Subhanallah terkesima Ummi tengok kebesaran ciptaan Allah SWT.
Pemandangan selepas Subuh ni Ummi lihat dari pintu rumah homestay.
Asalnya awan tu begini. Masa ni rasa takut juga nampak segumpal awan hitam begini. Tapi semakin lama, semakin lawa bentuk awan ni. Warna pun berubah dari hitam ke biru/jingga/pinkish.
Masa sungguh cemburu...
Jom bersiap untuk pulang ke sarang .
OOTD ♥️🤎🩷
Tudung Ummi ni pemberian blogger Mulan, awal tahun hari tu. Dah banyak kali pakai, selesa dan cantik tudung ni.
It's time to check out. Dah jadi kebiasaan, kami akan tinggalkan homestay dalam keadaan kemas dan teratur seperti mana masuk hari tu. Kita mudahkan urusan orang, In Sha Allah urusan kita Allah permudahkan.
Ummi siap tanya Walid, orang luar boleh beli tak rumah di sini? Seronok tengok laut... Padahal nak dekat dengan Abang 🤭
Singgah Mesra Mall. Walid berjanji temu dengan Sahabat TH kami, Cg Hj Nordin. Dah pencen dah Cikgu bulan 3 hari tu. Sementara tunggu waktu solat jalan² dalam mall. Serkup dari Butik Rasa Sayang tu harganya RM9.90 saja. Buy one free one. Ummi grabbed la, takkan tidak. Lunch dekat food court, anak³ je makan. Walid rancak berborak dengan CN, Ummi pula masih kenyang makan nasi dagang tadi.
Ummi tak pasti nak panggil apa ikan gini. Macam ikan kering, tapi lembab² macam ikan rebus. Tapi Ummi tak pernah jumpa ikan kerisi yang dijadikan ikan rebus. Ikan segar CN beli dan isterinya sediakan ikan ni melalui proses tertentu. Kata CN, balik rumah terus goreng, makan dengan nasi panas². Ummi ingat ikan yang dah digaul garam kunyit.
Ummi pun sampai di rumah, gorenglah ikan ni untuk hidangan makan malam. Ternyata sedap! Ikan tu rasa ikan segar, tak masin sangat pun. Goreng garing memang sedap. Ala² ikan salai yang Ummi pernah beli di Pekan Sehari Temerloh. Cuma, ikan CN bagi ni tak kering, lembut/lembab gitu. Tqsm Cikgu dan isteri 🌹
Alhamdulillah atas rezeki dan kurniaan-Nya.
# Slow² Ummi blog walking ye 🤗
sweetnya tudung PH :)
ReplyDeleteSy pun suka lembut je warna & coraknya
Deleterasanya nama "ike bekok" tu PH...sedap tabur bawang holland goreng,cili api,perah limau
ReplyDeleteTq² sis bagi info
DeleteSy dah Google, betul ikan bekok. Tak tahu mulanya sebab sebelum ni biras pernah kirim ikan bekok secara online. Tapi yg sampai tu macam ikan pekasam; bau dan rasanya. So ingat itulah ikan bekok. Rupanya ikan bekok yg sebenar memang sedap.
Cantik sungguh pemandangan langit dan laut. Entri ini buat KSarie kelaparan sebab ada banyak gambar makanan dan terasa hendak berjalan-jalan
ReplyDeleteJom KSarie cuti² Malaysia hehe
DeleteTerpikat dengan rupa ikan kering tu. Cantik! Sedap rupanya bila digoreng ye PH.
ReplyDeleteIkan ni separa kering, baru Sy tahu namanya ikan bekok Kak Amie. Memang sedap
Deletewah mkn nasi dagang atas tol...ikan tu mcm ikan bekok
ReplyDeleteTerima kasih info MT. Sblm ni pernah terima ikan bekok yg dibeli oleh biras atas talian. Rupa dan rasa tak begini, lebih miirip ikan pekasam. Bau pun kuat. Mungkin tersalah order kot.
DeleteApapun kalau beginilah rupa dan rasa ikan bekok, PH suka. Memang sedap.
Musim durian dah kembali. Merata ada durian.
ReplyDeleteSiap nak beli rumah tu. Nak dekat dengan abang.. hihi..
ReplyDelete