Alhamdulillah Ummi salah seorang pemenang GA Meriahkan Piala Dunia anjuran rakan blogger, Kak Notie. Lambat sikit Ummi dapat hadiah ni sebab ada masalah dengan alamat rumah. Boleh ye address kami di-pin di Dengkil sana. Bila Kak Notie minta alamat lain, kepala jammed sekejap nak bagi alamat mana 😅 Sebab tak pernah ada masalah dengan alamat rumah kami ni sepanjang urusan pengeposan barang.
Ummi pengomen ke-10. Rezeki Ummi walaupun tengok post ni dah lewat sebab demam masa ni.
Dah tahu hadiahnya apa sebab dah tengok entry kawan² lain yang terima hadiah ni lebih awal. Tapi tetap berdebar sebab nak tahu Ummi dapat tumbler gambar siapa. Kita dok harap Christiano Ronaldo wak :p
Siapa tak kenal Messi kan, known as the GOAT of modern football. 8 kali menang Ballon d'Or, pernah menang World Cup (2022) dan pelbagai anugerah lagi. Dalam WC 2026 ni pun dia perform sangat. Scored hatrik masa lawan Algeria hari tu 👏🏻👏🏻👏🏻
Jumlah gol Messi score setakat ni 6 gol, sama dengan Mbappé. Both are top scorers la setakat ni. Argentina pun berjaya mara ke peringkat seterusnya, so expect more goals from him 💪🏻
Ummi belum ada tumbler warna putih jadi bila dapat warna ni happy sangat.
Tumbler ni ada petunjuk suhu, jadi kita tahulah suhu air dalam tumbler ni. Ni tumbler ada penunjuk suhu kedua Ummi miliki.
Alhamdulillah tqsm Kak Notie atas hadiah yang special ni. Semoga mewah, lancar dan berkat selalu rezeki buat Kak Notie sekeluarga 🤲🏻
Alhamdulillah. Dapat tumbler putih cantik! Moga dilipatkan gandakan rezeki Notie, dan tambah erat ukhuwah di alam maya.
ReplyDeleteAamin 🤲🏻
DeleteMakin dipandang makin lawa pulak tumbler ni. Sbb warna putih kot, nampak elegant
Alhamdulillah rezeki PH
ReplyDeleteAlhamdulillah 🤲🏻
DeletePatut la nampak parcel ni semalam kat recep...hehehehe...dah tau dah sebab skodeng nama siapa...suami nak SA bagi tumbler ni kat Khalaf..memang x dapek la nak tolong sebab SA memang pengumpul tegar tumbler kan...hahahaha....mintak maaf la...by the way tahniah PH...
ReplyDeleteAlamak haha ..terpaksa guna nama opis 🤭
DeleteSayang kan nak bagi orang, special ni hadiah dari kawan blogger kan. PH pun dok harap jangan la Angah minta, sbb dia minat Messi :D
Tq² SA, u too 😘
Tahniah...sama tumbler kita :)
ReplyDeleteOh ye? Congrats utk Eyma juga 👍🏻
DeleteAlhamdulillah..Kerrrlass la tumbler tu sis =D
ReplyDeleteKhannnnn 😎😁
DeleteMaaf lah tak pilih CR7 sebab dan banyak bagi kat peserta yang awal. Messi pun best apa. Terima kasih doanya.
ReplyDeleteTakpe Kak Notie, no hal. Bangga kot usung tumbler Messi ni 😍
DeleteCantik warna putih. Ada petunjuk suhu pulak tu ya.
ReplyDeleteTahniah PH 👏🏽
Alhamdulillah tq PU
Deleteawwwww messsi....kami peminat messi
ReplyDeleteSama dgn anak #2 Sy, peminat Messi :D
DeleteSaya pun dapat Messi...tumbler warna hitam....
ReplyDeleteOh hitam ye... Congrats Sue 👏🏻
Delete