Wednesday, 31 July 2024

Koktail Jeli & Sagu

Kali ni Ummi buat koktail letak sagu. Nampak menarik resepi yang di-share oleh Iqa Othman di TT. Selalu buat koktail tak letak sagu, curious juga Ummi apa rasanya, itu yang teruja nak cuba. Plus anak⁴ pun suka koktail. 

Bahan²; 
1 tin susu cair 
3-4 sudu makan susu pekat - adjust ikut manis yg kita nak 
1 peket jeli - keluarkan dari bekas dan potong kecil² (masukkan dalam satu mangkuk, ambil pisau potong dlm bekas tu je)
Nata de Coco - nak cantik, guna pelbagai perisa/warna
Sagu - masak atas api hingga kembang dan tapis

Mula² bancuh susu cair, susu pekat dan air ( Ummi letak juga susu full cream). Adjust kuah koktail ni bagi sedap, manis ikut citarasa masing². Ummi letak juga garam sikit, bagi rasa lemak² sikit. 

Sudukan jeli, Nata de Coco dan sagu ke dalam bekas pilihan. Nata de Coco Ummi warna putih, tak naik seri sangat. Perisa lain takde masa tu, out of stock jadi ambil je la sebab dah tak sabar nak try resepi ni :D 

Tuanglah kuah koktail tu ke dalam bekas tadi. Ni tugas Adik... 

Simpan dalam peti ais dulu. Sedap dinikmati bila dah sejuk. Lagi sedap jika biarkan semalaman dalam peti ais, sebab rasa dia sebati semuanya.  Ummi sukalah ada sagu tu kan,  tapi Adik & Angah kurang gemar pulak sebab ada sagu tu. Abang dan Kakak pulun hehe... Kalau taknak letak sagu pun boleh, buat versi jeli & Nata de Coco je. Pun sedappppp... Nak buat koktail ni senang, atas kita nak letak apa pun. Letak buah²an pun sedap, letak kastard pun sedap. 

Tq Iqa Othman 🌹
Resepi ni dia buat meniaga kecil-kecilan. Semoga bertambah luas rezekinya dan berjaya dlm perniagaannya 🤲

Tuesday, 30 July 2024

Layan Lempeng

Petang semalam hujan di bumi Gombak. Nak keluar ambil Adik Kakak hujan mula turun. Sampai sekolah hujan dah berhenti. Dalam perjalanan hujan lebat semula. Lama dah Gombak tak hujan, alhamdulillah syukur bila hujan turun. Kesian pokok² Ummi kat luar rumah tu, layu dan kering je daunnya. 

Sampai di rumah terus ke dapur. Lapar pulak hujan² ni :) 

Me-lempenglah kita... 

Layan lempeng time hujan syahduuuu...

Buat juga Teh Tarik, layan lempenglah kami anak beranak. Dapat sorang 2 keping pun rasa tak cukup haha ... 

Cicah dengan gula je...
Adik cicah dengan susu...
Paling mantap kalau ada kuah kari 😋


Cucu Saudara Khatam Quran

Cucu kepada sepupu Ummi, Ammar sebaya dengan Kakak. Birthday pun dekat², dia 23hb, Kakak 28hb. Kiranya masa tu Ummi dan Kak Aida (ibu Ammar/anak saudara pupu Ummi) berpantang sama², lebih kurang. 

Sempena Ammar khatam Quran kami  sekeluarga dijemput ke rumah baru Kak Aida Ahad lepas. Hampir setahun dah berpindah ke sini. Rezeki depa dapat beli rumah RUMAWIP di lokasi yang sangat strategik ni. Alhamdulillah Ummi pun tumpang gembira. 

 Pernah ke rumah lama depa dulu, bersama dengan arwah Tok. 

Ada pulut, rendang ayam dan bihun sup. Semua KA masak sendiri je. Ummi agak jemputan pun tak ramai, di kalangan saudara mara terdekat je. Ummi pergi dah lewat, sempat bertemu dengan keluarga kakak ipar KA dan ustazah Ammar je. 

Bihun Sup Utara 😋

Disebabkan Ummi hanya datang berdua je dengan Walid, KA tapaukan makanan untuk anak⁴. Banyak sangat, cukup kenyang untuk kami dinner malam tu. 

