Pagi tadi spent masa sikit berkebun. Selalu je Ummi berkebun, tapi tak sempat nak update :)
Anyway, ini cerita pagi tadi ..
Berjiranlah dia dengan anak durian Belanda yang Auntie Farah bagi.
Tayar buruk ni macam tapak semaian Ummilah. Tabur benih macam-macam. Bila ada masa, pindah ke pasu/polybag.
Ini pula compost bin Ummi. Sisa dapur macam kulit bawang, kulit telur, kulit buah-buahan, daun-daun dsbnya Ummi ni dump dalam ni. Lepas tu tutup dengan tanah. Bila nak tanam pokok dalam pasu, Ummi ambil tanah dalam ni.
Tya pun sibuk nak berkebun :D
Pokok ros bertunas semula, after trimming. Hari tu Ummi letak di beranda, tak hendak dia. Layu dan kuning. Bawa keluar rumah, kena direct sunlight segar semula.
Pokok neem Angah ni pun dah kuning dan gugur daunnya. Akar padat sangat kot tapi itulah kena bela sampai bulan 12 ni baru boleh alih ke tanah. Tapi maklumat baru katanya competition akan ditutup awal bulan 10 ni sebab nak masukkan markah dalam rekod PAJSK. Mungkin tarikh tanam pokok pun akan diawalkan juga.
Kebun belakang rumah pun ada juga ceritanya. Nanti-nantilah ye :) Sekarang ni banyak fokus nak hijaukan beranda supaya selesa anak-anak nak main atau belajar.
Till then, take care.
MashaAllah suka tengok kehijauan berbagai pokok ada. Nyaman. Moga serai tumbuh subur inshaAllah.
ReplyDeleteBanyak juga ya tanaman. Alhamdulillah semoga sihat2 pokoknya. Best kan berkebun ni. jadi ralit buat kerja
ReplyDeletewowwww rajin ni...!
ReplyDeleteKalau kita tangan jenis panas, mmg x menjadi punya klu bercucuk tanam
Buat terapi mata dan minda
ReplyDeleteBagusnya. Ammi belum ada minat nak bercucuk tanam
ReplyDeleteRajinnya PH. Segar mata memandang. Sana sini hijau.
ReplyDeleteWahhhhh.. sejuk tangan PH
ReplyDeleteEh kita pun ada buat tempat kompos. Letak kulit-kulit buah/sayur/telur.
ReplyDeleteHehe rimbun dan subur tanaman.
Waahh tanam lemon. Banyak jugak tanaman kebun akak. Senang tanam pokok pokok herba tu tak payah nak beli kalau nak memasak. Petik je.
ReplyDeleteSeronoknya ada kebunnnnn....
ReplyDelete