Hari ni 29 Ramadhan berbuka di rumah Maklong.
Puan Rumah masak lidah lembu + daging masak paprik. Ummi tak ambil tang lidah tu, kais cari daging je :D
Konsepnya potluck...
Task Ummi masak bubur kacang dan masak lemak ikan masin + daun belalai gajah dan goreng karipap.
Maksu pula bawa siakap bakar, air asam, ulam timun dan sayur sawi. Pertama kali juga kami semua merasa air kathira, originated from Johor kata Maklong.
Usai berbuka, tiba-tiba Paklong bagitau Maklong "esok raya..." Ingatkan bergurau, rupanya betul esok raya!
Maklong: Lauk apa tak beli lagi ni, esok nak makan apa 😬
Maksu: Baju raya Paksu dok di tukang lagi .. hantaq pi alter 🙆
Makngah: Nasib baik raya I dah siap iron 😎
Dah lama tak dapat surprise macam ni. Dulu kecik-kecik memang pengumuman raya full of surprises sebab zaman tu takde Internet, TV pun satu kampung adalah 1-2 buah saja... Pakat tumpang tengok tv di rumah arwah Wan Lang masa tu .. Bila Penyimpan Mohor Besar announced kata esok raya, malam tu pakat berjagalah bakar lemang, rebus ketupat dan bergulai.
Balik rumah Tok Umi, teruslah kita merendang :D
Sedih pulak, sekelip mata sahaja Ramadhan berlalu pergi :( Sebenarnya itulah kehidupan kita di dunia fana ini, sekelip mata sahaja boleh berubah. Allah Maha Berkehendak.
Mohon ampun jika ada tersalah kata atau perilaku. Yang baik itu semua dari-Nya. Yang buruk dari khilaf dan kekurangan Ummi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Selamat hati raya juga PH sekeluarga
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Puan Hazel and family! Panic or not semalam? LOL! Moral of the story is never leave anything to the last minute because Raya could come earlier than expected hee..hee...hee...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri buat PH sekeluarga. Maaf zahir dan batin.
ReplyDelete