Semalam bawa lemang sebatang dan rendang sebekas untuk Abang. Dia Raya 6 semalam.
Ikutkan boleh outing tapi dia tak nak outing. Nak teman kawan-kawan yang parents depa tak datang. Takpelah, Jumaat ni dah boleh balik.
Angah pun Raya 6 semalam juga. Lepas tuition bawa dia ke open house.
Ni pula masa Ummi habis puasa 6 hari tu. Teringin nak breakfast di luar. Makan sorang-sorang je... Walid kerja, anak3 sekolah...
Walid pula Raya 6 dengan menghadiri open house syarikat di HQ, seminggu selepas jamuan raya office di Shah Alam. Kena pakai baju Melayu lengkap, jadi ambil baju Melayu warna mint green ((baju raya 2018) dalam almari sebab baju dan seluarnya dah bergosok. Senang kerja :)
Tahun ni puasa 6 tak seragam, itu yang raya pun asing-asing :D Apapun, syukur berjaya juga menyempurnakan puasa enam ni.
Alhamdulillah.
ReplyDeleteMoga segala amal ibadah mendapat keberkatan.
Saya pun habis puasa 6 Selasa minggu lepas. Lambat habis tapi sama dengan emak abah.
ReplyDeleteApapun alhamdulillah sudah dapat habiskan walaupun masa tidak sama.
Alhamdulillah
ReplyDeleteDapat menjalani ibadah puasa syawal
walaupun raya puasa 6 asing² alhamdulillah... selesai jugak ibadah sunat seluruh keluarga... syukur
ReplyDeleteAlhamdulillah….tetap juga sama2 satu keluarga berjaya buat puasa 6.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah semua berjaya selesaikan puasa 6.
ReplyDelete