Tergoda betul Ummi bila rakan blogger, Fiza berkongsi keenakan sambal tempoyak daun kayu ni. Terus rasa teringin...
Kebetulan petai pun ada, petai Cameron katanya.
Di belakang rumah pula, ada daun kunyit muda yang segar elok. Setiap kali Ummi siram pokok-pokok di belakang tu, Ummi fikir nak masak apalah dengan daun kunyit ni. Nak buat rendang, baru je hari tu dah me-rendang.
Ummi kutip sekali daun kadok dan pucuk ubi di depan rumah. Itu je lah dedaunnya.
Ringkas sahaja resepi ni. Jom!
Resepi: Sambal Tempoyak Daun Kayu
Bahan-bahan
1 ikat pucuk ubi – dihiris
5 helai daun kunyit – dihiris
20 helai daun kaduk – dihiris
10 helai daun mangun – dihiris (Tak letak)
5 batang serai – dihiris
Petai – ambil isi sahaja
Ikan bilis
1 kilogram (kg) tempoyak mentah
1 kg santan pekat (4 biji kelapa )
Garam secukup rasa
Bahan Kisar
1/2 cawan cili api
2 inci kunyit hidup
#Bahan-bahan di atas ni Ummi olah kuantitinya sebab Ummi buat sikit saja.
Cara-cara
1. Hiris halus pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk dan serai
Inilah bahan-bahannya, selain santan. Tempoyak Raub yang Maksu kirim hari tu masih berbaki.
2. Kisar cili padi dan kunyit hidup. Ummi terlebih rajin, tumbuk bahan-bahan ni :)
3. Masukkan bahan kisar, santan dan tempoyak ke dalam kuali/periuk. Buka api dan reneh hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah.
4. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
5. Selepas itu masukkan ikan bilis dan petai.
6. Kacau sentiasa dan masak sehingga pekat.
7. Perasakan dengan garam. Tutup api. Siap!
Mudahkan?
Sedap....masuk macam macam ulam kayu...terasa rasa nak makan nasi dah
ReplyDeletesedap, tengok pun dah tahu rasanya mantap
ReplyDeleteHihi..terbuat juga ye kak. Alhamdulillah ada bahan bahannya boleh juga menyambal tempoyak daun kayu. cantik petai tu jarak jarak isi dia. Guna pucuk ubi fresh dan daun kunyit lagi sedap tu. Tambaha daun kadok lagi meriahlah rasa sambal tempoyak daun kayu akak.
ReplyDeleteSedapnya sambal tempoyak daun kayu.Kena dengan petai mata dok jegey macam tu memang sedap sungguh la
ReplyDeleteNampak berkuah dalam gambar.
ReplyDeleteSaya suka yang pekat. Memang padu rasa tempoyak.