Kebetulan Ummi masak kuah durian, alang² ada pulut, makan sekalilah. KA buat 2 versi pulut; pulut kuning dan pulut biasa. Dia masukkan dalam satu bekas je untuk Ummi bawa balik, itu yang bercampur² tu. 

Alhamdulillah Ummi takde masalah nak makan pulut setakat ni. Ada yang kata pulut ni angin, sakit² badan kalau makan. Tapi tetaplah kita berpada² dan berjaga², jangan makan terlebih sangat. Umur² 4-series ni pun bukannya larat nak makan banyak² dah. Cepat sengkak atau orang Baling sebut "sa'ah". Part 'ah' tu kena sebut macam huruf ع :D 

Tahniah ye Ammar dah khatam Quran 👍
Pandai pun pandai Ammar ni, selalu naik pentas. Hajat dia nak masuk sekolah sama dengan Paklong Fawwaz (Abang). Mudah-mudahan ada rezeki, boleh sekolah sama² dgn Makcik Balqis (Kakak). Kakak pun dah terbuka hati nak ambil aliran TMUA. Sebelum ni katanya tak nak hafazan. Kita tengoklah nanti rezekinya di mana. Ummi doakan yang terbaik untuk semua. 


Monday, 29 July 2024

Kakak ~ MSSD BoJa 2024




Setelah berminggu² berlatih akhirnya hari yang dinanti tiba. Kakak tak sabar nak bertanding, Ummi pula tak sabar nak bagi dia habis pertandingan sebab hari² latihan dari pukul 8-9.30 pg, pontenglah 2-3 kelas tu. Cikgu ada juga suggest latihan lepas sekolah, parents ramai tak setuju. Lagi penat rasanya kan... Sebab diorang yang T5 & T6 pun dah start tuition UPKK/PSRA after school

Ummi ni sebenarnya risau juga Kakak asyik tak masuk kelas, banyak ketinggalan pelajaran. Tambah² habis je MSSD BoJa ni, terus PPT. Syukur Kakak jenis yang bertanggungjawab; dia tak masuk kelas tapi latihan/homework dia siapkan. Bff Nurin la selalu jadi mangsa, tukang supply info kerja rumah :D Nurin pun masuk MSSD balapan tapi latihan tak sekerap latihan BoJa. Dekat² pertandingan baru berlatih. 
Tqsm Nurin 🌹

Kali ni sempat sekali je friendly match; dengan SK Taman Selayang dengan SRAI TK tak salah. Cikgu tak share gambar, payah sikit Ummi nak ingat 🤭 

Hari pertandingan...

Pilih jersi #7 sebab minat Faizal Halim 😁

C tu Kakak 💪

Main 6 games; ada menang, seri dan kalah juga. Walaupun begitu, perjuangan terhenti bila kalah tu lebih banyak dari menang :) Apapun tahniah anak², you all did well. Belum rezeki pergi jauh dalam MSSD sebab very competitive. Hari tu pun 50 team tak silap yang bertanding. 

Insha Allah KESUSRAI nanti kita juara 💪

# Tahniah Kak Una terpilih untuk wakil Daerah ke MSSN Kedah. Tahun ni Baling tuan rumah, Makngah tumbang bangga ☺️ 

Minggu Panitia Bahasa

Ada beberapa pertandingan dan program dilaksanakan sempena Minggu Panitia Bahasa di SRAI. Antaranya pertandingan buku skrap bertajuk "الٱلعاب الرياضية" untuk murid Tahun 2. 

Seperti biasa, anak² Ummi seboleh mungkin akan sertailah apa² pertandingan yang diadakan di sekolah :) Tapi Kakak tak join kali ni, penat dengan latihan BoJa. Banyak ponteng kelas, jadi homework pun banyak lerrr...

Esok deadline, malam tu baru buat 😅
Idea pun last minute baru nak mai :D 

Untuk hiasan, gunting je dari majalah Kuntum. Mujur ada simpan lagi majalah² lama ni. 

Untuk alat² mainan ni Adik lukis dan warna sendiri je. Semua pun bola je; bola sepak, bola tampar dll... 

