaan budak² hehe...
DeleteAlhamdulillah goodies pun pelbagai barang dlm tu
Uik..nama Dania tu...hahah...panjang umur nanti pejam celik anak SA plak la yang kahwin kan...kena simpan duit awal2 ni...anak sorang kan...lepas tu semua x nak next kenduri buat kat rumah...jenuh nak mengemas..kena la cari dewan nanti kan...
ReplyDeleteYe SA, memang nampak nama pengantin perempuan tu auto teringat your Dania & Dania Ezna juga hehe...
DeleteBetul SA, buat di dewan tak pening kepala nak kemas rumah dsbnya. Tempat pun lebih besar dan takde isu parking la kot, berbanding buat di rumah taman. My sedara buat di homestay, pun okay juga..
Uik..nama Dania tu...hahah...panjang umur nanti pejam celik anak SA plak la yang kahwin kan...kena simpan duit awal2 ni...anak sorang kan...lepas tu semua x nak next kenduri buat kat rumah...jenuh nak mengemas..kena la cari dewan nanti kan...
ReplyDeleteammi pun attend wedding di Shah Alam last Saturday.
ReplyDeleteCantik pelamin dia. Bila dah ramai-ramai memang segan nak ambil gambar kan. Untung macam-macam dapat tu. Kalau ada photobooth tu rugi kalau tak ambil gambar. Tapi kalau ramai, malas juga beratur dan berlalu pergi je lah.
ReplyDeleteCantiiiik warna baju kakak ๐๐❤️. Memang yaa, kak PH selalu dapat undangan wedding begini ๐๐. Best sangaaat. Saya setahun sekali pun belum tentu ada ๐คฃ๐คฃ๐คฃ. Tak ada niat menikah teman2 dan saudara saya agaknya ๐ .
ReplyDeletePadahal rindu juga menghadiri acara nikah, melihat tempatnya, kuliner yg dihidangkan ..