Saturday, 4 September 2021

#kitasapot ~ Edisi Ogos 2021

Bulan Ogos ni banyak beli buah-buahan... Dekat main road di kejiranan kami ni pun ada 4-5 peniaga buah. Campur semua dah macam Bazar Ramadhan depan ni. Meriah! 

Dari sekilo RM13, sekarang dah tinggal RM6-7. Sekilo 3 ringgit pun ada, tapi buah lama. Atas ni Ummi beli 2 biji (RM6/kilo) dapat free 2 biji cempedak yang sekilo 3 ringgit. Alhamdulillah, bila buka tu banyak isi yang elok, kita panjangkan sedekah kpd jiran-jiran... Kebetulan Aunty Farah hantar popia basah. Cepat-cepat Ummi balas dengan cucur cempedak ni. 


Sedap popia ni, tak basah sangat

Kambing perap untuk BBQ Hari Merdeka. Ada rezeki lebih nanti boleh repeat, sambil-sambil support member

Kerabu Maggi, beli dari ahli group surau. Dapat free laksam alhamdulillah

Nasi Ayam Kelantan katanya. Support penjaja kecil tepi jalan utama tu. Harga cuma RM3.50 sebungkus. 

Lega Ummi sebab ada penjual burger dalam group surau tu. Boleh COD pulak tu bila lapaq malam-malam. Ini pun lepas Isyak Ummi order, makan sambil layan Paskal. 

Roti jala Kak Ita. 

Repeat order Murtabak Abe ni. Naik seringgit harganya tapi sebab regular client Uncle Apai maintain harga untuk Walid

Top-up juga stok keropok...
Beli tudung gegirls dengan Cik Azie. Selai RM8, harga borong. 

Kopi Hainan, dekat main road juga. Sedap! Tapi takleh beli selalu, too sweet for us. 

Beli dengan penjual yang sama kat atas tu 👆 

Selain strawberries and scones, Ummi juga beli keledek oren dari Cameron Highlands. Memang manis ubinya. 

Repeat cumi kering dan try ikan gelama pula dengan IsmaHasmi Marketplace. Ikan gelama tu sedap. Putih elok maknanya ikan baru, bukan perabih stok. 

Pulasan ni 5 bintang bagi Ummi. Fresh, manis dan besar2 buahnya. Beli dengan jemaah surau juga. Manggis pun fresh, tengok tangkainya, putih lagi. 

Kuih dari Watie. Now dia juga ada jual bakso. Pun Ummi beli juga :) 

Alhamdulillah. Moga sentiasa diberi kelapangan untuk membantu sesama kita.

الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚


 

6 comments:

  1. sume sedap2!
    popia basah tu teringat plak kat pasar malam seksyen 7 shah alam..
    zmn buajang dlu duk stu.. sllu beli popia basah kat psr mlm.. sedap.. haha

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kak...support buah-bauahan tempatan kita....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah bermacam-macam jenis makanan.

    ReplyDelete
  4. perghhh semua pun sedap!!
    Banyak betul dia beli buah ye hehehe..
    adoii teringin btul nak makan pulasan

    ReplyDelete
  5. Wah, meriah betul..
    Sekarang kat mainroad tu yang bazar ramadhan atau kat dalam rumah ummi yang bazar🤣🤣🤣

    ReplyDelete