Alhamdulillah selesai sudah 3 dari 8 subjek/amali UPKK.
Minggu lepas ujian Tilawah, kelmarin pula ujian hafazan. Kedua-dua komponen ni digabungkan untuk subjek Al Quran.
Untuk hafazan Ustaz bagi hint...
Angah Kump C, hafazan 20/10 hari last. Awal tu kami ulangkaji semua surah yang diberi. Tapi, hari Rabu tu dok ulangkaji 3 surah spot itulah. Sekali, hari ni masa ujian Ustazah tanya surah-surah Kump B 😅
Bukan sekadar hafal ayat, tapi kena hafal juga maksud, bil ayat, tema dan pengajaran surah. Selain tu, Ustaz/Ustazah akan tanya juga soalan untuk menguji kemahiran berfikir. Contoh Surah Al Asr berkaitan masa, jadi Angah ditanya bagaimana memanfaatkan masa, kenapa perlu menepati masa dsbnya.
Syukurlah kata Angah dia boleh jawab.
Sebab itulah Ummi sebenarnya tak suka soalan spot. Masa nak ambil SPM dulu, stressed je Ummi bila kawan-kawan ajak diskus soalan yang dikatakan spot. Yang baik dengan cikgu-cikgu tu selalulah merisik-risik dengan cikgu-cikgu. Bila soalan spot tu masuk exam, kemain happy depa bercerita. Tapi, kalau tak keluar tu masing-masing zip mulut 🤭 Ummi pula jenis suka study semua. Biar menyesal study, dari menyesal tak study. Giteww...
Sekali tidak sama soalan yang diterima.
ReplyDeleteMasa SPM ada soalan-soalan yang diagak masuk ada tidak.
Haha...kenangan SRP,SPM,STPM,
ReplyDeletecikgu pesan jangan spot...kalau tak naik naya...tapi spare dua tiga pot🤭🤣
wah. da start dah ek upkk.
ReplyDeletegood luck ye utk anak. moga sukses :)