Tuesday, 30 November 2021

Pengalaman Ambil Suntikan Vaksin 3rd Dose aka Booster

Cerita ambil 1st & 2nd dose belum up, tup-tup terus ke cerita booster 😅

Berdasarkan kriteria umur > 40 tahun (kalau dibundarkan masih 40 ye :p) dan penerima 2 dos lengkap Sinovac melebihi 3 bulan makanya Ummi dan Walid dapat notifikasi di MySejahtera dan SMS untuk ambil booster shot. Mentang-mentang ramai yang skip booster shot ni (ikut kata Abah KJ), cepat pula kami dapat tarikh ye. Nak dapatkan dos 1&2 hari tu, lima bulan menunggu :( 

Kami berdua ambil dos 1&2 pada hari yang sama tapi untuk booster ni Walid dapat tarikh dulu. Ummi lek-lek-lu kekdahnya. Dalam hati, kalau ada kesan sampingan teruk, Ummi nak hold dulu ambik booster ni. Tup-tup MySejahtera update tarikh suntikan Ummi awal 3 hari dari Walid 😬

Mixed feeling this time, maybe sebab pergi sorang kot. Pastu akan dapat vaksin Pfizer, which is different from the first two doses, risau tindakbalas badan macamana kan... 

Temujanji di Poliklinik Shah, Sri Gombak je. Itu yang Ummi pergi sorang-sorang je. Dekat, rugi pula kalau Walid ambil cuti nak temankan. Walid pula di sebuah klinik di Selayang. 

Prosesnya sangat cepat sebab borang dan kad  vaksin (yang baru) nurse dah isikan. Kita cuma tandatangan je. Lebih kurang 15 minit setel semua. 

Kesannya...

Day 1 ~ there's a growing pain dekat tempat yang dicucuk but overall okay

Day 2 ~ makin sakit dekat tangan.  Contohnya nak buka/tutup pintu kereta tu sakitlah, tapi kalau diam je tak sakit pun  tangan tu. Badan pula rasa lemau, serba tak kena. Bila duduk rasa nak baring, bila baring tak selesa juga. Menjelang petang pula start demam. Pakej pulak dengan diarrhea anak-beranak huhu ... Malam tu telan Panadol dulu sebelum tidur.

Day 3 ~ Demam on off jadi pagi tu. Mampu juga gagahkan diri untuk pergi ambil hadiah anniversary. Balik tu sambung demam balik 😂😂😂

Day 4 ~ everything goes back to normal alhamdulillah

Walid punya process lagi simple...  Tak sampai sepuluh minit dah keluar dari klinik. Jangan kata takde langsung side effects, photo booth pun takde haha... 

Alhamdulillah, selesai tiga dos. Ini sekadar ikhtiar;  yang menentukan sakit, sihat, sembuh mahupun ajal tetap di tangan Yang Maha Esa. Moga kita sentiasa dalam rahmat-Nya aamin. 



Monday, 29 November 2021

Bila takde selera...

3-4 hari sudah tak berapa selera nak makan. Ummi dengan anak3 kena simptom food poisoning. Satu malam tu Kakak dan Adik bergilir-gilir bangun tengah-tengah malam muntah. Lepas depa, Ummi pula kena cirit-birit. Kelmarin pula Angah, complete both muntah and cirit. Sebelum kami, Walid dulu sebenarnya kena diarrhea. 

Sebab tak sihat, Ummi tak masak. Bila beli je makanan dari luar, tak sedap juga makannya. Selera kurangkan...

Malam tadi rasa dah ok. Teringin nak makan nasi....

Ummi buat nasi goreng kampung lepas tu goreng ikan masin bulu ayam tu.... Bayam Brazil depan rumah jadi sayurnya, ganti kangkung. Menambah-nambah nasi jadinya, penangan ikan masin tu :D

Hari ni pun masak lauk sardin & telur masin. Angah dengan Kakak makan menambah nasi berkali-kali. Lauk simple gini je sebenarnya membuka selera kan? 