Alhamdulillah usaha Adik berbaloi... 

Dalam kelas Adik, 4 orang je hantar buku scrap ni. Jadi adalah rezeki Adik menang juga 🤲

Ini pula hadiah dari Panitia BI, Adik #2 dalam kelas acara Spelling. Bertambah stok stationary, Ummi suka :) 

Well done Adik 🌹

Sunday, 28 July 2024

Sukan Tahunan

Sabtu 27.7 semalam berlangsung kejohanan sukan tahunan sekolah. Itu yang tak dapat join geng surau kacau Bubur Asyura tu. 

Berkampunglah kami di sini seawal 8.00 pg hingga ke tengahari. 

Rumah sukan depa dinamakan sempena nama cendiakawan² Islam; Ibnu Sina, Ibnu Khaldun,Ibn Rusyd dan Ibnu Batutta. 

Tema perbarisan kali ni 'Pasaraya'. 
Setiap Ibnu ada gimik tersendiri. Mydin jadi MyCna, Ecoshop jadi Ecoldun :) Kreatif masing² pun, sebab ada markah untuk perbarisan ni, masing² pulun nak menang. 
 
Angah jadi salah satu jenama/produk yang patut diboikot. Bagus anak² ni cakna dengan isu semasa. 

Ibnu Sina 🟦

Ibnu Khaldun 🟥

Ibnu Rusyd 🟩

Ibnu Batutta 🟨

Persembahan murid. 

Acara ibu bapa vs guru² pun ada. 
Acara lari guru² menang; depa muda², slim², runners belaka tak terkejar bapak² ni. Tapi Mai tang acara tarik tali geng bapak²-lah menang hihi ... 

Duta rumah biru 😘

Juara bertahan rumah biru ni. 2021 takde sebab PKP kot. 

Markah semasa...

Bila dah campur markah perbarisan, acara balapan, khemah dsbnya 🟨 juara! Jarang rumah kuning nak jadi juara keseluruhan kan ... Ummi membesar dengan rumah biru selalu juara ahak! Saingan utama selalunya rumah merah. 

Anyway, tahniah semua! 


Saturday, 27 July 2024

Kacau Bubur Asyura

Bubur Asyura ni sinonim dengan bulan Muharram. Selagi belum habis bulan Muharram, selagi tu ada memasaknya. Biasanya menyediakan Bubur Asyura tak disebut memasak, tapi mengacau. Sebab cara memasaknya memerlukan kita sentiasa mengacau adunannya hingga kering, umpama mengacau dodol. 


Baru pagi tadi dapat info pun, makanya tak dapatlah join.  Kami pun ada program lain. 

Tapi ada rezeki juga dapat rasa airtangan orang surau alhamdulillah. Yang kami dapat ni Bubur Asyura Kedah. Ada pisang, keledek, kacang hijau antaranya dalam bubur ni. Terubat rindu nak makan Bubur Asyura versi Kedah 🤲

Nun di kampung Ummi pun ada aktiviti mengacau Bubur Asyura juga hari ni ...

Yang berbaju kuning ni anak saudara pupu Ummi. Baguslah orang² muda pun turun padang, dapatlah belajar dan meneruskan tradisi. 

Dah siap packing untuk diagihkan. 
Alhamdulillah rezeki orang² kampung dan 'orang bandar' hari ni :) 



Friday, 26 July 2024

Roti Sardin Jantan

Adoi la nama menunya pun 😆
Setelah beberapa minggu dia tak nak bawa bekal, semalam Kakak request nak bawa bekal hari ni. Ummi pun dah lama berkenan nak try masak Roti Sardin Jantan yang Ummi tengok di TT Sheila Rusly. Roti ni permintaan suaminya Tok Sidang (Jinggo). 

Jom! 

Dalam 1 mangkuk, keluarkan sardin (isi sahaja) dan hancurkan dengan garfu. Dalam bekas lain, pecahkan 3 biji telur, masukkan bawang cincang, cili padi hiris dan juga hirisan daun bawang. Kacau sebati kemudian masukkan isi sardin tadi 👇

Kacau sebati. Ummi letak serbuk perasa sikit. Sis Sheila tak letak rasanya. 
Ambil sekeping roti dan celup kedua² belah ke dalam adunan ni. 

