Sunday, 8 May 2022

7 Syawal ~ Balik Asrama

Hari ni 8/5 (bersamaan 7 Syawal) para pelajar asrama Kumpulan B kembali ke asrama, termasuklah anak soleh kami; Abang.

11 Ramadhan Abang balik, dekat sebulan juga di rumah. Bukan setakat puas bermesra, bergaduh pun puaslah haha...

Kali ni tukar dorm; ikut form, ikut kelas. Sebelum ni mix semua form. Minggu depan adik-adik F1 pula masuk. Sekejap je rasa, dah tak jadi 'adik bongsu' di sekolah :) 

Ikut kata MK KPM, dah boleh outing, visit dan balik bermalam. 


Apapun tunggu je memo dari pihak sekolah. Masuk asrama ni pun dalam sebulan aje, 4/6 nanti cuti penggal. 

Sekolah Abang pun dah dapat Pengetua baru, pertengahan April lepas. Pengetua lama, Ust Anuar dah pencen. Sempat jumpa sekali je face to face. Tahun lepas banyak PdPR. Apapun, selamat bersara untuk Ust Anuar dan selamat datang untuk Ust Wan Jay. 

SOP Pengoperasian Sekolah; 

Jaga diri baik-baik ye Abang 🤗

Sebelah pagi tadi, Una pun dah mendaftar masuk asrama. Tak berjaya dapat tawaran SBP/MRSM tapi dapat masuk Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolahnya. Minta asrama, alhamdulillah permohonan diterima w/pun sekolah tak jauh dari rumah. Dia sendiri yang minat dan minta duduk asrama. All the best Una sayang! #bestfriendmakngah 💝

Semalam Haziq dah balik asrama. Yang ni pun, sekejap je dah F3. Makngah ni makin tua ka hampa yang cepat besaq? 


Untuk anak-anak semua... 

Kredit 

5 comments:

  1. selamat kembali ke sekolah!
    alhamdulillah.. SOP kat sklh pon dh longgar..
    dh masuk fasa endemik kan..
    semoga baik2 je abg kat asrama.. =)

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali ke sekolah. Moga jadi pelajar, insan cemerlang dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  3. Selamat kembali ke sekolah anak- anak...belajar bersungguh- sungguh...kena focus pelajaran sekarang ni...my Dania dah start kerja..fasa bekerja pulak selepas selesai SPM...

    ReplyDelete
  4. selamat kembali kesekolah.. aminn

    ReplyDelete
  5. Selamat kembali ke asrama dan bersekolah seperti biasa.
    Anak Mrs.A yang sulung balik hari Selasa tak jadi Isnin so tak dapatlah hantar sebab dah masuk kerja huhuuhu..

    ReplyDelete