Cuti sekolah dah mula, makanya marilah kita buka restoran 24 jam 😆 Semangat nak memasak tu lebih bila semua ada di rumah, termasuk Abang.
Dinner Jumaat malam...
Ingatkan dia tak dijamu ikan siakap di asrama, tapi katanya ada. Zaman Ummi dulu ikan jaket la yang glemer bila di asrama. Tau ikan jaket? Ikan cencaru ler, kulit tebal macam jaket haha...
Lepas Asar Walid bawa Abang ke klinik, ambil ubat ekzema dan cucuk sekali. Ummi pesan beli roti telur je, nahhhh sekali 4 keping Walid beli, plus capati 2 keping. Nak buat minum petang pun dah dekat Maghrib, dinner teruslah. Masing-masing pilihlah nak makan nasi ke roti telur/capati. Yang mana tak habis, simpan.
Paginya Ummi goreng mi, dan masak nasi goreng juga sebab malam tadi nasi lebih banyak... Kan ada roti telur tu 👆
Maksu menjala pagi tadi...
Maklong pulak snacking limau Bali...
Tengahari Ummi masuk dapur lagi...
Sebelum tu the boys cuci longkang belakang kejap, clearkan sekali longkang rumah Aunty Farah & Uncle Man. AF ada je buah tangan untuk the kids, as usual...
Air Powerleaf ni bagus untuk bagi orang demam denggi minum. Sebab pucuk betik dikatakan mujarab untuk tambah platelet darah. Masa Walid warded hari tu, Cik Leeya suruh Ummi beli untuk Walid.
Katanya ada dijual di kedai mamak sebaris dengan Bank Muamalat Taman Samudera. Ummi tak sempat beli, alhamdulillah Walid dah sembuh dulu. Apapun boleh cuba sebagai ikhtiar untuk kesembuhan. Tapi, jangan lupa dapatkan rawatan sewajarnya juga.
Sebelum masuk dapur, Ummi sempat amend report, 'Boss Ummi' nak meeting petang ni.
Cuti sekolah ni mood relax sikit, kurang tekanan. Takdelah rasa terkejar² nak kena keluar ambil anak sekolah ke, stress nak hadap traffic jam ke... Nak handle macam² kerja pun rasa tenang je. Itu yang boleh menyambil amend report lepas kopek bawang tu 😆
Memang popular istilah ikan jeket untuk orang duduk asrama.
ReplyDeleteSiapa bos itu? Hehe
yerr kurang stress la cuti2 ni..kurang lah ulang alik amik anak sekolah haha
ReplyDeleteAlhamdulilah ada kerajinan memasak...Cuya rajin membeli XD
ReplyDeleteDia mula dah... hahaha... menu catering cuti sekolah katanya kan PH... hehehe... boleh la fefeeling masa pkp dlu kan? mmg bonding sgt dgn anak² masak makan tido je kerjanya di rumah
ReplyDeleteseronok cuti sekolah.. nti hbs cuti berat pun naik....
ReplyDeleteasrama sekarang apa barang makan ikan jaket.
ReplyDeleteammi masa kat hostel dulu cukup suka ikan jaket..sbb itu mmg salah satu ikan kesukaan dari kecik. org lain dok tercuwek2 bibir tapi ammi macam woowwwww.
tp bila time lauk daging ammi pulak tercuwek sbb dulu tak suka sgt makan daging
Saya pun sempat merasa menu ikan jeket goreng masa duduk asrama sekejap form 4 dulu 🤠paling suka hari yg ada lauk ayam goreng hehe.
ReplyDeleteye dulu ikan paling femes ikan jaket...sebab tu SA fly keluar cari makanan lain...muak la ikan..ayam..sayur kobis..
ReplyDelete