Wednesday, 1 July 2026

Terima Hadiah GA Meriahkan Piala Dunia by Kak Notie

Alhamdulillah Ummi salah seorang pemenang GA Meriahkan Piala Dunia anjuran rakan blogger, Kak Notie. Lambat sikit Ummi dapat hadiah ni sebab ada masalah dengan alamat rumah. Boleh ye address kami di-pin di Dengkil sana. Bila Kak Notie minta alamat lain, kepala jammed sekejap nak bagi alamat mana 😅 Sebab tak pernah ada masalah dengan alamat rumah kami ni sepanjang urusan pengeposan barang. 

Ummi pengomen ke-10. Rezeki Ummi walaupun tengok post ni dah lewat sebab demam masa ni. 

Dah tahu hadiahnya apa sebab dah tengok entry kawan² lain yang terima hadiah ni lebih awal. Tapi tetap berdebar sebab nak tahu Ummi dapat tumbler gambar siapa. Kita dok harap Christiano Ronaldo wak :p 

It's Messi! 
Siapa tak kenal Messi kan, known as the GOAT of modern football. 8 kali menang Ballon d'Or, pernah menang World Cup (2022) dan pelbagai anugerah lagi. Dalam WC 2026 ni pun dia perform sangat. Scored hatrik masa lawan Algeria hari tu 👏🏻👏🏻👏🏻 
Jumlah gol Messi score setakat ni 6 gol, sama dengan Mbappé. Both are top scorers la setakat ni. Argentina pun berjaya mara ke peringkat seterusnya, so expect more goals from him 💪🏻

Cukup pasal Messi, kita cerita pasal tumbler ni pulak. Cantik tumbler ni, warna putih 🤍
Ummi belum ada tumbler warna putih jadi bila dapat warna ni happy sangat. 

Tumbler ni ada petunjuk suhu, jadi kita tahulah suhu air dalam tumbler ni. Ni tumbler ada penunjuk suhu kedua Ummi miliki. 

Ada penapis juga. 

Alhamdulillah tqsm Kak Notie atas hadiah yang special ni. Semoga mewah, lancar dan berkat selalu rezeki buat Kak Notie sekeluarga 🤲🏻 




9 comments:

  1. Alhamdulillah. Dapat tumbler putih cantik! Moga dilipatkan gandakan rezeki Notie, dan tambah erat ukhuwah di alam maya.

    ReplyDelete
  2. Patut la nampak parcel ni semalam kat recep...hehehehe...dah tau dah sebab skodeng nama siapa...suami nak SA bagi tumbler ni kat Khalaf..memang x dapek la nak tolong sebab SA memang pengumpul tegar tumbler kan...hahahaha....mintak maaf la...by the way tahniah PH...

    ReplyDelete
  3. Tahniah...sama tumbler kita :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..Kerrrlass la tumbler tu sis =D

    ReplyDelete
  5. Maaf lah tak pilih CR7 sebab dan banyak bagi kat peserta yang awal. Messi pun best apa. Terima kasih doanya.

    ReplyDelete
  6. Cantik warna putih. Ada petunjuk suhu pulak tu ya.
    Tahniah PH 👏🏽

    ReplyDelete
  7. awwwww messsi....kami peminat messi

    ReplyDelete
  8. Saya pun dapat Messi...tumbler warna hitam....

    ReplyDelete