Awal kami checked out dari Meru, Ipoh. Pukul 8.40 dah mulakan perjalanan menuju destinasi seterusnya...
Sebelum tu, sarapan dulu di tempat biasa; Restoran Kak Wan.
Alhamdulillah perjalanan lebih lancar pagi ni.
Jam 11.40 sampai pekan Baling...
Sampai di tempat perjumpaan, kenduri dah mula. Kami terlepas acara pengenalan ahli keluarga, tahlil dan ucapan wakil keluarga dari Pattani. Ummi generasi ke-6 dalam keluarga besar ni. Abang dan adik³ generasi ke-7, ingat tau.
Datuk & Nenek sebelah arwah Tok Wan kahwin sepupu begitu juga sebelah arwah Tok. Jadi, kiri kanan atas bawah Ummi ada kaitan kuat dengan KHJ.
Angah & Kakak meneliti susur galur keturunan kami. Ummi pun sebenarnya kena study semula sebab masih samar². Ditambah pula Ummi '4 jalur' keturunan; Tok Masena, Chey Talib, Chey Salleh dan Chey Deraman. Orang yang dulu Ummi kenal sebagai kawan , rupanya pangkat anak sedara dengan Ummi π€ Cikgu kelas Ummi darjah 6 dulu pun rupanya 3 pupu dengan Ummi. Sebelum ni bukan tak ambil tahu, cuma kurang peduli sebab kita kecik lagi. Arwah Tok Wan dan Tok pun cuma cerita secara lisan. Bila ada carta begini lebih nampak dan faham.
Penyerahan keris pusaka, yang sebelum ni dipegang oleh Pakcik Samad, sepupu Ummi kepada waris Hj Talib. Ummi terlepas acara ni, kalau tak boleh Ummi korek asal usul keris ni.
Sekitar majlis...
Jutaan terima kasih kepada kaum keluarga yang bertungkus lumus sejak Khamis untuk menguruskan majlis.
Masakan tidak, 2 ekor lembu ditumbangkan sempena majlis ni. Macam nak kenduri kahwin jugaklah, pakat merewang sebelum majlis.
Paling seronok majlis ni ialah dapat mengenali lebih dekat saudara mara jauh dan dekat. Semoga ukhuwah yg dibina bertambah kukuh.
Alhamdulillah Allah bagi peluang kami menyambung silaturrahim kali ni. Edisi pertama dulu Ummi tak ikut, takde dalam group WA lagi π€
Wow menarik la reunion keturunan family ni...SA dah join sebelah suami..sebelah SA xde kot..kalau ada pun memang ramai la..agaknya selisih bahu kat mana- mana memang x kenal
ReplyDeleteMemang belum mampu nak kenal semua lagi SA, dah masuk generasi ke-8 dah π
DeleteSeronok ni dapat jumpa sedara mara beberapa keturunan. Belah arwah pak mertua ada jugak digelar Chey.
ReplyDeleteChey tu Datuk. Moyang PH dipanggil Chey, arwah Pak pula cucu² panggil Tok Wan.
DeleteAlhamdulillah...silaturrahim berganda..
ReplyDeleteLama tak dengar orang panggil chey
Keluarga suami saya msh rutin berkumpul ramai seperti ini saat idul Fitri . Tapi memang saya susah sangat nak hapal nama dan wajah orang. JD kalo hadir di acara keluarga begini, hrs ada suami utk bantu saya ingat nama2 keluarga dia π
ReplyDelete