Tuesday, 31 May 2022

28 Syawal ~ Open House MTM Mart & Uncle Akmal


Berkongsi rezeki, kata Abe sambil menjemput Walid ke rumah terbuka MTM Mart miliknya. Sebenarnya setiap pagi Ahad pun MTM Mart belanja sarapan di kedainya; sekitar jam 8.00 -10.30 pagi. Yang berdekatan, bolehlah datang. 

Pihak MTM Mart bekerjasama dengan para pembekal menjayakan majlis ni. Takde rezeki nak jumpa Cik Ani sekeluarga sebab depa sampai awal. Kami pula tunggu Angah habis tuition baru ke sini. 

Suasana sekitar majlis...

 Uncle Abe bagi Jus Munira sorang satu pek. 

Nasi Putih Kari Daging ada, spaghetti ada...

Laksa pun ada... 

Makanan Korea ni jangan tanya Ummi apa namanya... Memang tak tau 🤭 

Dari Taman Samudera, kami ke Shah Alam pula...

Kenyang lagi... Tapi jamah juga soto dan kuih-muih... Antara yang special, sebab pertama kali Ummi makan ialah rempeyek kuaci. Pernah makan? Kacang tu diganti dengan biji kuaci. Sedaplah Ummi mengunyah :) 

Sedap dan pelbagai makanannya tapi itulah perut dah penuh. Apapun terima kasih daun keladi Uncle Akmal :p

Dah hujung Syawal pun anak3 ni dapat juga duit raya dari Mak Uncle Akmal. 

Alhamdulillah, kali ni memang raya sakan :D 


5 comments:

  1. Alhamdulillah
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. unik jamuannya ada makanan Korea. Tak silap sy, macam topokki, sedap tuuh.

    ReplyDelete
  3. Pelbagai menu. Seronok duduk dekat dengan MTM Mart. Semoga murah rezeki mereka yang menjamu makanan.

    ReplyDelete
  4. Belum pernah jumpa lagi rempeyek kuaci. Menarik jugak kan, ada variasi.

    ReplyDelete
  5. Gambar mangga jus munira tu nampak sedap sangat

    ReplyDelete