Monday, 25 December 2023

Sarapan di Asam Pedas London, Selayang

Beberapa minggu lepas kami bersarapan di Asam Pedas London yang letaknya berhampiran Stadium Selayang, tak jauh dari Nasi Lemak Ujang Corner. 

Nampak nasi goreng, memang ambillah sorang sepinggan. Orang Kedah kan, pagi² dah makan nasi walaupan pelbagai lagi menu. Antaranya lontong, lempeng, mi goreng, bihun goreng... Ubi kayu rebus pun ada πŸ˜‹

Lauk asam pedas ni untuk tengahari la agaknya. Masa kami tengah makan tu pun, ada sikit² dah lauk tengahari (nasi campur) yang dibawa keluar. Nasi putih pun dah ready... 

Kalau tak nak makan nasi pun ada juga laksa dan mee rebus... ABC pun mungkin tengahari baru buka....


Kedai ni beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 11.30 mlm. Mungkin ada menu goreng² juga sebelah petang/malam. 

Kedai bersih, luas dan selesa.


Sudut bergambar la agaknya ni kan... Anak² sekolah, jadi takdelah model Ummi nak ambikkan gambar :D 


Lain kali boleh cuba asam pedasnya pulak. Sementelah namanya restoran asam pedas, mesti asam pedasnya sedap kan? 

9 comments:

  1. Linda asyik terlupa je nk test makan kt sini... Lain kali boleh cuba...
    Hr kerja, nk keluar rumah sesaja pun malas... Hahaha

    ReplyDelete
  2. Wah import dari london ke ni? hhhehe

    ReplyDelete
  3. Tu diaaa.. orang London pun pandai makan Asam Pedas dah!

    ReplyDelete
  4. Unik hiasannya ada telefon merah di kota London tu PH....

    ReplyDelete
  5. unik nama kedai.. kena tanya owner ni kenapa diberi nama asam pedas london.. adakah sbb ownernya org london? atau lahir di london?

    ReplyDelete
  6. Unik plak nama kedai...owner pernah meniaga kat London kot PH...hehehe...

    ReplyDelete
  7. cantik la tempat photo tu.. asam pedas da london.. gabungan yg menarik

    ReplyDelete
  8. Jauh makan...sampai ke London...hihihi

    ReplyDelete
  9. Saya kira pun kakak nak makan asam pedasnya di sana πŸ˜…. Jadi penasaran rasanya

    ReplyDelete