Monday, 13 September 2021

Cabaran PdPR

Credit source. 

Yeah, cuti sekolah! Bukan anak-anak je happy, Ummi terlebih lagi 😅 Stress tau PdPR ni :(  

Anak-anak Ummi contohnya, dah mula menunjukkan rasa bosan ber-PdPR :( Walaupun kita dah sediakan segala kelengkapan utk belajar; hand phone, laptop, printer, data Internet tapi semua tu tak dapat gantikan keseronokan depa belajar face to face dengan cikgu, bergaul dgn kawan-kawan sekolah dan keseronokan berada dalam persekitaran sekolah. 

Sedikit coretan kenangan antara cabaran-cabaran  yang dilalui dalam mengharungi PdPR sebelum cuti sekolah kali ni...

Blackout during exam. Sudahlah exam online, letrik takde pulak. Adalah beberapa classmates Angah terlibat ni masa exam RBT Jumaat lepas. 

Earphone/headphone rosak, putus tali, sebelah telinga dengar, sebelah tidak. Tahun ni saja dah 2-3 kali beli pulak tu! Kelas pula serentak, tak dapatlah nak share atau pinjam meminjam sesama depa.

Handphone ternganga! Bateri kembung :( Lunyailah hand phone lama Ummi ni pakat guna. Then tukar guna phone lama Walid. Tiba-tiba dalam bulan lepas, tak boleh charge pula. Charging port rosak agaknya. Dedicated phone untuk PdPR penting terutamanya bagi Abang sbb everyday  Ustaz call untuk tasmik hafazan

Keyboard laptop ni pun rosak. Kena pakai external keyboard. Hari-hari kena 'ketuk' dengan budak-budak ni 😇

Kerusi patah guys! Paling kurang 3 jam setiap sesi PdPR Kakak & her brothers. Tak mustahil garden chair ni boleh patah bila silih berganti anak-anak Ummi duduk. Duduk pulak ada yang kaki naik, lutut naik sama atas kerusi, congket sana, jongket sini.. Boring! 

Walau apapun cabarannya, Ummi selalu ingatkan anak-anak  cabaran sikit sebanyak tu hadaplah. Ada orang jauh lebih susah lagi sebab tu kena selalu bersyukur. Caranya? Kena belajar rajin-rajin 🤗 

Ini dari segi material, dari segi mental tak usah cakap. Ingatkan bulan 12 ni dah habis sekolah untuk tahun ni. Kelmarin MK Pendidikan umumkan sesi persekolahan tahun 2022 akan bermula pada bulan Mac. Sekarang ni cikgu-cikgu tengah kejar masa nak habiskan silibus, tup-tup extend ke tahun depan pulak sesi persekolahan tahun ni :(  

Tapi itulah, zaman pandemik. Hati kena kental. Mental kena kuat sebab banyak ketidaktentuan dan perubahan polisi/keputusan berlaku dari masa ke semasa. Harapnya suku pertama tahun depan tu Covid dah reda, situasi selamat untuk murid-murid kembali ke sekolah. Jika terpaksa berterusan PdPR Ummi rasa ramai yang akan give up. Murid, guru, ibu bapa serta mana-mana pihak yang terlibat dengan PdPR ni pasti faham tekanan dan cabaran yang dihadapi ni. 

Sebab tu bila tiba cuti sekolah, lega sungguh rasanya. Kalau setiap bulan ada school break pun ok jugak YB Menteri. Seminggu pun jadilah. To break free from the stress, at least for a while. 


9 comments:

  1. Tula saya tengok anak saudara pun kesian tengok . Semoga semua kembali seperti sedia kala

    ReplyDelete
  2. Dengar pengumuman persekolahan secara bersemuka akan bermula Oktober. Satu kelas bahagi 2, gilir-gilir bersemuka dan PdPR.

    ReplyDelete
  3. Cabaran PdPR ni ada pelbagai..bersemuka di alam maya..line tak lancar tak berjaya PdPR kita kan

    ReplyDelete
  4. Bagusnya hari-hari ustaz call untuk tasmik Quran. Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Setuju...Kena ada break seminggu setiap bulan kasi recharge bukan saja fikiran anak2 tapi recharge gajet juga...hihihi.
    Semoga anak2 mak2 dan cikgu2 dimudahkan urusan dan tabah..

    ReplyDelete
  6. byknya dugaan berPdPr.. mmg stress..
    lg happy blaja secara bersemuka..
    semoga dipermudahkan segala urusan ank2 kita nk blaja..
    semoga dpt kembalikan kegembiraan blaja di sklh dlm diri ank2.. huhu..

    ReplyDelete
  7. kami yg pelajar IPT ni pun stres rasa nak baling laptop masa buat kerja. kanak-kanak sekolah lagi kesian sbb waktu ni la patutnya ada interaksi dgn rakan sebaya utk membesar. tabah je la selagi pandemik ni belum reda

    ReplyDelete
  8. Part kaki kerusi pun bengkok yg tak tahan tu. Penatkan PH berPDPR ni. Untuk yang bekerja mana nak kerja, mana nak monitor, mana nak submit homework anak kat Classroom. Tapi inilah ujian kita, redha jelah

    ReplyDelete
  9. Harap2 cepatlah dapat melaksanakan sesi PdP seperti biasa

    ReplyDelete