Air limau nipis ni pula menghilangkan loyal. Mulut masih 'payau' jadi tekak teringin yang masam-masam. Sedap air jenama Munif Hijjaz ni. 

Sunday, 28 November 2021

Our 18th Anniversary

Alhamdulillah we celebrated another year of happy marriage :) 

I ordered kek batik kayangan to mark the special occasion. Saja, nak ada memori, kita order-lah kek. Thank Yus, sudi terima last minute order from akak 🤗

As usual, dapat hadiah dari anak-anak...

Jom bukak ..
Brooch tu Ummi bagi dia, dia re-gift kat Ummi haha.. Duit dua ringgit tu dari Angah. Dia ni pantang ada duit, mesti dia sedekah dekat Ummi :D Sesuai sangat dengan maksud namanya tu; dermawan.

Abang pula kata ini untuk Ummi 👇

Alhamdulillah, tahniah Abang 💝 

Lepas ni Ummi nak Abang perform untuk akademik pulak ye. 

And I got flowers too...

Hadiah? Tu kat atas-atas tu haha .. 
Cukuplah Ummi katakan Allah Maha Baik, Maha Berkehendak. Minta dengan Dia, sebut hari-hari, doa tanpa henti pasti Dia rezekikan untuk kita apa yang kita hajatkan. Alhamdulillah syukur atas segala kurniaan-Nya. 

To Raj, thank you very much for making our anniversary this year extra special. 

We do good to others, good things will come to us :) 

Happy Anniversary to us. 




Saturday, 27 November 2021

Nasi Koboi

Abang called last night...

Ummi: Abang buat apa ni?
Abang: Abang baru balik kantin. Beli nasi koboi...
U: Nasi koboi tu apa?
A: Nasi putih + telur goreng + sambal kicap 

Ooo...nasi koboi namanya :D 

Ummi dulu masa di matrik kadang tu teringin nak makan panas-panas, selalu juga order nasi + telur dadar ni. Nak order nasi goreng tak mampu, RM 3.50 time tu. Baik order nasi putih + telur, RM 1.50 je. Itu pun makan sedap dan kenyang sangat dah. 

Gambaq nasi telur kicap takde, kita jamu mata dengan nasi kandaq telur masin, boleh? 



Friday, 26 November 2021

Random Photos II

Part 1 here.

Dah katanya nak clear-kan phone, banyaklah gambar-gambar yang Ummi nak post here as kenangan. 

Maklong terpaksa beli buah nangka sebab teringin bangat dengan nangka Tok :D 

Solat Jumaat minggu lepas. Sejadah ni kami beli di hadapan hotel penginapan di Mekah, Hotel Abraj Janadriyah sewaktu mengerjakan haji 7 tahun lepas. Harganya cuma 10 riyal waktu itu. Beli 2 helai;  untuk Ummi warna peach. Payung tu Walid beli di KK Mart sebab hujan hari tu. 

Ini pula gambar suasana solat Jumaat di Masjid Negara, minggu sebelumnya. Alhamdulillah sekarang masjid-masjid telah dibuka dengan kapasiti lebih besar. Sebak Ummi bila ada sekali tu, Imam Masjid Wilayah (menerusi siaran langsung solat Jumaat di TV1) jemput mana-mana jemaah yang tak dapat masuk ke masjid-masjid lain kerana terlebih kuota, "jemputlah datang ke Masjid Wilayah, kapasiti ruang solat kami besar" الله أكبر tersentuh sangat. 

Tugasan PSV Angah. Cawan comel kot tajuknya. Tadi tengah buat anyaman tikar. Hasilnya Ummi belum tengok lagi.

Baby nenas. Ada orang kata tak elok makan sebab ianya direndam dalam sejenis kimia untuk kekalkan rasa manis dan rangup. Tak jadi Ummi nak repeat beli. 