Panaskan minyak (sikit je, minyak banyak nanti roti serap minyak, tak sedap) dan goreng roti tadi hingga masak/garing kedua² belah. 

Buat sampai habis adunan/roti. 


Memang sedap. Cuba tau sebab senang sangat nak membuatnya. Rugi tak try :) 

Kredit: Sheila Rusly 🌹

Thursday, 25 July 2024

1 Kampung 2 Orang

Tertengok cerita ni... Terus 'melekat' pulak depan TV bila tengok 2 orang pelakon otai; Eman Manan dan Sabri Yunos bergabung! Cerita ni produced tahun 2020 lagi...  Telemovie ni diarahkan sendiri oleh Sabri Yunos. 

Eman Manan sebagai Buyong (abang) dan Sabri Yunos sebagai Juang (adik). Watak Buyong masa muda dilakonkan oleh Ammar Asyraf dan Juang pula oleh anak Sabri sendiri; Saidi Sabri. Walaupun hanya berkisar 2 watak utama ni, tapi tak membosankan. Aura depa sebagai pelakon hebat sangat kuat jadi kita takkan bosanlah. 

Kisahnya kampung ni dulu, sewaktu tahun 70-an musnah dilanda banjir besar. Semua orang kampung pindah keluar. Buyong tak nak pindah, sebab sayang nak tinggalkan kubur isterinya Milah. Milah ni meninggal sebulan lepas kahwin dengan Buyong, terjatuh dalam sungai. Dah 40 tahun dah peristiwa tu berlaku. Juang pula taknak tinggalkan abang dia, jadi sama²lah depa menua bersama di kampung tu. Depa dua beradik memang rapat. 

Sama² cari rezeki dengan mencari hasil hutan, tangkap ikan, tanam sayur dsbnya. Sekali sekala depa akan keluar dari kampung untuk menjual hasil² ni. 

Pakcik yang berkopiah ni lah selalu beli hasil hutan depa. Buyong ni tak berapa sihat,  semput (asthma). Juanglah yang lebih banyak membanting tulang. 

Geram tengok pucuk paku segar yang Buyong kutip tu :) 

Nak gi jual hasil hutan. 
Proton Arena rasanya ni ... Sesuai prop yang digunakan pun 👍

Suatu hari rumah mereka didatangi oleh seorang anak muda, Bidin. Pemuda ni dalam buruan polis, disyaki membunuh isterinya. Polis ada datang ke rumah depa tapi keduanya tak mengaku nampak Bidin. Mungkin depa anggap Bidin ni macam anak kot, sebab sepanjang 40 tahun depa hidup berdua je. Ada orang ketiga bolehlah dibuat kawan borak. Bidin pun nampak baik je orangnya. Watak Bidin dibawa oleh Aedy Asyraf. Untung betul Aedy dapat berlakon di samping 2 figura hebat ni. 

Bidin sedang merisik rahsia Juang. Sebelum tu Buyong dah cerita kisahnya kenapa tak nak tinggalkan kampung ni. Juang sebenarnya tak suka Bidin korek rahsia Buyong, sebab dia tak nak abangnya terus dilanda kesedihan. Benda dah lama berlaku pun. Tapi Buyong kata walaupun dah berpuluh tahun berlalu tapi bagi dia tragedi tu umpama baru semalam berlaku. 

Scene 👆 Juang tengah cerita kisah sebenar dia tak tinggalkan kampung ni. Ada rahsia besar sebenarnya, bukan sekadar nak teman abang dia 😭 Tanpa mereka sedari, Buyong terdengar perbualan ni. 

Malam tu juga rupanya malam terakhir Bidin di situ. Tak pasti dia nak serah diri atau lari ke tempat lain (ada babak Ummi ter-missed, tengok tv sambil buat kerja rumah, gitulah...). Bidin suruh Juang bagitau hal sebenar kepada Buyong, Juang kata nanti dia akan bagitau. Sempat juga dia hulurkan duit kepada Bidin. Sebelum masuk tidur, Buyong pula pesan suruh Bidin kejutkan dia sebelum nak tinggalkan mereka. Buyong pun nak bagi duit juga dekat Bidin, tapi Bidin tolak sebab Juang dah bagi kan... Depa ni sayang dekat Bidin... 

