Sunday, 26 July 2026

Wedding @ Grand Ammara Event & Hall Avenue Crest, Shah Alam

#DaniaIzinLove, sweet hashtag-nya...

Terima jemputan dari bekas rakan sepejabat Walid, En Razak ke majlis perkahwinan anak lelakinya di Shah Alam. Semestinya kami berbesar hati untuk meraikan jemputan istimewa ini. 

OOTD ❤️๐Ÿฉท

Kami tiba di dewan majlis pada waktu puncak, menjelang waktu Zohor. Suasana dalam dewan agak padat dengan tetamu jauh dekat yang datang meraikan pengantin baru. Dengarnya ada tetamu sejauh Bangkok turut hadir. 

Setelah beberapa kali pusing, alhamdulillah dapat tempat duduk. Cantik bunga di meja ni, lembut je warnanya membangkitkan mood romantis, sesuai dengan majlis. 

Dari jauh nampak pengantin baru sedang bergambar dengan tetamu. 

Kami makan dulu...
Sedap lauk pauknya; kari daging, ayam goreng berempah, dalca, papadom, ulam salad dan nasi minyak yang sangat enak. Air pun istimewa, air blue lagoon katanya. Pertama kali rasanya Ummi minum 'air biru' di majlis kenduri. Selalunya air merah (panggilan orang kampung kami untuk air sirap). 

Walid ambil mee kari. Ayam ketul besar², puashati makan. Nampak tetamu di depan Ummi ambil laksa. Ummi malas nak bangun ambil, kongsi je makan mee kari ni. Perut pun dah kenyang, sekadar nak rasa juadah yang dihidangkan. 

Makan juga kuih lapis warna warni dan popia sura sorang seketul. Alhamdulillah kenyang. Marilah kita bangun bagi ruang untuk tetamu yang baru sampai pula. 

Dewan ni cantik. Cuma Ummi tak banyak ambil banyak gambar, tetamu tengah ramai. Segan :) 

Candy corner ๐Ÿญ๐Ÿญ๐Ÿญ

Ummi ambil cookies sepeket. 

Selepas keluar dewan, kami ambil gambar dulu di photo booth yang disediakan. Dapat 2 keping printed photo. Sekarang ni kalau pergi kenduri/event jika ada photo booth begini memang kerap kami ambil peluang bergambar. Seronok sebab dapat gambar bercetak on the spot

Cenderahati dari tuan rumah... 
Walid dapat balang kaca cantik. Dalam tu ada biskut bunga. Selain tu dapat tasbih dan tisu. 

Ummi dan Adik dapat beras dan tisu.

Alhamdulillah tahniah sekali lagi untuk kedua mempelai. Terima kasih ER atas jemputan.

Selamat Pengantin Baru Izzhar & Dania ❤️
Baarakallahu lakuma wa jama'a baina kuma fil khair ๐Ÿคฒ๐Ÿป 





.


27 comments:

  1. Cantik baju ummi, red & pinky gitu..
    Rasa tenang je minum air blue lagoon๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. Cantik warna baju PH, sama sweet macam bunga-bunga atas meja tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tq PU. Baju raya puasa hari tu hehe

      Delete
  3. Dewan pengantin sekarang memang hebat2... Semua cantik

    ReplyDelete
  4. Eh sama pula tisu itu dengan kenduri kahwin saya pergi semalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tisu ni favorite utk door gift kot, Sy pun banyak kali dah dapat tisu brand ni..

      Delete
  5. Sekarang ni terlalu banyak muncul air pelbagai warna dan pelbagai rasa. Selamat pengantin baharu buat kedua-dua mempelai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Amie. Nak ikut warna tema majlis pun boleh diaturkan/disediakan. Terima kasih utk ucapan kpd pengantin.

      Delete
  6. dewannya cantik. goodies nya cute!! MZ ada wedding nak kena attend tp lmbt lagi, end of aug..dan 3 weddings in a day laaa (all my colleagues anak diaorg kawin hari yg sama)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, jenuh nak berkejar 3 kenduri in a day ๐Ÿ˜
      We have few more invites this month alhamdulillah

      Delete
  7. lawa warna outfit PH...
    Alhamdulillah, dapat memenuhi undangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju raya puasa hari tu Linda. Dah habis raya kita buat baju kenduri la pulak ๐Ÿ˜

      Delete
  8. Selamat pengantin baru buat pasangan mempelai. Bagus tuan rumah banyak betul goodies dia sediakan utk tetamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih utk ucapan kpd pengantin baru.
      Iye, pelbagai goodies yg disediakan

      Delete
  9. Nama pengantin macam nama anak sendiri la. Cantik la pelaminnya. Center piece meja saya suka. Cantik manis je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye memang teringat Dania Ezna & Dania SA bila tengok nama bride ni :)
      Betul, sweet dan lembut je warnanya

      Delete
  10. Candy corner tu menarik la...Byk dpt goodie tu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesukaan budak² hehe...
      Alhamdulillah goodies pun pelbagai barang dlm tu

      Delete
  11. Uik..nama Dania tu...hahah...panjang umur nanti pejam celik anak SA plak la yang kahwin kan...kena simpan duit awal2 ni...anak sorang kan...lepas tu semua x nak next kenduri buat kat rumah...jenuh nak mengemas..kena la cari dewan nanti kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SA, memang nampak nama pengantin perempuan tu auto teringat your Dania & Dania Ezna juga hehe...
      Betul SA, buat di dewan tak pening kepala nak kemas rumah dsbnya. Tempat pun lebih besar dan takde isu parking la kot, berbanding buat di rumah taman. My sedara buat di homestay, pun okay juga..

      Delete
  12. Uik..nama Dania tu...hahah...panjang umur nanti pejam celik anak SA plak la yang kahwin kan...kena simpan duit awal2 ni...anak sorang kan...lepas tu semua x nak next kenduri buat kat rumah...jenuh nak mengemas..kena la cari dewan nanti kan...

    ReplyDelete
  13. ammi pun attend wedding di Shah Alam last Saturday.

    ReplyDelete
  14. Cantik pelamin dia. Bila dah ramai-ramai memang segan nak ambil gambar kan. Untung macam-macam dapat tu. Kalau ada photobooth tu rugi kalau tak ambil gambar. Tapi kalau ramai, malas juga beratur dan berlalu pergi je lah.

    ReplyDelete
  15. Cantiiiik warna baju kakak ๐Ÿ‘๐Ÿ‘❤️. Memang yaa, kak PH selalu dapat undangan wedding begini ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Best sangaaat. Saya setahun sekali pun belum tentu ada ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Tak ada niat menikah teman2 dan saudara saya agaknya ๐Ÿ˜….

    Padahal rindu juga menghadiri acara nikah, melihat tempatnya, kuliner yg dihidangkan ..

    ReplyDelete