Jiran jual serbuk rempah dari Kelantan. Senanglah Ummi nak order :) 

YB Menteri Besar wakafkan cermin mata untuk jemaah baca Al Quran. Kadang tu ada yang terlupa bawa kan... Nampak kecil tapi besar manfaatnya. Ini di Masjid Al Khairiyyah Sri Gombak. 

Service aircond. Panggil Haa Mim macam biasa. Service ni 11/9, upah RM400. Kena tulis sini supaya senang ingat esp the date. 

Brownies Mamasab. Satu hantar ke Tambun utk bff sekolah rendah, lagi satu Ummi sent to Cik Siti, ex-officemate and a sister I never had. Ummi kan anak bongsu, mana ada adik 😉 Untuk birthday depa. 

Coretan classmate Abang, sebelum balik raya tempohari; from someone to everyone.  Besar-besar nanti Abang boleh tengok balik :D 


Happy weekend!

Thursday, 25 November 2021

Giant Mini


Perasan tak sekarang Giant dah ada cawangan kecil yang dipanggil Giant Mini

Ummi dah singgah di Giant Mini Taman Melawati (lot hujung sebaris dengan Balai Polis Melawati dan bersebelahan food court lama - gerai nasi ayam Hainan dan ABC femes tu). Sekarang ni pula rajin ke Giant Mini Sri Gombak. Lot hujung, berhadapan food court juga dan dulunya Pasaraya Bintang. Tak jauh dari KFC tu...
Satu lagi cawangan Ummi pernah nampak ialah di Taman Melati, sebaris dengan Satay Hj Samuri rasanya. Mengadap KL East Mall. 

Apa yang dijual? Macam-macam ada... 
Konsep kedai lebih kurang kedai Speedmart tapi sayur dia lagi banyak :D 


Susun atur dan ambient kedai pun selesa, kemas dan bersih. Dari segi harga, standard je dengan kedai-kedai lain. Ada yang lebih murah di sini, ada yang lebih mahal. Tapi, barang-barang tersusun elok dan tak crowded itu yang kami suami isteri suka singgah sini. 

Dulu-dulu rajin ke pasaraya tapi sejak Covid, rasa lagi selamat shopping di kedai-kedai kecil sebegini. Jimat masa dan jimat duit juga. Beli apa yang nak je, terus ke cashier. Pasaraya besar ni selalunya kena tawaf satu bangunan baru jumpa jalan keluar haha... Pusing-pusing nak ke cashier tu sempat penuh troli dengan barang takde dalam shopping list 😇. Maunya tak over budget :( 

Oh ya, depan Giant Mini Sri Gombak ni kan food court... Umi dengan Walid dating kat sinilah hari tu, sementara tunggu GM bukak. 
Kedai ni bersih. Makanan sedap dan service pun ok. Patut ramai geng Foodpanda lepak sini during lunchtime. 

Tak kisah di mana pun kita shopping, sentiasa patuh SOP ye. 


Wednesday, 24 November 2021

Berkebun II

Musim-musim hujan ni seronok tengok pokok-pokok menghijau je...

Pokok cili depan rumah dah berbunga...

Berlumba-lumba pokok telang, peria katak dan labu nak memanjat. Sengaja Ummi rapatkan ke pagar supaya nanti menjalar ke pagar. Cantik nanti kalau bunga telang tu kembang menghiasi pagar. 

Rose bud 🌹

Bunga Pukul Lima bawah pokok nangka Tok. Cantikkan ciptaan Allah. Dinamakan bunga pukul lima sebab kembangnya sekitar jam 5 pagi dan 5 petang :D Kalau rose Jepun tu kami panggil bunga pukul sepuluh, sebab selalu mekar pada jam 10 pagi! 

Ini pula hasil dari belakang rumah...

Pucuk manis @asin-asin dan peria katak.

Cili dari anak pokok yang Aunty Farah bagi. 

Kacang panjang, daun kunyit dan peria katak yang sentiasa berbuah.

Kacang lagi ...

Inilah pokok kacang tu. Panjang buahnya. Sekarang dah mati pokoknya. Tapi hasilnya banyak juga walaupun tanam dalam pasu je. 

