Monday, 17 October 2022

Api ~ Coretan Minggu 9

Alhamdulillah masuk minggu ke-9 sinar bahagia makin terang :p Tak sabar rasanya nak berkongsi rasa gembira dengan kawan-kawan maya dan semua yang dari hari pertama kejadian hingga minggu ke-8 tetap teguh memberi sokongan. It means a lot to us. Berkat doa semua kami mampu tersenyum dalam duka, alhamdulillah. 

Day 57
Ummi ke rumah seorang rakan blogger yang menawarkan kami rumahnya yang hendak dijual sebagai tempat tinggal sementara. Allahu Akbar! Terharu sangat sebab tak pernah kenal secara peribadi tapi Allah gerakkan hati beliau untuk bantu kami. Memang speechless! 

Walaupun tawaran tersebut terpaksa ditolak, budi beliau akan sentiasa kami kenang. Doa kami agar beliau sekeluarga sentiasa dalam rahmat-Nya dan dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga 🤲 Siapa dia? Tunggu ...

Day 60 
Genap 60 hari, pada 12/10 (Rabu) bersamaan 15 Rabiul Awal kerja 3R; repair, reinstate & renovate rumah kami bermula. Alhamdulillah syukur. Perkara pertama yang kami lakukan ialah re-wiring untuk seluruh rumah.

Day 61 

Wiring ni start di tingkat atas

Day 62

Hari ke-3, tingkat bawah pula... Masa terbakar hari tu dah teruk keadaan dalam rumah ni, sekarang lagi teruk rasanya 😅 Habuk di mana-mana...Sebab kena hack dinding untuk masukkan segala wayar eletrik tu.  

Beauty is pain! 
Sedih tengok dinding rumah 'berparut' gini... Fret not, nanti depa touch up balik and re-paint the wall. Lawa baliklah nanti :p

Dan alhamdulillah, hari ni 14/10 (kejadian 14/8) tuntutan Takaful kami diluluskan. Berkat hari Jumaat, alhamdulillah.

Day 63 

Alhamdulillah, Cik Aiman (Kontraktor Rumah) dah start kerja. Kiranya dua-dua kontraktor works concurrently nak percepatkan proses baikpulih rumah kami ni since 2 bulan masa terbuang begitu sahaja. 

Untuk proses baikpulih dan penambahbaikan rumah ni kami engaged 2 kontraktor; 

I. Kontraktor Elektrik - Uncle Burn
(kontraktor berlesen TNB merangkap jiran). Kejadian tempohari membuka mata kami dan (orang sekeliling) akan kepentingan memperbaharui pendawaian eletrik di rumah. Kata rakan di bidang OSHA, setiap 10-15 tahun sekali elok ditukar wiring rumah. 

II. Kontraktor Rumah - Cik Aiman
Sejak 2010 kami bekerjasama dengan Cik Aiman untuk kerja renovasi dan maintenance rumah. Jadi, bila TI kata boleh guna khidmat kontraktor pilihan sendiri ataupun panel kontraktor mereka, kami pilih Cik Aiman sebab dah biasa dengan beliau dan sentiasa berpuashati dengan hasil kerjanya.

Alhamdulillah, sebab kedua-dua mereka faham keadaan kami maka lajulah pakat buat kerja. Hari Ahad pun depa kerja :D 

Suka juga Ummi nak kongsikan satu perkara, iaitu bab rezeki. Apa yang disebut kalau dah rezeki tak ke mana kena sangat dengan situasi kedua-dua kontraktor kami ni. Awal dulu kami dah minta quotation dari mereka, then submitted to TI, but both the PIC & LA kata kena engage panel contractor jadi kami akur. Malah, Uncle Burn dan Cik Aiman pun faham akan ketetapan insurans ni. Finally, rezeki ni berbalik semula kepada mereka berdua. Subhanallah! 

Moga terus diberi kemudahan dan kekuatan buat kami 🤲

9 comments:

  1. alhamdulillah..syukur sgt. tumpang gembira dgr good news ni. moga semuanya berjalan dgn lancar & dipermudahkan..aamiin...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah nampak sinar di hujung jalan. Harap pengubahsuaian berjalan lancar. Lepas kebakaran, perabot kena angkat keluar ya?

    ReplyDelete
  3. Rasa terharu dengan kebaikan rakan blogger tu, indahnya persahabatan walau di alam maya.

    Tak pernah tau pun pasal kena tukar wiring rumah. Teringat rumah mak di kampung.

    Moga Allah permudahkan urusan PH sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...yang membaca ni pun turut happy,moga yang baik2 sentiasa untuk umi sekeluarga

    ReplyDelete
  5. semoga semuanya kerja-kerja renovation, restoration dipermudahkan dan segera PH & family boleh masuk semula ke rumah

    ReplyDelete
  6. Ma shaa Allah...
    Semoga insan mulia tersebut dan PH dimudahkan urusan..🤲

    ReplyDelete
  7. Allahu Akbar. Maaf, PH. Saya terlambat tahu mengenai perkara ini. Mudah-mudahan urusan PH sekeluarga sentiasa mudah dan lancar.

    ReplyDelete
  8. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar moga lancar dan mudah untuk kerja-kerja seterusnya.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, boleh ambik kesempatan ni update design rumah ikut citarasa terkini hihi. Tak sabar tengok hasil lepas renovate. Nanti PH update ye

    ReplyDelete