Anakanda seorang ni suka buat kejutan untuk Ummi. Sebab dia jenis reserved, kadang tu macam sukar diramal.
Minggu lepas dia bagitau nak masuk acara nasyid solo dalam pertandingan KAMIL Peringkat Sekolah. Biar betul Angah ni :D Jarang sekali dengar dia menyanyi di rumah. Yang selalu buat performance of course Kakak & Adik :)
Hari Rabu dia jumpa cikgu minta lagu, ada miscommunication pula. Rupanya Cikgu AZ lupa nak masukkan nama Angah. Memandangkan acara Syarahan B.Arab belum ada peserta Rumah Biru, cikgu cadangkan namanya sebagai peserta. Mujurlah syarahan tak perlu hafal, baca je teks yang cikgu bagi. Abang dulu Ustazah Mashitah handpicked untuk acara ni juga, sebagai wakil sekolah. Tapi, sebab PKP KAMIL tahun tu dibatalkan. Kena hafal teks syarahan tu.
Jadual pertandingan...
Dan kelmarin, dia bawa balik sijil 😍
Alhamdulillah, dapat tempat ketiga. Dapatlah menyumbang markah untuk rumah sukannya. Lawan ikut darjah; setiap darjah 4 orang peserta lelaki dan 4 peserta perempuan (mewakili rumah sukan masing-masing tapi ada acara seperti azan utk peserta lelaki shj). Tempat pertama Isaac (rumah kuning), no 2 Zahin (rumah hijau) dan keempat Khalid (rumah merah). Depa ni semua kawan-kawan Angah juga. Setiap penyertaan ni dapat mata untuk rumah sukan masing-masing. Bagus untuk kumpul markah PAJSK juga.
Proud of you Angah 👍
bagus sertai aktiviti macam ni...selain menyumbang markah PAJSK, dapat membina keyakinan diri...
ReplyDeleteMasyaAllah Tabarakallah... alhamdulillah, tahniah Angah. InsyaAllah jadi anak soleh yang berani dan future muslim leader, insyaAllah..
ReplyDeleteNasib baik tidak menggelabah waktu bersyarah.
ReplyDeleteTahniah.