Sekarang ni takde perkembangan terbaru di belakang ni. Ummi pun lebih banyak berkebun di depan rumah, jadi terbiar sikit belakang ni. Nanti rajin-rajin baru nak kemas. Lagipun musim hujan ni tanah basah, tak best nak merumput dsbnya. 






Random Photos 1

Macam takde idea pulak nak buat entry 😅 Kita santai-santai je la ye hari ni ...

Tugasan Sains T4 - bot mainan by Angah. Minggu ni patut Team B masuk sekolah tapi MPKAFA belum selesai. Next week Team A ke sekolah, depa kena tunggu the following week  (minggu akhir sekolah) baru PDP bersemuka semula. Dapatlah ke sekolah seminggu bulan 11, seminggu bulan 12. Hopefully next year would be better aamin

Tonton filem Contagion Isnin lepas di TV. Filem ni dikaitkan dengan COVID-19. Memang sebijik sebijan dengan current situation. 

Purnama Merindu gitewww... Lawa sangat moon malam 15 Rabiul Akhir. 

Breakfast date dengan buah hati ☺️

Kenduri sempena genap setahun Tok 'pergi'. Tempah nasi lemak telur mata dengan Ibu Kasih. Alhamdulillah sedap. 

Squid Game katanya 😇

Ingatkan pancit, rupanya angin kurang. 

Tudung Saji ~ Tugasan PSV Kakak. Lawa pula corak yang dia hasilkan dengan water color tu. 

Ayam goreng dari surau, sempena jamuan rakyat. Menteri Kanan tak jadi datang, kena kuarantin sebab ada pegawainya +ve Covid. 

Sneakers idaman dah sampai. Inilah yang dicari masa ke Aeon Wangsa Maju tempohari. Color yang Ummi nak ni takde size jadi kami beli secara online, direct dengan Larrie. Harga sama je. 

Stay safe semua ♥️


Tuesday, 23 November 2021

Birthday Geng Main

Apa yang paling sinonim dengan kanak-kanak? Yes, sambutan hari jadi! Bila tiba hari jadi geng main anak4, macam-macam depa dapat goodies. Geng main anak4 ni adalah 4-5 orang, anak-anak dan cucu-cucu jiran selorong. 

Lumayan rezeki anak4... 

Birthday Aisyah & Zahra. 

Birthday Lily tema mermaid, amboi kemain kan... Serba serbi mermaid 😁

Dalam beg tu ada macam-macam... 

Ummi pun apalagi tumpang sekaki makan biskut depa... 

Birthday cucu Ustazah. Maknya bagi satu beg, penuh dengan stationery. 

Kat rumah ni memang banyak stok stationery alhamdulillah. Untung anak2 sekarang, semua benda mudah dapat samaada dibeli atau dihadiahkan. Zaman Ummi dulu tunggu hari penyampaian hadiah baru merasa. 

Tema 'Among Us' ni pilihan Adim untuk birthday-nya. Ada vitamin, hand sanitizer casing macam-macam lagi... 

Ini yang terbaru dan terakhir dalam geng depa. Birthday Mel 6/11 hari tu. 

Hari ni Cik As bagi hadiah birthday untuk anak4 Ummi. 

Birthday Adik bulan 5 
Birthday Kakak bulan 10
Birthday Abang bulan 11

Tunggu semua birthday dah habis, baru bagi sekali harung. Tq Cik As 😘

Gegirls dapat pencil case, boys dapat botol air. 

Untuk Ummi pun ada juga:D 
 
Tak tahulah apa nama biskut/kuih ni tapi yang sebelah kiri tu Ummi suka makan kecik2 dulu. Jeruk tu nak buat kudap bila travel nanti, Insha Allah. Barulah tak mengantuk. 

Alhamdulillah direzekikan dapat jiran-jiran yang baik belaka. Saling bertegur sapa, hormat menghormati dan paling best saling memberi ☺️

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