Masa mula Walid demam Sabtu tu tak terfikir langsung pasal demam denggi walaupun lately perasan adanya aktiviti fogging di perumahan depan ni. Ingatkan sebab BP naik ataupun demam macam Ummi dulu. Seharian tu memang tidur dan berbaring saja.
Ahad Walid masih tak bangun dari katil; sakit badan, lenguh sendi dan sakit kepala katanya. Ada sekali tu muntah! Esoknya nak tak nak kena ke klinik juga, ambil ubat dan MC sekali. But since demam dah masuk hari ke-3, Doc buat blood test. Platelet count (PC) dropped! Doc suspected denggi la ni. Balik rumah then esok ke klinik lagi ambil darah. PC turun lagi. Tapi Walid dah tak demam cuma rasa tak larat dan takde selera makan. Memang 4 hari ni tak makan solid food pun, just minum air kelapa dan 100+ je. Rabu tu PC naik, lega dah kami. Walid pun dah mula ada selera, ajak Ummi makan di AK Cafe.
Walid ordered sup ayam, hirup separuh je, tak lalu katanya.
Khamis ambil darah lagi, nahhhh PC menjunam teruk! Doc pun cepat² prepare referral letter dan suruh Walid ke hospital. 2x ambil darah kata Walid, sebab takut salah result tu.
Berbaur perasaan Ummi masa packed bag ni. Ummi tak ikut ke hospital sebab nak kena ambil anak³ di sekolah.
Bacaan platelet darah Walid;
Day 3 | Isnin : 128
Day 4 | Selasa: 68
Day 5 | Rabu: 90
Day 6 | Khamis: 22 (klinik) | 10 (ER Pusrawi)
Ikutkan staff dekat ER ni nak masukkan Walid ke ICU sebab PC too low. Kalau bacaannya tinggal 1 digit, memang kritikallah. PC normal sepatutnya 150 minimum. Tapi, doktor pakar cakap masuk wad biasa je sebab BP, nadi semua okay.
Satu untuk blood taking, satu untuk drip air. Denggi ni takde specific ubat tapi badan kena kekal hydrated. Sekiranya badan tak cukup air dan platelet darah pula menurun, kemungkinan akan berlaku pendarahan dalaman pada organ seperti buah pinggang. Sebab tu denggi boleh membawa maut. Tapi adalah stages-nya, Ummi tulis berdasarkan kefahaman Ummi saja ye 🙏
Selesai drip 2 botol, baru masuk wad. Alhamdulillah dapat bilik single.
Lawa toiletries bag Pusrawi sekarang 👍 Dulu² letak dalam beg lutsinar berzip. La dah macam beg make up :D
Makanan pun dah mewah balik. Masa Ummi admitted 2020 dulu biasa² je makanannya, jauh beza dengan zaman bersalinkan anak⁴; food, presentation & service were superb 👍 Presentation penting sebab mampu membuka selera orang yang tak sihat :)
Rasanya 7-8 botol air juga dimasukkan ke dalam badan Walid dan alhamdulillah Sabtu kelmarin PC count dah mula naik. Gula pun dah okay. Masa mula admit, gula pun tinggi. Ialah bila food intake terganggu reaksi badan pun jadi lain.
Finally...
Terima kasih yang mengutuskan doa (family, parents SRAI, jiran-jiran), yang bagi petua untuk naikkan platelet darah antaranya;
Minum jus pink guava ✅
Minum jus daun betik
Minum air kunyit
Kunyah pucuk jambu batu
Jus pink guava tu Walid minum, beli dekat koop bawah tu. Yang lain tak sempat cuba. Anyway tqsm Cik Ita, Ciksu, Aunty Farah, Aunty Lia, Cik Aiman semua yang share petua² ni.
... juga yang datang ziarah; Uncle Aiman, Uncle Kolid, Uncle Alif, Uncle Apai & Cik Ana. Geng surau juga, yang buat solat hajat dan bacaan Yasin untuk kesembuhan Walid. Jazakumullah.
Alhamdulillah it was a tough week but by the grace of Allah, we managed to overcome the situation 🤲
Day 6 punya PC menakutkan.
ReplyDeleteSemoga suaminya cepat pulih. Masakkan sup ketam
Allahuakhbar... semoga cepat sembuh dan semoga lepas ni semua dilindungi hendaknya..
ReplyDeleteSyafakallah...Moga dipermudahkan segala urusan...petua sup ketam utk demam denggi..
ReplyDeleteAllahu... denggi ni bahaya jugak kalau lambat kan.. alhamdulillah encik suami dah semakin recover... semoga PC terus naik normal lps ni
ReplyDeleteAllahu..semoga cepat sembuh & have a good rest..semoga PC kembali naik normal...aamiin
ReplyDeleteSyafakallah buat husband PH.
ReplyDeleteAlhamdulillah dipermudahkan segala urusan PH serta keluarga
Alhamdulilah dah sihat. Baca pun turut rasa cemasnya PH. Moga suami dan keluarga PH diberikan kesihatan berpanjangan....
ReplyDeleteTerima kasih atas doa semua ❤️
ReplyDeleteAlhamdulillah he's getting better 🤲
Ramai kawan2 opis yg kena denggi baru2 ni..x sangka En Hazel antara yg kena...syukur alhamdulillah semoga terus sihat...
ReplyDeleteRamai kawan2 opis yg kena denggi baru2 ni..x sangka En Hazel antara yg kena...syukur alhamdulillah semoga terus sihat...
ReplyDelete