Awal pagi esok tu, Bidin kejutkan Buyong dan pergi dari situ. 

Juang pula tengah tidur masa ni, tutup muka dia dengan selendang. Tak silaplah ye, selendang tu milik kekasih dia, Milah! Milah dan Juang sebenarnya couple. Tapi tak tau macamana lepas je Bujang bagitau Buyong (sembang berdua di dapur) dia nak pinang Milah (Milah dah setuju) sepantas kilat abang dia 'potong tang corner', bagitau mak ayah depa yang duduk di serambi  dia nak bertunang dengan Milah! Bila mak dia tanya, duit ada ke? Terus Buyong cakap, Juang ada duit mak. Boleh pakai dulu. Hancurnya hati Juang, tapi sebab dia ni jenis mengalah dia senyum je. Redha je huhu... 

Akhirnya Milah kahwin dengan Buyong. Tapi sepanjang sebulan depa berkahwin (sebelum Milah mati) Milah enggan melayan Buyong hinggalah Buyong hilang sabar. Juang yang mendengar pertengkaran mereka nampak Milah lari keluar rumah. Dia ajak Milah bertemu di penambang. Merasakan dirinya jadi penghalang, Juang bagitau Milah dia nak keluar dari kampung tu sebab dia tahu selagi dia ada dalam rumah tu (well Milah tinggal di rumah mertua bersama Buyong, Juang dan mak ayah depa) Milah pasti tak dapat lupakan dia. Tengah bersembang tu, Buyong sampai. Milah yang terkejut namanya dipanggil, terjatuh ke dalam sungai dan dihanyut arus. Buyong tak sempat nampak lelaki yang bersama dengan Milah sebab masa tu Juang dah melarikan diri. Taknak abangnya tahu dia ada di situ jadi dia pun tak sempat selamatkan Milah. 

Ending-nya? Sad ending 😭 
Geram juga dengan Bidin, sebab kehadiran dia Buyong dan Juang saling buka cerita, terbongkar segala rahsia. Tapi kalau takde Bidin, tak jadilah pulak cerita ni 😅 






Wednesday, 24 July 2024

Lunch @ Kapitan, Prima Sri Gombak

Ada restoran nasi kandaq baru buka di Prima Sri Gombak, baru buka minggu lepas (14.7). Nando's dah tutup, jadi restoran baru ni mengisi kekosongan yang ditinggalkan :) 

Walid kata Kapitan ni terkenal. Ummi pula tak familiar dengan jenama Kapitan ni, tapi bila cari info betullah, Kapitan ni terkenal rupanya, milik usahawan dari Penang;  Abdul Wahab Mohamed Hanifah. 

Cawangan di PSG ni yang ke-9. 

Beratoq sat nak ambik nasi dan lauk...
Deko dia lawa 👍
Kerusi pun cantik, empuk je :) 

Syahdu.... 

Usha² juga lamb shank dia, RM58/pcs. 
Next time Insha Allah 

Nasi kandaq Penang, lain rasanya dari nasi kandar kedai mamak yang kebanyakan pekerjanya dari India/Pakistan. Kapitan ni pekerjanya ramai orang lokal. Vibe dia lain. Yang cedok nasi dan lauk pun anak² muda Melayu, senang nak berinteraksi. Ramah² belaka, orang Penang kan :) Pekerja asing lebih kepada tukang bersih meja dan hantar air. 

Pukul 11 pg hingga pukul 11 mlm sesi nasi kandar. Sebelum tu, dari pukul 7 pg hingga pukul 11 pg ada menu sarapan; 

Nanti nak try bawa anak⁴ breakfast sini. Nampak menarik menunya. 

Ruang makan selesa, banyak tempat duduk dalam dan luar restoran. Bahagian dalam berhawa dingin. Cantik pun cantik, kedai baru renovated kan. Ambient selesa selain tak crowded dan tak bising 😌 Bolehlah menikmati makanan dengan penuh penghayatan :D 

Nanti kita repeat Insha Allah.