Jumaat
Balik dari market, singgah sekejap beriadah di Tasik Sri Gombak tu... SRAI cuti peristiwa sempena Maulidur Rasul dan Walid pula ambil cuti. Saja nak rehat, 2 minggu lepas outstation ke JB.
Masa briskwalk pusing tasik, terserempak dengan Dato' Subadron & Datin Salwa Abd Rahman briskwalking juga. Pengunjung lain pun ramai.
Kemudian kami ziarah kubur Tok di Bukit Permata. Bersebelahan Taman Pinggiran Permata tu ada kedai runcit, warung dan kedai basuh kereta. Jadi, kami bersarapan di warung tu je ... nama warung tak ingat 😅 Ada satu warung tu je dekat simpang nak masuk ke Tanah Perkuburan Bukit Permata ni. Insha Allah jumpa warungnya :)
Kemain Angah dan Kakak ambil lauk-pauk, laparlah tu lepas 'bakar lemak' :D Ada juga menu sarapan lain seperti bihun goreng, Maggi goreng, kuih-muih dsbnya. Masa nak balik Ummi tengok ada bunting "Nasi Bukuh Kelate" :D Jeling-jeling nampak bungkusan nasi berlauk atas meja. Lain kali boleh rasa kot. Tapi Walid kata tak best makan sini. Ummi ok je; roti canai sedap, sambal bilis petai Angah ambik pun sedap. Servis cepat, pekerja pun well mannered 👍
Koleksi barangan lama... pinggan bunga kangkung tu teringat pinggan² Tok dulu. Kalau kenduri kendara di kampung Ummi pun pinggan sebegini juga yang digunakan. Lauk-pauk diletak dalam mangkuk, kemudian mangkuk tu disusun atas talam besar. Bila tetamu duduk, dibawa talam lauk tersebut bersama nasi, 4 biji pinggan dan gelas. Kadang tu gelas 2 biji je, w/pun satu talam tu untuk hidangan 4 orang. Sudu pun satu je utk satu talam tu. Gilir² je guna cedok gulai, kerabu dsbnya. Zaman tu serba ringkas, tak kisah berkongsi apapun. Ummi ingat lagi, teman makan kami selalunya Tok Ya, kawan baik arwah Tok.
Minggu ni pun Abang PB.
Bila cukup korum, seronoklah nak memasak...