Menonton secara tak sengaja malam kelmarin MTHQA Ke-62 ni. Tak nampak sebarang promosi walaupun sejak akhir-akhir ni selalu buka channels RTM. Astro takde di homestay ni. Paling hebat pun kami tengok TV3 :D
Credit: MKN |
Selalu majlis tilawah antarabangsa ni diadakan di bulan Syaaban. Yang peringkat kebangsaan pula selalunya bulan Rejab. Ummi ingat sebab dulu-dulu majlis tilawah ni peristiwa paling dinanti menjelang Ramadhan. "Oh, tak lama lagi bulan puasa ni..."
Malah, majlis tilawah ni umpama hiburan bagi generasi Tok Wan/Tok dulu. Selalunya kami berkumpul di rumah arwah Wan Lang, tumpang tengok TV dirumahnya. Masa tu, bila nampak peserta luar negara masing-masing teruja. Hanya di kaca TV baru nampak wajah-wajah saudara kita dari bumi Arab, Afrika juga Nusantara. Kadang tu rasa pelik di telinga kami dengar bacaan mereka. Sebab kita dah terbiasa dengan bacaan cara kita. Yang selalu jadi juara pastinya wakil negara kita; Allahyarham Dato' Hj Ismail Hashim dan Hjh Rogayah Sulong. Idolalah zaman tu... Tok Wan pun kalau bercerita pasal Allahyarham Dato'Hj Ismail Hashim kemain semangat, maklumlah Allahyarham pun orang Kedah juga.
Satu lagi yang sosok yang sinonim dengan majlis tilawah antarabangsa ialah Allahyarham Dato' Mahadzir Lokman yang bertindak selaku pengacara majlis bersama beberapa orang lagi hos. Kagum sungguhlah dengar beliau berbahasa Perancis.
Sehingga malam tadi, Ummi dengar bacaan peserta Iran, Belgium, Sri Lanka, Indonesia, Afghanistan, Pakistan, Lubnan, Jordan dan Singapore. Ikutkan nak dengar lagi tapi sebab hari ni sekolah, kena tidur awal. Malam ni kalau ada rezeki boleh stay up late.
#mthqa2022
Teringat bermula hari Rabu 19 Oktober. Terlupa. Tidur awal lepas solat Isyak.
ReplyDeleteHaah betul kagum dengan kefasihan Allahyarham Mahadzir Lokman.
Terima kasih ingatkan. Kalau tak saya pun terlepas jugak mengikut MTHQA tahun ni.
ReplyDeletewak dh lama teringin nk tgk live musabaqah quran camni.. aminn
ReplyDelete