Monday, 10 October 2022

Hari Alam Ria Pasti 2022

Sibuk dengan aktiviti anak-anak sempena cuti Maulud Nabi ni. Jika Sabtu Angah ada program UPKK, Ahad giliran Adik pula. 


Adik terpilih untuk acara bercerita, kisah Nabi Ayyub A S. Pada awalnya, cikgu pilih Adik untuk acara hafazan. Dah berlatih separuh jalan, cikgu tukar ke acara bercerita sebab takde murid yang boleh bercerita. Kalau hafazan, boleh bagi peluang kepada murid lain sebab hafazan  memang termasuk dalam silibus Pasti. Bff Adik, AH ambil tempat Adik.

Pandai pulak ber-wefie 😍

Sementara sampai giliran bersiap, sempat berlatih dulu dengan Kakak. Tq sayang 😘

Tq Mama Hana make up kan Adik. 

Bersama prop yang cikgu sediakan. 
Dalam peti harta Kakak pegang tu ada uang emas...uang emas..haha .. kawan-kawan pula pakat pinjamkan gelang, rantai, cincin hiasan hehe.... 


Ayyub diuji kali kedua
Hancur rumahnya dilanda gempa
Anak-anaknya mati semua
Tinggallah Ayyub dan isterinya

Alhamdulillah Adik berjaya menyampaikan cerita dengan sangat baik. Kagum Ummi dengan anak-anak kecil ni, sangat berani dan berbakat. Walaupun ada 2-3 orang yang kelu, gugup dan nervous tapi bagi Ummi mereka semua sangat berani! 

Hari Alam Ria ni penyertaannya untuk anak-anak 6 tahun tapi ada juga anak-anak 5 tahun yang masuk. Sekolah Adik pun acara Azan dan Khutbah diwakili oleh pelajar 5 tahun; Aqil & Ben.  

Usai persembahan, terus diberi hadiah penyertaan untuk setiap peserta. 

Kali ni acara diadakan di SMK Sg Pusu. Setiap acara tu diadakan serentak. Adik tak dapat tengok persembahan kawan-kawan lain kecuali team nasyid Dari jauh dah dengar suara Meq, terus dia ajak ke dewan utama.

Alhamdulillah penat lelah berlatih terutamanya 2 minggu kebelakangan ni berbaloi. Adik berjaya dapat tempat ke-3. Alhamdulillah syukur.

Berkongsi kegembiraan dengan cikgu-cikgu. 

Alhamdulillah keempat-empat permata hati Ummi terpilih untuk merasai pengalaman beraksi di Alam Ria;


الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات

11 comments:

  1. Alhamdulillah berjaya juga.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah Adik! Aunty pun kagum dengan keberanian adik bercerita depan khayalak ramai pada usia ni :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Tahniah adik, comel ja dia.. :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Adik..
    Semoga terus cemerlang..🤲

    ReplyDelete
  5. tahniah..bdk2 skarang mmg berani nk ke depan naik stage dgn pelbagai aktiviti

    ReplyDelete
  6. Betul, berani & berbakat semuanya :)

    ReplyDelete