Sunday, 2 October 2022

Dinner @ The Chicken Rice Shop

Walid ajak temankan ke Giant Batu Caves, nak beli hard disk untuk urusan kerjanya. Boleh, tapi kenalah bagi upah :p

'Ok, kita dinner kat sana nanti ...' 
Yeay, tak payah masak hehe .. 

Walid suggest makan di The Chicken Rice Shop. Ummi ikut je, orang nak belanjakan. Sebenarnya ini baru kali ke-2 Ummi makan di TCRS, dan kali pertama untuk anak3. Kali pertama Ummi dine in di TCRS masa meeting dengan potential sponsor few years back, time kerja dulu. Tak ingat dah company apa tapi PIC tu ajak Ummi & Cik Azie jumpa di TCRS dekat Perkeso Jalan Ampang. Kekal dalam ingatan Ummi ialah keenakan pie tee TCRS. Pertama kali makan, terus jatuh cinta ☺️ Rasanya masa mengandungkan Kakak kot, Ummi mengidam pie tee. Alang Najwa, adik ipar Mommy Zya tolong buatkan :D 

Gambaq tak lawa sebab dah lapaq. Setengah jam kot tunggu baru order kami sampai. Ramai orang, kita faham ✌️

Kami order family set untuk 4 orang...itupun fishball soup tak dapat, dah habis. 

Taugeh depa segar betul, rangup je kunyah. 

Set ni include 4 cups of soft drink. 
Alhamdulillah, moga melimpah ruah lagi berkat rezeki untuk Walid 🤲 Bolehlah makan di luar selalu :p 

Otw balik, 'makan jem' pulak...

Nak patah balik ke Sri Gombak pun sangkut...

Sampai Sri Gombak pun jammed. Malam minggulah katakan. 


الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات

24 comments:

  1. Saya belum pernah makan TCRS..hihihi
    Tapi paitee tu selalu la makan..
    Semalam baru ja habis stok paitee kat rumah.Beli readymade kawan tempat kerja jual..
    siap bakul dia + sayuran siap parut kasar,kacang tumbuk dan sos dia...Saya pernah cuba buat tapi tak cantik🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan sy je jarang makan TCRS ni, rupanya MC lagi rare hikhik ...

      Delete
  2. kat tempat saya, TCRS ni tak begitu memberangsangkan. baru je mulakan hari niaga dah byk benda out of stock. seolah kita kena mkn benda yg dorg ada bukan yang kita nak seperti di menu. jrg2 pergi ingat dh berubah tetap sama juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah sekian lama makan TCRS. Saya rasa overpriced dan kualiti tak sama macam dulu. Kalau teringin nak makan Nasi Ayam, saya prefer food court KLCC atau kedai uncle Ampang Jaya. Authentic chinese style punya nasi ayam. Terliur pulak.

      Delete
    2. Sy fikir sbb dah malam, itu yg food out of stock :) Tapi maybe biz strategy-nya begitu supaya semua food habis terjual.

      Delete
    3. Sy jarang makan di sini, tak pasti harga @ rasanya sama atau tidak. Tapi, sedap di tekak sy yg baru 2x makan TCRS ni :)

      Delete
  3. Suka jugak makan kat sini.. janji tak payah masak 😆

    ReplyDelete
  4. Kalau ke KK, kami selalu makan di chicken rice shop. Suka sangat makan pie tee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama taste kita Kak Amie... Bagi sy pie tee TCRS yang tersedap haha

      Delete
  5. Say tidak pernah makan di sini.
    Seronoknya PH dapat upah untuk taman sahaja. Anak-anakpun dapat.

    ReplyDelete
  6. wak dh lama x makan TCRS nih., sedapp kannn ;p

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak makan kat TCRS ni. Kiteorg pun suka nasi ayam kat sini.

    ReplyDelete
  8. Saya kalau ke TCRS suka pesan paitee dan hidangan mi. Nasi ayam untuk tapau :)

    ReplyDelete
  9. suka TCRS..dapp.. and the paitee pun..love it! yum yum

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah
    Selamat menCRS selera

    ReplyDelete
  11. TCRS KL Sentral dh tutup..ada kat NuSentral je..itupun outlet kecik..penuh selalu...

    ReplyDelete
  12. ammi pun lama dah x makan TCRS..
    habis tu tak dapat fishball soup depa ganti dengan apa?

    ReplyDelete
  13. sgt suka makan tcrs.
    amik extra nasi. tauhu tu giler sedap!
    tapi tu la. frust sgt. kerabu mangga tak pernah ada :(

    ReplyDelete