Thursday, 28 December 2023

Cuti Sekolah Day 9 ~ Singgah di SP & Balik Jitra

Sabtu di Baling, Ahad balik Jitra pula. Singgah dulu jumpa kawan sekolah Ummi, beli ikan pekasam dia buat. Ummi bawa balik Jitra as buah tangan untuk depa. Depa selalu makan pekasam Kodiang, bagi rasa pekasam Berlin pulak :p

Lepas tu singgah di SP, ziarah Umar yang berkhatan awal cuti sekolah tempohari. 

Rajin depa, tengah buat kerja sekolah 👍

Singgah sekejap je, mak mertua Abang Anas pun takde, sedang mengerjakan Umrah manakala Abg Anas pun ada di KL. 

Dalam pada nak keluar dari taman perumahan ni, nampak banner tepi jalan...

Ada sale, jom la kita masuk 🤭

Ada harga borong, ada harga runcit. Rempah Cap O tu RM20/20 pek kecik. Murah la satu pek singgit. 

Snapped gambar sebab ingatkan minyak kelapa. Bila belek balik baru perasan minyak masak Cap Kelapa 😅

Susu ni murah 6 kupang dari 99S :) 

Kakak beli susu YBFF ni, sedap juga. Tak manis sangat...

Beli juga hadiah bday untuk Kak Una. 

Menjelang Zohor baru sampai Jitra.
Petang tu Kakak dan Alya pakat buat nasi goreng... 

Sebelah malam pula Uda masak; 
Koktel tu Maklong buat.
Merajuk Adik sebab tak disuruh buat koktel. Ummi pun tak tau malam tu ada makan², bako². Sumbangan Ummi sekadar masak nasi untuk dibuat nasi goreng je haha... 




12 comments:

  1. Penuh aktiviti jalan. Penuh bonet kereta tak?

    ReplyDelete
  2. susu tu sini paling murah rm5.90.kalau jumpa 6+ atau rm7 memang malas kadang nak ambik

    ReplyDelete
  3. saya tertelan ayaqliur tgk pekasam tu..hujan2 ni makan nasi ada pekasam pun cukup dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah sungguh, letak bawang & cili perghhhh sedapnya :D

      Delete
  4. Teringatnya ikan pekasam kat kedah. Pernah beli kat belakang rumah suami. Dia kail ikan kemudian buat pekasam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, mmg selalu yg org kg jual macam tu la... Itu yg sedap sbb ikannya fresh

      Delete
    2. Terliur pulak PH. Makan pula dengan nasi panas-panas....memang mantap!!!

      Delete
  5. Hahahahah tadi saya pikir juga minyak kelapa kak, muraah tapi ternyata, cap kelapa 🤣. Pandai strategi marketingnya yaa 😄

    ReplyDelete
  6. Uii..padat jadual depa...hihihi

    ReplyDelete