Saturday, 12 June 2021

Resepi~ Kek Marble Kukus Noxxa

Parking sini resepi kek marble Noxxa ni. Pagi semalam Maksu share resepi dan gambar keknya. Ummi yang memang ada di dapur, terus ajak Adik ayak tepung! 

Bahan-bahan sedia ada di dapur, mood pun elok haha... jadi on terus buat kek marble ni. Chop, mahal rupanya kek marble orang jual sekarang ni kan? Seloyang tu mau RM30. Ummi tengok adalah 2 orang seller jual dengan harga ni. Tapi, kek depa lawalah. Kek Ummi takat nak makan anak beranak bolehlah ahak! 

Inilah resepinya. Pemilik asalnya Ummi tak pasti siapa. Siapa pun dia, jutaan terima kasih atas ilmu yang dikongsi. Moga beroleh berkat selalu πŸ’

Resepi: Kek Marble Kukus Noxxa
Sumber: dari Geng Noxxa

Bahan-bahan A
3 biji telur ayam (gred A)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula - letak 1 1/2 cawan
1 s/k esen vanilla
2 s/b susu pekat manis
#Blend bahan di atas πŸ‘†

Bahan-bahan B
3 cawan tepung gandum
2 s/k baking powder
#Ayak bersama kedua-dua bahan πŸ‘†

Bahan-bahan C 
2 s/b serbuk koko - guna Milo 
2 s/b air panas
#Bancuh serbuk koko/Milo dengan 2 s/b air panas 

Cara-cara
1. Blend bahan A
2. Ayak bahan B 
3. Satukan bahan A dan B. Gaul sebati kedua-dua bahan dengan menggunakan spatula @ sudip kayu sahaja. 
4. Bahagikan adunan kepada dua; 1 bahagian asal, 1 bahagian dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko/Milo. 
5. Griskan inner pot Noxxa dan tuang adunan secara berselang-seli ke dalam inner pot hingga habis adunan. 
6. Lorekkan adunan dengan lidi/chopstick ikut kreativiti :D 
7. Tutup periuk Noxxa dan tekan butang steam 25x. Pastikan tombol diselaraskan pada bahagian steam ye. Satgi keras kejung pulak kek kalau tombol hala ke HP 😁
8. Bila dah beep, buka penutup Noxxa dan biarkan kek sejuk baru dikeluarkan. 

#Pesanan Maksu: gula letak 1 1/2 cawan sebab 1 cawan tawar sikit. Ummi letak 1 1/2 cawan cuma tak membukit sukatannya. Risau pulak takut manis sangat. 

Ini airtangan Ummi...

Nampak berkerak sikit, sebab Ummi cairkan butter guna stir-fry mode. Then, baru gris butter tu keliling inner pot. Inner pot agak panas time Ummi tuang adunan sebab tu berkerak sikit. Tapi, kerak yang sedap, bukan hangit tau. 

Dan ini pula airtangan Maksu.. 

Maklong je belum buat. Member sakit kepala semalam :D 

Rasanya? Of course-lah sedap. Tengok-tengok dah tinggal separuh kek anak-anak makan! Alhamdulillah, rasa berbaloi berpenat lelah hehe... 

Cuba tau! Sambil-sambil tunggu kek masak, sempatlah Ummi tebang pokok betik belakang rumah tu. Saja, nak habaq kata mudah sangat buat kek ni :p 

2 comments:

  1. Buat kek ni sebenarnya senang aje kan. Tapi sy yg malasnya nak keluarkan peralatan tu bercinta betul, tak gagah & gigih macam dulu2

    ReplyDelete
  2. Ini kira masuk dalam periuk Noxxa boleh buat kerja lain.

    ReplyDelete